05 July 2011

Buta hati

ataupun membutakan hati?


Manusia harini kebanyakkannya sudah buta hatinya, namun ada jugak dikalangan kita yang sengaja ataupun tanpa rasa bersalah bertindak seseolah buta hati walaupun hakikatnya tidak. Namun bagi yang benar, hati mereka sudah buta dan sudah tidak berfungsi lagi sebagaimana yang sepatutnya. 

Akibat buta hati, hubungan persaudaraan hanya didasarkan semata-mata atas kekuatan benda dan kepentingan duniawi yang lain. Impaknya suasana persaudaraan umat manusia di bumi ini terasa begitu kering dan tandus. Ini antara penyebab umat islam berpecah belah dan berperang sesama sendiri dan ajaran persaudaraan seperti yang ditekankan oleh Al-Quran dipandang enteng disebabkan tarikan kepentingan benda duniawi dan bangsa lebih diutamakan. Ini aku ada baca kat satu artikel.

Jika tadi dihuraikan melalui konteks bangsa yang agak besar huraiannya yang sebenar. Kini kita kecilkan sedikit konteks tersebut, cuba ingat kembali bagaimanakah hubungan kita sesama sanak saudara kita sendiri. Betapa ramai yang mengaku sangat bertamadun, bekerja profesional, bergaji besar dan mempunyai taraf hidup yang elit, namun mengabaikan hubungan persaudaraan.

Berapa ramai dari kita yang hidup senang lenang, sehingga merasakan diri agak hebat. Bila rasa itu wujud kita mesti merasakan hidup kita lengkap semuanya dan tak perlu meminta ataupun mengharap apa-apa dari sanak saudara yang lain, lalu mengambil keputusan ataupun tindakan seseolah ingin memutuskan hubungan darah daging yang Allah tentukan, nauzubillah.

Bukan ingin membuka pekung didada, sekadar berkongsi dan semoga ianya dapat memberikan iktibar kepada diri sendiri dan rakan2. Situasi ini baru berlaku, aku mengenali keduanya, seorang anak saudara yang agak berjaya dalam hidupnya sekarang, bercakap dengan bapa saudaranya menggunakan ganti diri "you" & "i" saja, dan percakapan yang kasar. Kemana hilangnya panggilan Pak Long, Pak Ngah, Pak Ndak ataupun Pak Lang yang selama ini orang melayu selalu gunakan. Setahu aku bukan orang melayu sahaja, namun samada cina atau india pun ada panggilan yang digunakan untuk memanggil bapak saudara atau ibu saudara masing-masing kan. Ini aku sebut kerana  nak mengambarkan betapa bapa atau ibu saudara adalah insan yang hampir kepada kita. Lupakah kita jika ada antara kita yang kematian bapa, dan jika ingin berkahwin bapa saudara merupakan salah seorang insan yang layak menjadi wali kita. 

Namun bila senang sedikit hidup, diri mulai hilang kewarasan. Bila Allah berikan sedikit kekayaan dunia, hati mula berasakan diri sudah lengkap segalanya. Hati mulai buta hingga kewarasan semakin lama semakin terhakis. 

Duhai hati, janganlah kau buta, kerna hati mempengaruhi segala perbuatan, tindakan juga pastinya corak pemikiran. Duhai hati, celiklah hati jangan hati kau sesekali kau pejam dan tutup hati. Kerna aku takut jika selalu hati dipejamkan kelak hati mungkin buta.

2 comments:

  1. assalamualaikum. :)

    betullah kata orang ikut kata hati mati kan.
    hmm, semua berbalik pada hati. hati yang semakin kelam kerana ditaburi harta dunia lagi menggelapkan mata juga. tak nampak dah mana yang baik mana yang buruk.

    astaghfirullahal'azim. minta kita dijauhkan semuanya InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam sar :)
    betul apa yang sar type tu..lind sokong :)
    semoga hati kita semua tidak dibutakan dengan kekayaan duniawi..amin

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)