Tadi pagi2 aku berborak dengan sorang staff, sebab aku tengok ada sorang insan yang agak baik dengan kami berdua dah lama tak dapat kami jejakinya. Segala panggilan telefon tak diangkat dan dijawab. Mungkinkah dia mengalami masalah keluarga dan tidak mahu diganggu. Bukan untuk mendedahkan aib ataupun masalah yang dihadapi insan tersebut, sekadar berkongsi dan mungkin dapat memberikan pengajaran kepada yang lain.
Insan yang aku maksudkan, merupakan seorang yang mempunyai kerjaya yang profesional dan bertemu jodoh disaat usia 30an dengan suami yang lebih muda darinya. Pada peringkat mula perkahwinan, mereka bahagia sehinggalah dikurniakan 2 orang cahaya mata, murninya hati seorang ibu, beliau berusaha mengandung dan melahirkan anak2 walaupun tahu itu memberikan kesan yang kurang baik untuk kesihatan beliau. Sebagai penghidap diabetes type 1, setiap kali mengandung dan melahirkan anak, mereka mempunyai risiko untuk menghadapi kesulitan yang tinggi berbanding ibu2 yang lain.
Namun segala pengorbanannya seseolah dipandang enteng oleh si suami, si suami mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain, segala perbelanjaan urusan rumah tangga diletakkan dibahu si isteri. Entah kemana hilangnya duit gaji sendiri, kerana sering si suami meminta wang isteri. Kerjaya suami yang bertugas di offshore, lebih menyulitkan si isteri menguruskan anak2 dengan kesihatannya yang semakin merosot. Namun dia yang ku kenali sangat tabah orangnya, sesuai dengan wajah lembut beliau, sering tersenyum walaupun hatinya remuk dan sering disakiti.
Namun kini dia khabarnya tidak lagi kami dengar, last aku dengar, ayahnya telah kembali ke rahmatullah selepas 5 bulan pemergiaan ibunya. Hilang beliau tempat mengadu, kemudian beliau mula pula mengalami masalah penyakit-penyakit misteri. Dengan perangai suaminya, ada kemungkinan suaminya merupakan salah seorang suspek melakukan sesuatu yang tak elok ke atas si isteri. Bayangkan derita seorang isteri, bila mana terpaksa spend her life with someone yang tak boleh dipercayai. Semoga insan yang kukenali tu, didalam keadaan yang baik sekarang, semoga Allah menambahkan kekuatan untuk beliau menghadapi segala dugaan yang menimpa. Ingin aku bisikan kepadanya, jangan bersedih kerana yakinlah Allah sentiasa bersamamu.
gambar hasil google
Pengajaran dari cerita ni:
1. Kita patut menghargai orang yang sayang kita.
2. Seorang suami patut betul2 menjalankan tanggungjawab dengan baik.
3. Bila kita berkahwin dengan seseorang bermaksud kita telah bersedia menerima kelebihan dan kekurangan pasangan.
4. Kalau kita rasa kita tengah susah ditimpa masalah, ingatlah ada lagi yang susah dari kita.
yer betul tu bila fikirkan kita susah ada orang yang lebih susah dari kita pun ada....oleh itu bersyukurlah dgn apa yg kita ada skg...:)
ReplyDeletesis,
ReplyDeletebetul sis, lagi satu kita kena bersyukur dengan kurniaan Allah dari segi insan2 yang sayang kita...:)