DO (BUAT LA SELALU) :) |
gambar google |
2. Berusaha sehabis baik untuk memahami hatinya, pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.
3. Bertolak ansur selalu, dengan sering bertolak ansur pastinya keputusan yang akan dibuat akan dipersetujui kedua-dua pihak. Jadi pastinya tidak ada masalah yang akan timbul selepas itu.
4. Menjaga hatinya, kerana hubungan bahagia akan wujud sekiranya kita saling menjaga hati satu sama lain. Jadi kita perlu lebih peka dengan apa yang disukai & tidak disukai oleh pasangan.
5. Lebih sensitif dengan perasaan pasangan, kita patut lebih peka dengan perasaannya. Ambil tahu ketika bila dia sedih , gembira , seronok barulah hisup lebih bahagia.
6. Sentiasa ada waktu untuk dirinya, sentiasa mengambil berat. Biarlah kita menjadi orang pertama untuk si dia cari ketika ingin berkongsi perasaannya.
7. Selalu berhubung antara satu sama lain sekiranya berada dalam perhubungan jarak jauh (PJJ).
8. Sering ucapkan perasaan sayang dan rindu, walaupun sudah lama berkahwin. Ini kerana otak manusia perlu sentiasa diingatkan. Perasaan cinta dan sayang juga pastinya selepas disemai perlu dibajai selalu agar sentiasa subur di hati masing-masing.
9. Sering nyatakan kepada si dia betapa beruntung/bangganya kita mendapat pasangan seperti si dia. Pastinya ayat itu dapat membuatkan si dia tersenyum selalu.
10. Sekiranya menyedari kita ada melukakan hati si dia, cepat2 lah mohon kemaafan.
DON'T (JANGAN SESEKALI) :(
gambar google |
1.Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia. 2.Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya. 3. Jangan ragu-ragu untuk berterus terang sekiranya kita telah melakukan apa-apa yang berkemungkinan akan melukakan hati si dia. Adalah lebih baik dia mengetahui daripada kita sendiri, dari dia mendengar dari orang lain. 4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah. 5. Jangan terlalu mengonkongnya si dia akibat dari perasaan terlalu cemburu kita. Cemburu tak salah tapi jangan terover sudah. 6. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya. 7. Jangan biarkan pergaduhan/perselisihan faham terjadi terlalu lama. Ini pastinya akan memberikan kesan yang negatif terhadap perhubungan. 8. Jangan diamalkan berbohong pada orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda. 9. Jangan ego dalam perhubungan, ini kerana hubungan yang baik kena ada "give and take". |
salam lind...semoga segala info yg diberikan akan boleh jadi panduan bagi yg ada kekasih tu yer...
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin...:)
k.lin, klu pojie cmne nie? Huhu...sian i tau...
ReplyDeletetips berguna yg boley dipkai..
ReplyDeletemaszull,
ReplyDeletesalam mama..yup mama sama2 share info..tp kalau dah kawin pun boleh apply gak :)
poji,
ReplyDeletekalau poji eh...hmmm poji kena ikut saranan yg org bagi haritu...yg ni pun boleh gak try apply..bersabar sis, insyaallah nanti semua akan baik2 saja :)
cintazulaikha,
ReplyDeleteyup sis...jom kita applykan sama2 :)
bagus,boleh jadi pakar rumahtangga ni hehehe
ReplyDeleteirwan,
ReplyDeleteyeke irwan..tapi masalahnya rumahtangga sendiri pun belum dibina lagi ni..hehehe