06 August 2011

Cerita Pasal Komuter

Baru teringat nak buat entry ni...haritu aku ada janji nak wat entry pasal naik komuter kat
 entry ni..yaa yg ni la :). hari sabtu yg lepas iaitu 30/07/2011 aku naik komuter ke Shah Alam dari KL Central. Ini merupakan kali pertama aku naik komuter sorang2. Sebelum ni biasa naik dengan kawan aku tu pun sekali je kot.

Memula cam malas je nak naik komuter sebab dah tau dah kesesakkan dlm komuter tu. Tapi oleh sebab Encik Cinta beriya dok ajak aku jumpa dulu sebelum ber"reunion" bersama dengan bestfriends aku. So aku pun mengagahkan la diri yg kurang gagah ni naik komuter ke Shah Alam.

Lepas beli tiket tu aku pun turun ke bawah nak tunggu komuter, seperti yg dijangkakan, alahai sangat la ramai manusia2 tgh tunggu komuter tu. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai la komuter tu. Tengok dalam komuter tu, padat mampat ketat dgn manusia. Tapi bila memikirkan komuter tu 1/2 jam sekali aku pun terpaksa la sama2 memampatkan coach tu. 


gambar google
Bau kat dalam tu takyah cite la..sgt la tak wangi dan tak harum. Bagi aku yg berhidung sensitif ni, kalau tak wangi pun takpe tp jgn la berbau busuk. Aku sampai terbersin tau, sebab time aku dpt duduk tu, ada sorang mamat bangla ni selamba dgn penuh keyakinan diri angkat tangan dia bergantung kat pemegang komuter tu. Siap tayang ketiak yg baju berpeluh tau betul kat depan aku. Owh sabar je la, memang menguji ketahanan hidung aku untuk menahan nafas dan mencuba bernafas dgn menyedut udara sedikit je..mencabar tau tak? 

Sebelum aku dpt duduk tu...aku dpt berdiri kat tepi tiang tepi pintu tu. Pastu ada mamat&minah cina ni dok bercinta hebat tepi aku, habih tertolak2 aku..Penyedut hampagas tul, agak2 la kalau nak bercinta bergurau senda pun, sabar la tunggu dah keluar dari komuter boleh tak? menganggu ketenteraman orang lain betul la diaorang ni. Ish nape la aku tak sempat masuk coach wanita tadi, kalau tak takde la menyempit2 dikalangan lelaki2 ni.


Tu gelagat manusia2 yang kat dalam tu la, yang lagi satu masalah dalam komuter tu ialah, announcement yg dibuat serius macam nak taknak je tau, suara tu jadi bergema dan tak clear utk didengar oleh telinga aku ni. Aku pun heran selama ni geng2 pengurusan komuter tu tak sedar ke benda ni, ke telinga aku yg problem, ke haritu saja yg problem nya. Tak kuasa la plak aku nak gi naik komuter selalu untuk mengesahkan yg mana satu yg betul...sesapa yg selalu naik komuter..korang ada jawapan tak? 

Then time dalam tu, ada sorang chinese woman ni, dia pun menghadapi masalah yg sama la dgn aku tak clear dgn announcement yg kat komuter tu. Tapi yang kesiannnya dia tu Chinese yg dari oversea, so dia asyik tanya je manusia2 yg lain, "Sorry i cant hear the annoucement, where are we now?..im going to Subang Jaya" (dengan muka penuh tercengang2)  tp takde sapa kot nak menjawab. Ntah la kadang2 sifat takmau amik port ni susah jugak. Sian dia sebab, aku walaupun tak announcement tu tak clear, aku boleh je baca signboard. Tapi dia aku rasa cam tak bleh je. So aku panggil dia dtg dekat aku, then aku cakap " Dont worry, when we arrive to Subang Jaya i will inform u ok?" So selamat la Chinese woman tu smp Subang Jaya. Dia siap lambai2 aku time komuter nak bergerak tu.

Kebengangan aku dalam komuter tu bertambah bila smp stesen Shah Alam, teksi kena share2 pastu bila aku cakap saya nak ke PKNS, sebab Encik Cinta kan menginap di Quality Hotel bersama geng2 Navy dia. Then taxi's drive tu tanya aku "Nak gi wat Biometrik ke?"..aku diam je malas nak cakap apa2 pastu dia dok tanya lagi "nak gi join program pemutihan tu ke"...ish mulut pakcik ni mmg cam penyedut hampagas betul la..tampar kuat2 jugak kang..Ikut hati cam nak cakap "aku orang malaysia ok"...tapi mulut aku hanya mampu cakap "tak la"


Ok pengalaman nak komuter ni membuatkan aku terasa nak bg cadangan utk komuter utk memperbaiki servisnya :

1. Memperbanyakkan servisnya, maksudnya jgn la buat 1/2jam sekali, buat la 10 minit sekali. Sebab ramai je  manusia2 nak naik komuter tu. Disebabkan 1/2jam sekali semua terpaksa bersempit2 tau sebab takmau terlambat sampai ke destinasi.

2. Menukar penggunaan suara, mungkin untuk announcement suara perempuan lebih sesuai sebab lebih clear. tapi dalam LRT pun guna suara lelaki jugak, tapi clear je aku dengar. So conclusionnya jgn la guna suara lelaki yg serak2 aka macho kelakian sangat utk wat announcement tu..tak clear la dlm komuter tu sebab dgn bising enjin and bising suara manusia.

3. Coach Wanita itu idea yg sangat bernas, aku puji komuter untuk itu.


4. Penambahan coach komuter, kalau dah mmg kena berjadual 1/2jam sekali, apa salah kiranya coach yg 3 tu ditambahkan jadi 5 ke 6 ke..Takde manusia terpaksa bersempit dan saling menghimpit kat dalam tu.


***tengok Encik Cinta, demi nak gi jumpa awak, saya sanggup meredahi lautan manusia dalam komuter tau. Hebak tak saya?? heheheh

9 comments:

  1. untung Encik Cinta dapat awak hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. hebak sangat..hehe..btw selamat berpose..jangan naik komuter time pose, boleh pengsan dibuatnya :)

    ReplyDelete
  3. salim,
    untung ke tak tu kena tanya Encik Cinta la..ntah2 dia rasa rugi ke..heheheh


    asniza,
    hebak kan..hehehe kalau naik komuter time berpuasa ni, hmm mmg terpengsan smp susah nak sedar balik la hehehe...sian sesapa yg kena naik komuter nak gi balik keje tu...:p

    ReplyDelete
  4. tak sukalah naik komuter..pernah sekali sesat berkali2 naik komuter nih. tak paham direction dy. pastu pekerja dy suka ati tunjuk arah, last2 silap gak naik komuter.

    paling bengang, komuter ni lambat ya amat...sabor je lah~~

    ReplyDelete
  5. sifu im,
    hebak2..hahaha

    cintazulaikha,
    betul sis, dlm sesemua public transport yg ni la yg mencabar. lambat satu, then sesaknya lg..

    ReplyDelete
  6. ktm mmg byk masalah..hehe kita mempunyai pengalaman yg serupa dgn banggla tu..hehe

    ReplyDelete
  7. slm..wah jumpa En.Cinta rupanya...apa2 pun mama doakan moga bahagia yer...:)

    sebenarnya mama x tahu nak komen apa bab komuter ni sbb x pernah naik la lind...sori yer..:)

    ReplyDelete
  8. imbobo,
    busuk kan pengalaman kita hahahah

    maszull,
    salam mama, terima kasih doakan kebahagiaan lind mama :) tak pnh naik ya mama, takpe takyah la naik xbest sgt pun hehehe

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)