Kali ni raya yang aku tak betul2 set kan date hari apa nak balik kedah. Selalunya dari awal puasa tu aku dah set nak balik raya hari apa. Oleh sebab tahun ni banyak sangat benda yang terjadi, then ada pihak yang melambat2kan proses penyelesaiannya..Makanya plan aku semua berdasarkan tindakan manusia tersebut...Ya Allah berikan dia hidayah dan keinsafan Ya Allah agar dia boleh bertindak ikut kewarasan fikirannya...Amin
Penat dah macam2 diusahakan, betapa banyak kali hati terkorban, betapa banyak kali hati dimamah emosi, betapa banyak kali hati dijeruk rasa, betapa banyak kali hati dibakar kata-kata jua tindakannya. Namun Alhamdulillah untuk pengetahuan manusia itu, hati kami tak pernah bertindak merasa melulu, hati kami masih dapat dikawal oleh fikiran, fikiran kami masih kekal kewarasannya.
Untuk pengetahuan manusia itu betapa banyak kali perangainya yang kadang diluar jangkaan fikiran manusia itu memang kadang menimbulkan rasa jelek dihati kami. Tapi Alhamdulillah hati kami ni masih dalam lindungan Allah, hati kami ini tak ingin kami kotori dengan dendam. Tak ingin kami hitamkan hati kami hanya sebab perbuatan kau duhai manusia itu.
Kami juga berdoa agar hati kau jugak tak dihitam oleh rasa dengki ataupun apa2 saja rasa negatif yg bersarang dihati kau. Untuk pengetahuan kau, sebagai manusia yang dikurniakan perasaan oleh Allah, kadangkala hati kami sendiri jugak dikunjungi pelbagai rasa negatif.
gambar google |
Tiap kali timbul rasa marah, sakit hati kesan dari tindakan kau dihati kami, tiap kali itu juga kami berdoa supaya ALLAH mengantikan hati kami dengan hati yang lain. Kami sentiasa memohon ALLAH gantikan hati kami dengan hati yang lebih baik, hati yang suci, hati sentiasa memaafkan orang lain, hati yang tidak terkilan ketika haknya diambil, hati yang redha ketika dirinya dianiaya, hati yang tidak mudah rasa marah ketika kesabarannya kadang diuji oleh manusia lain, hati yang dengan rela menghalalkan ketika haknya diambil dan hati yang tetap merasa bahagia ketika hatinya disakiti oleh manusia lain dengan menganggap itu semua ujian dari ALLAH. Semoga ALLAH kurniakan hati yang begitu kepada kami.
Edcoustic - Muhasabah cinta
Lagu yang sering menjadi halwa telinga ketika rasa down
Bila dengar lagu nasyid ni..it's make me feel better...
Semoga cahaya Aidilfitri kali ni akan menjadi titik noktah kepada semua yang negatif bersarang dihati kau. Semoga dengan berkat cahaya Ramadhan dan syawal dapat mengungkaikan kerumitan permasalahan yang kau timbulkan pada kami duhai manusia. Semoga Allah merahmati kau duhai manusia.
No comments:
Post a Comment
6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)