05 July 2011

perlukah hidup

Tanpa Teragung iaitu Cinta Allah?

Hidup tanpa mencintai Allah
Umpama daun hilang warna hijaunya
Laksana bulan tanpa cahaya 
Bagaikan pelangi tanpa warna 
Mirip laut tanpa ombak
Umpama pokok tanpa hujan
Laksana malam tanpa bintang
Bagaikan pengembara tanpa peta
Mirip ikan tanpa air

               Pasti kita semua mempunyai jawapan yang sama untuk jawapan ini...iaitu pastinya kita hidup patut mencintai Allah Yang Menciptakan kita. Jika ada dikalangan kita yang mempunyai jawapan yang sebaliknya pasti kalangan itu antara manusia yang bongkak dan buta hatinya.

              Cinta kepada Allah itu cinta terulung, teringat kepada satu lagu zaman kanak-kanak. Lagu ni mak aku selalu ajar aku nyanyi dulu, then cikgu time kat tadika pun ada jugak ajar aku dan rakan-rakan nyanyi lagu ni ramai-ramai ala cam nasyid tu. Oleh sebab lagu ni pendek dan ringkas jadi lagu ni sangat mudah untuk aku dan rakan-rakan nak menyanyi
 satu-satu saya sayang Allah
 dua-dua saya sayang Rasul
 tiga-tiga saya Ibu Ayah
 1 2 3 sayang semuanya 

                Tengok, dari kecik-kecik pun kita dah diajar dan ditanamkan perasaan kecintaan kepada Allah. Jadi wajarkah bila sudah besar panjang dan berjaya kita tidakkan perasaan cinta dan sayang kita kepada Allah? Waraskah seseorang insan yang lupa untuk cintai Allah setelah berbagai perkara yang Allah kurniakan kepadanya? 


4 comments:

  1. salam.

    ada satu lagi lagu,

    satu satu sayang ibu, dua dua saya sayang ayah..

    ~eheh. saya pernah dapat soalan dari interviewer kenapa no 1 ibu, kenapa no 2 ayah. :D

    tapi kalau lirik lagu macam yang awk kasi tu, mesti dorang tak tanya kan. :D

    ReplyDelete
  2. salam sar,
    then apa awak jawab kat interviewer tu sar? :)

    ReplyDelete
  3. ahah. dah tentu2 lah tergagap mula2 sebab tak bajet pulak dia nk tanya camtu. akhirnya masukkan bab2 tentang ibu yang banyak berkorban dan tarung nayawa demi melahirkan. :D

    ReplyDelete
  4. hehehe a'a dapat soalan yang tak dijangka, mesti terkelam kabut sket kan...tp ok la sar boleh jawab dgn tepat :)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)