27 July 2011

X-ray hati ataupun perasaan

Bestkan kalau kita ada alat boleh x-ray hati atau perasaan orang lain. Senang takyah dok agak2 apa orang tu rasa kat kita. Kalau alat macam ni wujud, mesti tak banyak insan-insan yang kecewa tau, sebab orang tak leh nak berbohong pasal perasaan dia kat seseorang.

Gambar hiasan 
pic hasil digoogle

Kalau alat camtu ada, mesti kurang kewujudan casanova / player / playgirl / playboy kan...tapi playground haruslah kena bertambah kalau tak budak2 nak main aka bersantai kat mana kan..:p...Then istilah lidah bercabang pun takde la digunakan secara meluas kan?..:)

Dengan penggunaan alat tu mesti sikit je hati yang cair dengan ayat2 manis madah berhelah tau. Sebab setiap kali seseorang bagi ayat manis, kita mesti dapat scan/x-ray dan tau sama ada itu hanya ayat manis dibibir ataupun memang ikhlas from the bottom of her/his heart. Jadinya hati pasti cair hanya pada orang yang sepatutnya saja la. Tapi sekarang ni banyak hati2 yang cair pada ayat2 manis dibibir sahaja tau, sampai ada yang terkorban tau. Sian, banyak yang tertipu hingga tergadai harta malah maruah .


Gambar berkaitan bukan hiasan :)
pic hasil digoogle
Alat tu nanti membantu kita semua supaya tak perlu tertanya2 apa org lain rasa tentang kita, semua kebenaran akan terbukti dan dikesan. Tapi yang aku tau sekarang ada alat yang pihak berkuasa or pihak2 tertentu guna untuk kesan orang tu berbohong atau tak (selalu tgk kat cita penyiasatan orang putih ni) ..Orang yang nak kena soal siasat kena pakai apa ntah kat kepala ke tangan ek (tetiba lupa)..pastu bila ditanya soalan, orang yang kena soal tu akan diteliti dari segi Voice Stress Analysis dan Heart Rate..Kalau tak salah aku kalau kita berbohong jantung kita berdegup lebih laju dari biasa tau. Haa baru aku teringat alat tu nama apa, alat pengesan bohong poligraf (lie detector), susah tul nak ingat tadi, kena makan kismis banyak aku ni, takkan dah nak kena amik supplement ginkgo biloba kot. (nak reload tahap ingatan) hehehe

Tapi alat tu bukan utk komersial..pastu kena masuk lab tau baru bleh guna alat tu, takkan la setiap kali kita kenal orang, terus kita uji dia guna alat tu kot..kang takde sapa kot nak kenal or kawan or bercinta dengan kita la kot..kang tak pasal2 dapat gelaran mamat/minah psycho lak kang...naya je..hehehe

Kalau Nobita boleh la minta alat pengesan perasaan dengan Doraemon kan. Asal minta je, then Doraemon pun akan seluk poket then cakap "ALAT PENGESAN PERASAAN"
senang woo kalau camtu...:P
Gambar ni pun berkaitan bukan hiasan :)
pic hasil digoogle

4 comments:

  1. betul tu! bila ada alat ni semua org akan jadi jujur..skrg ni susah nk jumpa org yg betul2 jujur..hmm..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.

    banyaknya 'kalau' dia. :D

    tu pasal la Allah tak jadi kan tu semua. hidup kita kan semua macam ujikaji. if semua tu ada, dah tentulah kita tak rasa SAKIT tiap kali kan. semua makhluk Allah ke syurga. ye tak? kosong kamar neraka. :)

    that's why jugak hidup kita tak boleh nak berKALAU kan. sebab dengan berKALAU kita tak akan hargai apa yang Allah kurnia pada kita selama ni. :) ~tuju pada diri sendiri. :P

    ReplyDelete
  3. imbobo,
    kan? dgn alat senang la nak cari orang jujur..orang yang tak jujur pun terpaksa jadi jujur gak..hehehe

    ReplyDelete
  4. sar,
    betul sar, terima kasih atas ingatan tu, :) kita mana boleh selalu ber"kalau" byk sgt kan..kena menerima dengan baik apa yg kita ada dan apa kita dah jalani, sebab semua tu ketentuaan Allah..
    Allah tau apa yang terbaik utk kita kan..:)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)