07 July 2011

Dahaga Kehausan

Mengharapkan Hujan


Saat aku merindukanmu
Kurasakan bagai menantikan hujan tika panas terik
Rintik hujan tidak kunjung tiba
Malah panas makin membahang
Terus ianya membakar
Sedutlah air duhai matahari
Moga bakal terjadinya hujan

Langit semakin mendung
Keriangan mengharapkan hujan
Namun datang angin membawa mendung
Berlalu hujan makin jauh
Pasrah rintik hujan belum jua bertandang

Sejenak guruh berbunyi
Tidak ketinggalan kilat menyabung
Hati tidak berharap lagi pada rintik hujan
Semakin kuat guruh dan kilat
Terus galak hati berharap
Penat otak pesan pada hati
Bahawa hujan mungkin tak turun

Bermula dengan renyai
Awan mulai muntahkan hujan
Bersyukur diri kepada Allah
Akhirnya datang jua rintik hujan yang ditunggu  
Basah kuyup kesejukkan sebab lebat hujan
Namun masih berharap akan 
Ada lagi hujan 

ditype dengan penuh perasaan oleh iyan shazlind :)

please la hujan..please..please
gambar google



7 comments:

  1. okeh...entri ni dibaca dengan serius sampai la gambar kucing tuh muncul.... hahahahaha

    ReplyDelete
  2. gary,
    comel kan kucing tu..mmg betul2 tgh tunggu hujan tu..heheheh

    ReplyDelete
  3. malam dihias desing cengkerik
    sejuk memeluk hingga ke tulang kering
    dingin menyelubungi sepi malam
    berbaki titis yang ditinggalkan
    menjadi tanda selepas hujan..

    ~ah! merepek sudaa ni. :P sebenarnya nak cakap yang tempat saya baru lepas ujan, sejukk.. ~eheh

    salam :)

    ReplyDelete
  4. mrs redzuan,
    bila berjauhan dari yg tersayang, pastu hari hujan, mmg wat sayu hati...bertenang la duhai hati :)

    salam sar,
    wah sar ayat2 yg puitis, kita boleh bergabung ni..:) hujan ke? wah best tu nak tido sar :)

    ReplyDelete
  5. haha . comel kucing tu . btw , CBK pun mengharapkan hujan . panas giler sekarang nie .

    ReplyDelete
  6. hi CBK,

    jap lg hujan la tu...selalunya kalau panas sgt tu maksudnya nak hujan la tu :)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)