CINTA : BAIK vs BURUK
Kadang-kadang kita selalu dihebahkan dengan kuasa cinta sesama makhluk yang mendorong kearah keburukkan. Misalnya dalam media massa selalu ada kisah cinta yang sampai mencederakan satu sama lain, sampai berbunuh pun ada, then ada jugak sebab kuasa cinta, ada yang sanggup tinggalkan keluarga mak& ayah untuk lari bersama kekasih, ada yang sampai lari ke lombok tau. Lagi satu ada jugak yang jadi terpesong dari landasan agama sebab kuasa cinta. Besarnya kuasa cinta ni kan.
Memang aku akui kuasa cinta ni besar, ataupun bila kita bercinta aura cinta memang mekar la disekeliling kita, tu sebab orang selalu cakap bila dilamun cinta,
"berbunga-bunga je rasanya"
"dalam hati dalam taman"
"hidup rasa penuh bunga-bunga"
"rasa nak senyum je 24 hours"
Namun lepas dah selalu tengok or dengar yang buruk2 je pasal cinta, meh kita tengok plak kuasa cinta dalam perspektif yang berbeza iaitu yang baik :
Bila bercinta kebanyakkan daripada kita akan lebih mencuba menjadi yang terbaik samaada dalam kerjaya ke, agama ke, penampilan diri, dan macam2 lagi. Usaha automatik akan jadi lebih berlipat2 kali ganda. Seboleh2 kita nak tampil hebat dimata orang yang kita sayang dan cinta kan? hmm betul tak insan2 yg bercinta diluar sana? :)
2) Perubahan Diri
Orang yang ganas pun boleh jadi baik dan sopan tau sebab kuasa cinta. Contohnya seseorang tu banyak sifat or tabiat buruknya, tapi bila bercinta, aku confirm la pelan2 dia akan berubah kearah kebaikan. Kiranya kuasa cinta ni dapat la memutihkan sikit hati yang hitam or kelabu kehitam-hitaman tu..hehehe
3) Ilmu pengetahuan akan bertambah
Selalu bila bercinta, masing2 nak bahagia dengan pasangan masing-masing, jadi percaya atau tidak, insan2 yang bercinta ni akan mula membaca buku, surf internet, bertanya kawan-kawan untuk mencari info2 tertentu misalnya mendalami ilmu agama (maklumla dah merancang nak kawin dan hidup bahagia) jadi kuasa cinta juga pastinya dapat mendekatkan diri si pencinta kepada ALLAH. Yela bagi lelaki mesti time bercinta tu dah bercita2 nak jadi ketua keluarga yang hebat kan, yang perempuan mesti dah berangan nak jadi isteri yang solehah kan...hmmm aku le tu :)
4) Jadi lebih sensitif
Haa yang ni untuk lelaki, sensitif yang aku maksudkan bukan lelaki suka merajuk ke apa, jangan dok salah paham plak. Maksud aku, lelaki akan lebih sensitif dengan perasaan orang disekeliling dia bila dia bercinta. Kenapa aku type camni ialah, contohnya ada kaum lelaki yang kadang2 susah nak tunjukkan perasaan cinta or sayang dia pada orang disekeliling misalnya mak dia sendiri pun susah tau. Jadi bila bercinta, pastinya lelaki ni akan lebih memahami hati orang lain, pandai sket membaca hati orang lain, dan pandai sket la tunjukkan kasih sayang..disebabkan perempuan kan kadang2 suka merajuk. Jadi hasil di "train" selalu dengan situasi tu, lelaki akan lebih menyedari yang kalau orang merajuk, kena la pujuk or buat baik balik dengan dia, mana bleh biar je beb. Owh baik jugakla perempuan dok merajuk eh? hehehe
5) Jadi lebih romantik
Romantik dengan jiwang ni kira cam lebih kurang la aku rasa. Tapi kan kebanyakkan dari kita kalau orang kata kita jiwang, kita cam malu2 or kadang ada yang sampai marah kalau orang cakap dia jiwang. Tapi kalau orang cakap dia romantik, dia rasa seronok la plak...nape ye, sedang lebih kurang je la jiwang and romantik tu tau...tu bagi aku la...:p ...romantik & jiwang ni baik tau, selagi tak sampai melanggar batas perhubungan la....kalau nak romantik lebih2 baik nikah je...pastu buat apa pun dapat pahala tau...Ok berbalik kepada romantik baik sebab bila romantik automatik jiwa akan lebih lembut je takde la senang nak naik darah dan suka marah2 kan. Haa tu kan dah jadi lebih baik tu :)
6) Ekonomi negara
Haa lagi satu ekonomi negara pun naik tau, sebab orang bercinta ni selalu nak romantik2. Jadi selalu beli2 hadiah untuk satu sama lain dan berbelanja bila nak bagi hadiah tu. Selalu gi dating2 tengok wayang, beli bunga (pekebun bunga punya ekonomi akan meningkat). Jadi untuk meningkatkan ekonomi negara "Belilah hadiah daripada barangan buatan Malaysia ya" (nape cam mengarut je yg no 6 ni eh?) heheheh
Cinta membawa kepada kebahagiaan Gambar google |
***ditype dengan penuh perasaan cinta, dikala hati rasa berbunga-bunga cinta oleh Iyan Shazlind...:)
lagi satu lupa nak type, kuasa cinta boleh membawa kepada kebaikan dengan syarat kita pilih orang betul aka baik la time nak menyemai cinta tu. :) Kalau orang nak semai cinta sama-sama dengan kita tu agak hampeh, makanya hampagas la jugak kesan kuasa cinta kepada kita. Jadi pilih baik2 ya :)
lagi satu lupa nak type, kuasa cinta boleh membawa kepada kebaikan dengan syarat kita pilih orang betul aka baik la time nak menyemai cinta tu. :) Kalau orang nak semai cinta sama-sama dengan kita tu agak hampeh, makanya hampagas la jugak kesan kuasa cinta kepada kita. Jadi pilih baik2 ya :)
cinta mmg tiada tolok bandingnya...dan cinta juga boeh merubah keadaan sekeliling..
ReplyDeletebetul3...cinta memang boleh merubah keadaan, kuasa cinta memainkan peranan yang sgt kuat dalam hidup kita..:)
ReplyDeleteterbaiklah! kuasa cinta wow!
ReplyDeleteimbobo,
ReplyDeletekuasa cinta mendorong kearah kebaikkan mmg ok..jgn sebaliknya :p