Himpunan Petua-Petua

Petua-petua yang dipaparkan di sini diperolehi daripada rakan/keluarga/amalan sendiri/pembacaan di buku serta internet. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri ya. Terima Kasih semua...:)

 
BATUK
untuk kurangkan/hilangkan batuk


kicap & limau nipis
ambil kira 1 atau 2 sudu kicap dan perahkan limau, kemudian minum. Biarkan seketika kemudia baru minum air. Amalkan  sehingga batuk hilang. Walaupun rasa cam pelik sikit tapi petua ini aku selalu amalkan dan rasa berkesan la dengan aku.


kerak nasi
Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi. Amalkan beberapa kali sehingga batuk kita hilang.


madu
Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari. Pastikan madu lebah tu asli kang kalau yg tak asli tak pasal2 yg ada kencing manis tu paras gula naik plak nanti kang...so hati2 ye :)


madu & limau nipis
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.


daun pegaga
Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu sehingga batuk hilang.






SELSEMA
petua untuk mengurangkan dan menghilangkan selsema yg menyerang


minyak masak
Ambilkan satu camca minyak masak dan lumurkan dikepala, dipicit2 sket kepala tu, biarkan sampai ia kering, secara perlahan-lahan masalah selsema anda akan berkurangan. Petua ini juga boleh digunakan kepada bayi atau anak-anak yang menghadapi masalah selsema.



SAKIT KEPALA
mengurangkan / menghilangkan sakit kepala & migrain
apa beza migrain dan sakit kepala, jika seseorang mengalami migrain dia akan sakit
di sebahagian kepala sahaja, bukan sakit semua bahagia seperti sakit kepala biasa.
 
Daun sirih
Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit. Kepala mesti rasa sejuk je

Asam Jawa
Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan, sejuk je rasa kepala dan rambut jadi lembut. (haa special effect tu kan rambut jd lembut) :) 

sawi
Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis (kening). Urut-urut sket kepala.  

kain merah
jika mengalami migrain, tidur / berehat lah didalam bilik yg gelap. kemudian ambil apa sahaja kain yang berwarna merah dan tutup mata anda mengguna kain tu. Kalau takde kain merah, tudung atau t-shirt merah pun boleh jugak.

daun setawar
Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan kepala menggunakan kain. Biarkan semalaman.