YA ALLAH aku bermohon kepadaMU supaya ditambahkan sifat kesabaran dalam diriku ini ketika manusia2 itu mencuba untuk membakar hatiku untuk membuatkan aku marah. Aku terlalu ingin jadi insan yang masih boleh tersenyum ketika dicabar dan dibakar hatinya dengan perbuatan mahupun percakapan yang sangat menghiris kalbuku.
YA ALLAH jadikan aku hambaMU yang tabah bila mana kekebalan hatinya cuba diruntuhkan oleh manusia2 itu. Jadikan aku hambaMU tabah dalam menerima segala tingkahlaku manusi2 itu yang mencuba dari pelbagai sudut untuk menikamku.
YA ALLAH walaupun benar aku akui kadang aku hambaMU yang lemah namun Ya Allah aku mahu kelihatan kuat dimata manusia2 itu. Aku mengaku saat ini airmataku memang sentiasa menjadi penemanku, namun aku berdoa kepadaMU, agar membantu aku supaya tidak menitiskan walau setitik air mata pun didepan manusia2 itu.
YA ALLAH bimbinglah aku untuk menuju jalan kearahMU, jika memang aku dipihak yang benar, tunjukkanlah kebenaran itu YA ALLAH, bukan aku berniat untuk menunjuk2 siapa yang benar siapa yang salah. Namun aku mahu mata manusia2 itu terbuka YA ALLAH untuk melihat kebenaran.
YA ALLAH aku berdoa kepadaMU agar KAU berilah hidayahMU kepada manusia2 itu, agar cepat manusia2 itu nampak yang kebenaran dan mendatangkan keinsafan kepada manusia2 itu. Semoga manusia2 ini dapat bertindak matang mengikut umur sebenar manusia2 itu.
No comments:
Post a Comment
6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)