06 July 2011

Payah macam mana pun

Kena Cuba Jugak

            Hidup kita ni kalau free dari cabaran tu bukan hidup la namanya. Time kecik2 dulu pun sebenarnya banyak dah cabaran yang kita dah tempuh. Aku selalu kalau aku ada cabaran yang memang kadang-kadang sampai terlalu mencabar buat aku rasa tension sangat. 

             Sampaikan aku terfikir, kalau jadi baby or kanak2 mesti senang kan. Cuma fikir makan, tidur dan main je. Tapi bila difikirkan semula. Sebenarnya sapa kata jadi baby senang, susah woo bila kita tak dapat nak bagitau orang disekeliling kita apa yang kita nak, hanya mampu menangis je mencuba untuk ibu dan ayah dia faham apa yang dia nak ataupun apa yang tak kena. Pastu bila besar sikit sangat mencabar nak mula meniarap, merangkak dan nak atur langkah kali pertama. Semuanya kena usaha yang keras dari baby tu sendiri baru boleh hadapi cabaran tu. 

             Pastu, aku terfikir pulak, betapa baby ataupun kanak-kanak ni kena berusaha bersungguh untuk fahami apa yang orang dewasa cakapkan time mula-mula nak belajar bercakap. Bermula dengan cuma memahami, kemudian boleh bercakap menggunakan bahasa yang diciptakan sendiri, lepas tu dapat bercakap dengan bahasa yang pelat dan lepas tu baru la boleh bercakap macam biasa. 

           Jika dilihat semula rentetan kehidupan seorang manusia dari mula-mula dijadikan, kita dah berjuang dah untuk sampai ke ovum. Pastu bila disenyawakan, kita berjuang untuk terus bernyawa didalam rahim ibu selama 9 bulan++. Then berjuang untuk mencari jalan keluar untuk selamat dilahirkan, kemudian berjuang untuk berjalan & bercakap. Setelah menempuh pelbagai cabaran, baru kita jadi diri kita hari ini. Selepas apa yang ditempuh selama ini, sepatutnya kita lebih kebal dalam menghadapi segala macam cabaran / masalah yang mendatang dan menimpa. 

             Jika kita tak menyahut cabaran untuk cuba berjalan dulu mustahil kita dapat berlari pada harini, Jika tidak mencuba untuk menyebut perkataan tika dahulu mustahil untuk kita dapat bercakap dengan lantang pada harini. Konklusionnya, hidup kita ni sebenarnya mempunyai fasa cabaran ataupun masalah yg tersendiri mengikut fasa umur masing-masing.  

challenge untuk si penurun tangga amatur cam aku ni :)




Ini merupakan peringatan untuk diri aku sendiri dan sesiapa yang sudi membacanya :)

4 comments:

  1. hahaa . tiap kali Tia hadapi masalah mesti fikir , "eh! kan best kalau aku jadi baby balik.."

    ReplyDelete
  2. setiap ujian yang kita lalui adalah bekal untuk masa depan agar kit alebih kuat dan matang~


    **membalas kunjungan anda d blog saya!

    ReplyDelete
  3. itu la Tia...dulu lin pun selalu ingat camtu gak...tp bila pikir2 balik..jadi baby pun ada masalah jugak la :)

    ReplyDelete
  4. sangat setuju dgn ur comment lina..:)
    terima kasih sudi berkunjung ke sini :)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)