24 July 2011

Terimbas Kenangan Ancaman Bom

Gunman kills 85 at youth camp on idyllic Norway island


Grim ending: A wounded woman being brought ashore opposite Utoeya island (in the distance) after being rescued from a gunman identified as Anders Behring Breivik (inset). The gunman went on a killing rampage targeting participants in a Norwegian Labour Party youth organisation event on the island, some 40km southwest of Oslo. He has been charged with the killing spree and the bombing of a government building in Oslo. — Reuterssumber: The Star


Hasil memakan ubat selsema mlm semalam, lepas isyak aku telah tido tahap pengsan, so mana sempat nak tengok berita kat tv or internet. So bangun pagi ni terkejut aku tgk berita pasal bom & case serangan kat Norway ni..Sian mangsa-mangsa ramai yang meninggal memula cakap 85 orang tapi berita kat tv tadi dah jadi 90++ orang dah meninggal dunia. 

Tetiba teringat time aku wat praktikal kat Free Duty Shopping Centre kat Bukit Kayu Hitam Kedah pada 2007. Kalau sesapa biasa ke sana, mesti tau yang shopping centre tu terletak lepas dari pintu masuk sempadan ke Thailand dari Malaysia dekat dengan Danok, Thailand. Kiranya setiap hari kalau aku g keje kat situ, dah macam gi oversea tau, setiap hari kena lalu kaunter imigresen, kawalan PGA dan segala macam :p ..Shopping centre tu betul2 depan camp tentera tau.

Hari ke 3 aku kat sana, time kat sana aku diletakkan di perfume&cosmetic department, setelah 3 bulan kat sana sampai sekarang mempengaruhi aku, iaitu aku suka barang mahal, sian poket aku tau :P... yela setiap hari telah dipaksa makeup oleh kakak promoter2 kat situ guna segala cosmetic spt Lancome, Shiseido, Loreal, DKNY dan segala2 la yg branded.

Ok berbalik pada cite hari ke 3 aku kat sana, time lepas rehat aku ke toilet , then ada satu announcement, announcement tu berulang2, tapi aku tak dpt dengar dengan clear. Announcement tu dibuat dalam English and  Bahasa Thai. Kebanyakkan customer kat situ orang Thailand or Pelancong oversea la. Pastu aku tengok semua orang kelam kabut, tapi aku taktau nape, semua orang cemas, aku yg taktau apa2. Sampai ada sorang  Guard India tu dtg kat aku then cakap " Adik, cepat keluar adik, cepat lari keluar adik"..Aku pun malas nak tanya apa2 terus keluar ikut pintu belakang.

Then bila keluar aku tgk sebenarnya dah ramai dh pekerja & pelanggan yang dok kat area belakang tu, aku ni kira orang yang terlewat tau. Tapi waktu tu, serius dlm otak aku, "owh diaorg ni wat latihan kebakaran ni". Sampai la ada Salesgirl kat department aku tu bagtau aku yang sebenarnya tempat kami tu dapat ancaman bom tadi (time tu banyak kejadian bom diletukan di Thailand). Kakak tu beriya-riya mintak maaf kat aku, sebab time kalut2 lari keluar diaorg lupa kat aku.

Serius time tu aku baru terkejut, 1st time alami peristiwa ancaman bom, takut ooo. Then aku boleh tengok camna Polis, Tentera, Unit Pengesan Bom, Bomba buat keje diaorg bersungguh2 nak lindungi org awam sampai sanggup bahayakan nyawa sendiri tau. Jadi sesapa yang dok kutuk Polis, Tentera, Bomba or semua Pihak Berkuasa Malaysia tu. MEH SINI AKU NAK LEMPANG SEKALI. 

Time tu diaorg kena masuk dalam bangunan tau nak kesan bom tu, tak ke tu membahayakan diri sendiri. Nasib baik ancaman bom tu tak betul. Tapi lama tau kitaorg kena stay kat luar bangunan dekat nak 4 jam kot, tengah2 panas then hujan semua. Ish menyusahkan orang tul sapa/pihak yang wat ancaman bom tu. Setelah semua dipastikan selamat baru kami dapat masuk balik dalam tu. Haa lupa nak cakap time tu tak pasal2 muka aku glamer masuk paper "The Star" esoknya tu, kebetulan time cameraman amik gambar muka aku yang difokuskan..

6 comments:

  1. orang dah tak guna bom dah skang ni..haha

    ReplyDelete
  2. wah tkut nye ade serangan bom.. nasib bek msia aman..

    ReplyDelete
  3. sue perbs,
    yup M'sia skrg aman...Alhamdulillah..tu sebab kita takleh bersetuju/sokong pihak2 yang ada agenda menganggu gugat keamanan M'sia skrg :)

    ReplyDelete
  4. pengalaman mengerikan dan menarik untuk dikenang..

    ReplyDelete
  5. huszaini,
    mmg skrg rasa menarik, dulu serius ngeri, nasib baik ancaman bom palsu je..kalau tak..

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)