Ditempat Kerja
Serius aku tak kisah pun dengan budaya kipas mengipas bos kat tempat kerja ni. Sebab bagi aku as long as si tukang kipas tu tak kacau aku sudah. Sukahati kau la labu nak kipas sampai tercabut tangan pun..takdenya aku kesah. Lagipun bekalan elektrik TNB kan ada, apa susah2 nak kipas2 manual ni, budaya sekarang pakai aircond la weh.
Haa tapi sekarang ni memang aku kesah, mentang-mentang la aku diam je. Dah makin menjadi-jadi plak perangai si tukang kipas ni. Kalau sampai fitnah-fitnah aku tu dah dikira melampau la tu. Hish aku lempang jugak kang.
Aku pun tak tau nak buat muka camna dengan si pengipas ni. Si pengipas ni dah macam lipas serangga perosak tau. Setahu aku bukan aku je yang kena, mangsa dia ada yang sampai berenti kerja dah pun. Selama ini dia dok kacau orang bawah je, so sebagai orang yang lebih atas dari dia, kalau dia mengipas aku burukkan orang lain. Aku buat bodoh je la dengar boleh percaya jangan. Tapi sekarang dok burukkan aku kat orang yang lebih atas tu kira melampau la kan.
Setakat ni, aku wat biasa je bila mengadap muka kelat-kelat masam dia tu. Tapi hati ni hanya Allah saja yang tahu. Apa perlu aku buat?
dia kaki kipas kita jadi kaki ekon plak la..bleh? haha biasa la tu manusia pendengki macam tu la.. apa lagi kita nak buat kena banyak sabar la.. ujian Tuhan ni macam2 rupa bentuk.. semua tu kena hadapi dengan penuh kekuatan :)
ReplyDeletehaa kaki ekon lg power kan? hehehe
ReplyDeletekaki kipas = lipas adakah perlu spray ridsect? :P
terima kasih ticer, ni sy tgh cuba meng"reload" tahap kesabaran ni...:)
ooo... dia nak kipas2 kan... kalau iejam, iejam patah2 kan kipas dia tuh... bru dia tau...hahaha....
ReplyDeleteeijam, hehehe patah2kan kipas dia ye...boleh jugak, pastu takde la dia boleh mengipas lagi kan? :P
ReplyDelete