18 July 2011

harini ada peristiwa penting

18/07/1950

Tu merupakan hari lahir Ayah aku yang sentiasa aku cintai, sayangi dan hormati. Ayah adalah segalanya untuk aku, walaupun Ayah agak garang dan pendiam waktu aku , abang dan adik waktu kecik2 cam entry ni  dan   juga yang ni

Tapi kasih Ayah tu tetap jugak kami rasai, macam sekarang walaupun kami masing dah besar2, bila ada masalah dan Ayah dapat tau kami ada masalah, ayah mesti nak bantu dan tolong. Ayah selalu mengikuti perkembangan kami semua melalui Mak, sebab Ayah jarang nak bergayut telefon lama2 dengan kami macam yang Mak selalu buat. 

Sekarang Ayah dah lain sikit, Ayah dah selalu call aku, walaupun tak bersembang lama2 tapi Ayah akan call jugak...walaupun hanya dengan tanya " Inda kat office ke sekarang?" , " Ok ka kat sana?" , kadang part paling menyentuh hati bila Ayah pesan " Jaga diri elok2" . 

Ok aku sebagai satu2nya anak perempuan Ayah, pastinya Ayah paling risau pasal aku kan...yang tu aku paham, tapi Ayah tetap bagi aku kebebasan kepada aku, tapi kebebasan yang aku dapat adalah selari dengan usia aku la...sangat berterima kasih untuk Ayah untuk itu, sebab dengan tu la aku jadi diri aku yang sekarang ni...boleh berdikari sendiri...

Tadi dah sms dan called Ayah untuk wish, then dah bagi ingatan kepada abang aku, adik aku dan kakak ipar aku pasal birthday Ayah ni pagi2 tadi. Dalam keluarga aku merupakan organiser bergerak untuk inform kat semua orang pasal birthday ke, anniversary ke...Alhamdulillah Allah bagi aku ingatan yang kuat untuk hafal semua tarikh2 penting tu. :)

Semoga Ayah dipermudahkan urusan didunia dan akhirat, Semoga Ayah diberikan kesihatan yang baik, Semoga hari2 yang Ayah lalui akan dipenuhi dengan kebahagiaan, Semoga hidup Ayah takkan sunyi dengan melayan cucu2 Ayah semakin ramai :)
Ayah & Mak :)

Inda sayang Ayah & Mak dengan sepenuh hati 

6 comments:

  1. Selamat hari lahir buat ayahanda tercinta..

    ReplyDelete
  2. bestkn bln Julai ni,ari tu 16hb besday mak sis 17 besday hubby n 18 besday ayah lind plak..Tahniah n ucapan selamat ulang tahun buat ayah iyan jugak...

    ReplyDelete
  3. myhatiku,
    yup kena sayang ayah&mak kita...insan yg paling banyak berjasa untuk kita :)

    ReplyDelete
  4. maszull,

    terima kasih sis, owh kebetulan berturut2 plak besday insan2 kesayangan kita ya sis :)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)