Hari ni adalah hari untuk mendobi segala-gala kain kainan yang berwarna putih dari towel, baju, selimut, telekung dan
Dah sidaikan semua, tapi sekarang ni, pokok yang kat belakang umah aku tu dah besar. Pokok tu yang aku gantung tali wat ampaian, so dah kurang panas la kawasan situ. Redup je, sangat nyaman untuk berehat amik angin waktu petang, tapi agak bermasalah untuk keringkan baju-baju yg disidai tu.
Aku pun tak tau tu pokok apa, tapi mmg banyak la buah dia, mewah sungguh buah2 bergantungan di dahan tu. Kalaulah tu pokok manggis (feveret fruit aku tu) memang best la boleh makan sampai lebam2. Tapi buah pokok tu agak keras sket, aku mesti tergelak bila tgk kucing2 angkat aku yang tengah makan mesti akan melompat kalau buah tu gugur kena badan kucing tu, kalau jatuh kat tepi pun kucing-kucing tu terkejut tau.
Tapi lepas kejadian semalam, buatkan aku tak berapa nak gelak dah kot kalau kucing2 tu terkejut. Semalam aku tengah menyidai baju, tetiba 3 biji serentak jatuh kat kepala aku, terkejut aku woo, sakit pulak tu, sabar je la. Camtu la agaknya kucing-kucing tu rasa bila kena tu. Owh adakah perlu pakai helmet pasni kalau nak ampai baju kat situ?? hehehe
Aku rasa cam nak mintak adik aku tolong potong sket la dahan pokok tu. Sebab kena panjat2 sket baru dapat potong dahan tu, takkan aku plak nak panjat pokok tu kan? :P
assalamualaikum ~eheh
ReplyDelete~adoi! sakitnya :D
waalaikumsalam sar,
ReplyDeletedtg umah lind then try berdiri kat bawah pokok tu, then baru bleh test tahap kesakitannya sar..hehehe