01 August 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum, :)

Harini semua umat islam di Malaysia mula memnunaikan ibadah puasa, Alhamdulillah kita semua masih berkesempatan untuk sekali lagi melalui bulan yang penuh barakah ini. Syukur itu harus kita panjatkan kepada Allah kerana masih diberikan nyawa  untuk terus bernafas di dunia ini. Cuba kita imbas kembali berapa banyak dikalangan saudara mara dan kenalan kita yang telah pergi menyahut panggilan Illahi.

Namun kita, kita masih disini, maih berupaya menyedut udara dan menjalani rutin hidup, dan tentunya kita masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus beribadat kepadaNYA. Jadi mengapa tidak kita pergunakan sisa-sisa masa usia kita ni untuk amalan ibadah dan kebaikkan, jika tidak pastinya kita didalam kerugiaan.

Salam Ramadhan semua, Semoga ramadhan ini lebih baik dari ramadhan kita yang lepas2..:)

2 comments:

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)