09 July 2011

Naluri Keibuan Menebal

Kes Budak Hilang

      Tadi aku ke Giant nak cari hadiah untuk kawan aku yang kawin esok. Aku gi Giant dengan cousin aku, then punya la lama aku tunggu cousin aku tu kat area towel tu, dia gi mana ntah. Rupanya aku sebab kenapa ALLAH takdirkan aku kena tunggu lama kat situ, rupa ALLAH nak jumpakan aku dengan budak kecik ni.

     Tengah2 tunggu tu aku terdengar budak nangis kuat, then aku tengok ada budak kecik pakai baju hijau dalam umur 2 thn lebih tengah nangis2. Memula aku biar je la ingatkan dia dengan Mak dia, then tak berenti gak nangisnya malah makin kuat, so aku pun membusykan diri tanya orang kat situ "anak sapa tu" then orang2 kat situ cakap "ntah".

     Then setelah memastikan betul2 yg dia terpisah dari ayah &mak dia. Oleh sebab orang lain hanya tengok, aku pun kejar dia dan dukung dia sebab aku takut dia keluar dari pintu Giant tu kang lagi susah mak dia nak jumpa dia. Memula dia taknak aku dukung dia, tapi aku jugak secara paksa. Pastu aku bawak budak comel tu gi jumpa Pak Guard kat pintu Giant, tp hampagas tul la Guard tu, aku cakap bahasa melayu tak paham aku cakap English pun dia tak paham, ish rasa nak lempang je Mamat Guard tu tau. Hishh apa pun tak boleh.

        Sepanjang aku dukung budak comel tu, dia nangis kuat sangat sambil aku bawak2 dia jalan2 kat area situ, mana tau tetiba jumpa mak dia. Oleh sebab high volume dia nangis, semua orang tengok2 aku dengan pandangan "apa la mama budak ni, tak bagi anak dia beli mainan la tu" tu aku agak dalam imaginasi aku la...:)

       Pastu aku jumpa Giant's staff inform diaorg, sementara tunggu staff yg betul2 bertanggungjawab untuk case budak hilang ni datang. Aku dukung dia sambil pujuk2 dia, kesian woo dia nangis lama2 letih tu. Then aku pujuk dia "adik datang sini dengan mama ke?" dia angguk ...then aku tanya lagi " papa datang?" dia cakap "Ya"..pastu aku cakap "adik jangan nangis ye nanti aunty bawak jumpa mama ya" (sambil aku lap airmata dia)...aku plak rasa sedih, owh naluri keibuan aku sangat menebal rupanya. Aku sampai terpikir untuk ada dengan dia sampai mak dia datang sebab time staff Giant nak amik dia tadi, dia peluk aku kuat2 takmau kat staff Giant tu.

        Dia kejap nangis kejap diam, tapi memang teresak2 la dia. Pastu tetiba aku dapat idea "dah dah berenti nangis ye, kalau berenti nangis aunty belikan coklat ok?" lepas aku bagi dia coklat dia pun ok sket, lebih relax  sket dari tadi. Tapi dia memang peluk aku sentiasa, maybe dia rasa selamat dengan aku. Then tetiba, ada sorang perempuan berjubah datang ke arah aku, ambil budak tu dari aku sambil cium2 budak comel tu, rupanya tu la mak budak yang aku cari2 tadi. Setelah sesi berterima kasih yang banyak kali selesai. Aku pun terus menyambung untuk bershopping, tapi aku dah lupa la plak apa yang aku nak beli. Aku ingat sikit je, yg lain2 aku lupa.

         Mengikut cite mak kepada budak comel tadi, dia tengah nak beratur kat kaunter then budak comel tu dok main sembunyi dengan kakak dia yg aku agak mungkin umur 4 or 5 yrs. Then dia kata tetiba sedar2 budak comel tu hilang dah. Kaunter yang dia maksudkan tu hujung sebelah kanan tau, maksudnya budak comel tu dah pusing satu Giant tu cari mak dia. Sian budak comel, patutla sampai letih menangis. 

        Pengajaran, kalau si shopping sila bawak stroller letak anak kat dalam tu senang, kalau susah2 letak je anak dalam troli pastu sorong, takde la anak2 nak hilang. Nasib baik jumpa kat aku, kalau jumpa kat orang jahat, diculiknya budak tu, haaa nanti mula la masuk newspaper kes budak hilang. Tak pasal2 terinaya budak tu tau...ish rasa nak marah la plak, tolonglah jangan lalai kalau bawak anak2 shopping. 

5 comments:

  1. jom komen sini....
    http://contestngiveaway.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    nnt dapat hadiah...

    ReplyDelete
  2. kesiannya dekat budak tuu . hish , sebelum ni cerita budak kena tinggal dalam kereta sampai mati lemas . ni kes cuai lah ni . adehhhh ..

    btw , nak tanya boleh ? cemana buat menu tab kat atas tu ye ??

    ReplyDelete
  3. meoww cat,
    Tq ajak...ok berita paham nanti lind gi singgah sana :)

    ReplyDelete
  4. tia,
    itu la mmg la setiap kejadian dah ditentukan, tp kebanyakkannya kelalaian manusi yg jadi penyebabnya.

    menu tabs yang mana ye tia? yg home, tips hidup sihat :) & himpunan petua2 tu ke...yg tu ke maksud tia?

    ReplyDelete
  5. huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)