KEWAJIPAN MEMBAYAR HUTANG MENURUT PANDANGAN ISLAM
Hutang merupakan satu jalan penyelesaian yang diberikan oIeh Islam kepada penganutnya bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. Beberapa syarat diletakkan oIeh para ulama' kepada penghutang dan pemiutang supaya kemudahan yang diberikan oIeh Islam ini tidak disalahgunakan. Islam menganggap hutang merupakan suatu amalan yang dibenarkan ketika wujud keperluan dan kepentingan. Namun Islam tidak menggalakkan berhutang jika bertujuan untuk hidup bersenang-lenang dan bermewah-mewah. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa memohon kepada Allah supaya dijauhi daripada hutang dengan sabdanya sebagaimana yang diriwayatkan oIeh An-Nasai :
Ertinya: "Ya Allah!, sesungguhnya Aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu bertanya seseorang kepadanya: Alangkah banyaknya doa Engkau meminta jauh dari hutang?, maka Baginda menjawab: "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia memungkiri".
Doa Rasulullah tersebut menunjukkan bahawa amalan berhutang merupakan amalan yang kurang sihat jika tidak diuruskan dengan sebaiknya kerana boleh menjadikan manusia kepada suka bercakap bohong dan memungkiri janji. Justeru, kita sebagai umat Islam seharusnya berusaha menjauhinya dengan sedaya mungkin.
Segelintir umat Islam pada hari ini tidak mengambil berat mengenai pembayaran balik hutang. Justeru kita melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang. Hutang-hutang pengajian, rumah, kereta, hutang syarikat atau hutang peribadi. Tidak membayar sewa dianggap remeh dan tidak penting bagi mereka. Malah ada juga yang lebih rela digelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun.
Marilah sama-sama kita merenung Sabda nabi s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Bukhari;
Maksudnya:
"Melewat-lewatkan orang berkemampuan daripada menunaikan hak adalah zalim".
Rasulullah s.a.w. juga pernah menggambarkan mengenai golongan manusia yang sengaja tidak mahu membayar hutang. Sabda nabi s.a.w. Riwayat Bukhari:
Maksudnya: "Barangsiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat ingin membayarnya kembali, Allah akan menolongnya dalam membayar kembali, namun barangsiapa yang mengambilnya dengan niat untuk menghilangkannya, maka Allah akan menolong menghilangkannya".
Ingatkah kita dengan kisah bagaimana Rasulullah menolak untuk menyembahyangkan jenazah yang tidak melangsaikan hutangnya?. Walaupun setengah ulama' menganggap keengganan Rasulullah ini berlaku pada Awal permulaan Islam, namun ia tetap membuktikan perhatian dan penekanan Islam terhadap isu hutang. Bukan itu sahaja golongan yang mati syahid pun, yang sanggup mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk Islam turut tidak terlepas daripada kewajipan ini jika masih mempunyai hutang.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oIeh Imam Bukhari:
Maksudnya : "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang".
Oleh itu, marilah kita menyedari tentang pentingnya untuk setiap orang membayar hutang masing-masing, baik kepada negara, individu dan lain-lainnya demi menjaga kepentingan masyarakat, agama dan negara.
Maksudnya: "Bukan demikian, sebenarnya sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertakwa". (Ali ‘Imran: 76)
(Petikan dari Khutbah Jumaat Bacaan 4 Jun 2010)
Sumber dari http://www.jais.gov.my
***Oleh sebab ini la, wasiat itu penting.
assalamualaikum lind.
ReplyDelete~eheh. dah ada penukaran di blog ini ye. :D
gudgudgud!
yup, bab hutang ni penting sangat. teringat kata sahabat. if kita dah takda nanti, even seposen pun hutang kita, selangkah lagi kita ke syurga, kita akan tergelincir ke neraka juga sebab ada hutang seposen yang tak bayar tu.
saya pun masih tercari2 orang yang saya hutang ni selain ptptn mencari saya tuntut hutang. ~ahah
waalaikumsalam sar,
ReplyDeletetq2 ada jugak org sedar kelainan pada blog ni..:)
yup berhutang ni menyusahkan si penghutang ni...tambah2 lagi kalau si penghutang dah meninggal..tapi kadang2 waris/saudaramara yang tinggal semua kena main peranan nak langsaikan, kalau ada pihak berusaha, then ada pihak anggap tu takde apa2...susah la camtu (bercakap ikut yg lind hadapi skrg)
Mohon semoga ALLAH memudahkan urusan kita semua :)