06 July 2011

Saat Saya Kata Ya

Ketika Awak Bertanya

Bermula Disitulah
Saya mengimpikan kita akan bersama-sama membina kehidupan. Bermula waktu itu lah awak sentiasa ada dalam doa saya. Setiap hari saya menjaga hubungan saya dengan awak. Saya sentiasa ingin hubungan kita dibajai dengan cinta yang sentiasa membara dan tidak akan pernah padam.

Ketika itulah
Saya menumpukan perhatian kepada awak. Bagi saya tiada yang lain selain dari awak. Ketika itu awak hebat dimata saya. Walaupun yang lain tiba dengan kelebihan yang lebih pelbagai dari awak, tapi pada mata saya awak tetap pria terhebat.

Saat itu bermulalah
Saya selalu terkenangkan awak, sering teringat awak. Oleh sebab awak jauh dimata saya, makanya rindu saya kepada awak berganda tahap kuasa 6 lebih. Saat itu juga, jika boleh saya nak tau segalanya tentang awak. Kalau boleh saya nak ada bersama dengan awak setiap saat. Saya nak kongsi segala rasa dengan awak, tak kira semasa awak gembira atau sedih.

Masa itu jugalah
Saya nak kenal awak sebaik mungkin. Saya nak awak bangga dengan saya. Saya cuba menerima dengan baik segalanya tentang awak. Kalau awak buat saya marah pun seboleh-bolehnya saya tak tunjuk kepada awak. Bukan nak berlakon, tapi saya tengah berlatih untuk hidup dengan awak suatu masa nanti jika kita memang ditakdirkan bersama. Tengok awak, saya sedaya mungkin nak menambah sifat baik dalam diri saya sebagai persediaan untuk masa awak jadi milik saya. Saya mula menanam azam untuk menjadi isteri, kawan, pendamping kepada awak. Saya mahu jadi isteri yang akan mendorong awak ke syurga dunia dan pastinya akhirat.

Dengan Ya itulah
Saya mula menganyam harapan masa depan kita berdua. Mula memikirkan untuk hidup berkeluarga dan bahagia. Mula berharap yang awak lah pembimbing saya untuk mendekatkan diri saya dengan ALLAH. Saya  selalu berdoa supaya jika memang kita dijodohkan bersama, saya berdoa supaya segala urusan untuk menghalalkan hubungan kita berdua dipermudahkan oleh ALLAH dan kita boleh hidup bersama happily ever after bersama dengan zuriat-zuriat kita yang soleh dan solehah. Saya berjanji akan menganggap mak & ayah awak macam mak&ayah saya sendiri, keluarga awak macam keluarga saya sendiri. Saya harap awak pun camtu :)

Makanya Saya
Mencuba menambah pelbagai pengetahuan sebagai persediaan untuk kita hidup bersama. Saya juga tahu melalui pembacaan dan pemerhatian saya yang hidup berumahtangga yang bakal kita tempuh mungkin kadang-kadang akan bermasalah seketika, jika tidak mana mungkin Seniman P.Ramlee mencipta lirik "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri". Namun saya berharap yang hubungan kita bersama akan bahagia, dan jika situasi membawa kepada perselisihan faham, saya sentiasa mengharapkan masa sukar itu tidak lama, dan semoga ALLAH menganugerahkan kita berdua kesabaran yang tinggi menghadapinya.

Tika saya kata YA kepada awak,
Saya sentiasa berdoa supaya ALLAH mempermudahkan urusan awak untuk duduk bersila kemudian berjabat tangan dan mengucapkan dengan yakin didepan semua orang  "AKU TERIMA NIKAHNYA........" (menyebut nama saya pastinya). Jika hari itu tiba, saya pasti tanpa bantuan talian hayat yang saya lah insan yang paling gembira, sungguh awak saya tak tipu :)

ditype dengan penuh perasaan oleh Iyan Shazlind

p/s: untuk renungan bersama insan-insan yang sedang dilamun cinta anugerah Illahi :)

3 comments:

  1. awww. makna dia sgt mendalam. sweet gitu. hihi

    ReplyDelete
  2. sweet sungguh ayat neh...klu saya jadi nuar..touchingla...

    taniah2..semoga impian dan harapan akan seiring dengan doan dan tawakal kpd ALLAH.

    Mg impian menjadi kenyataan. Tunggu kad jemputan istimewa ni. Bile tarikhnya?

    ReplyDelete
  3. zaza,
    sweet ke? type dgn penuh perasaan ni :)

    Pojie,
    Insyaallah bila ada tarikhnya, awaklah antara orang yg terawal org maklumkan sis :)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)