02 August 2011

Bachelor Party Reen + A. Zani

Kami 4 bersahabat :)
Ni cite hari sabtu haritu, oleh sebab reen & a.zani nak kawin hari raya kelima ni. Makanya kami semua geng2 telah sepakat untuk membuat reunion sambil makan2 (bachelor party malay style la). Puas aku + ilya sebagai perancang majlis memikirkan nak wat kat mana, sebabnya masing2 mempunyai waktu yg terhad. 

Pengantin to be kena keje lagi hari sabtu tu. Then lepas tu baru diaorg dapat bertolak ke KL dari Teluk Intan. Then Fiza aka Cikgu dari Lanchang ada plak hal pagi2 ahad tu. Then aku plak, Encik Cinta kan datang Shah Alam, memula cadang nak gi jumpa dia jumaat mlm sabtu..setelah pikir2 aku + ilya cadang nak wat makan2 tu kat Flaming Steamboat branch yg kat Danau Kota...Lepas makan kami cadang ramai2 akan tido umah ilya.

Tapi Encik Cinta cakap dia ada taklimat sampai kul 11mlm, abih tu bilanya kami nak jumpa, mana bleh jumpa lewat2 sangat, bahyer2..hehehe..so aku pun cakap ok la, lepas majlis makan2 tu settle, aku gi Shah Alam plak jumpa Encik Cinta, so plan tido ramai2 tu aku takleh join la...Tapi Ilya dgn penuh sportingnya cadangkan utk kami semua gi makan kat Flaming Steamboat Buffet Shah Alam la, so boleh aku jumpakan Encik Cinta dengan geng2 aku tu. Selesai satu masalah takyah aku membahagikan diri dah, semua aku boleh jumpa..then lepas makan2 tu boleh la aku tido umah ilya dan borak sampai pagi hehehe

So plan awalnya, dalam kul 8 pm tu kami akan gi amik Encik Cinta kat Quality Hotel, Shah Alam then bwk dia gi seksyen 33 Shah Alam...tapi ada orang tu suruh aku gi jumpa dia awal sket sebab dia cakap program dia tu abih petang. (haa ngaku cepat anak sapa la tu) hehehe aku cakap malas nak nak komuter ke Shah Alam sebabnya aku mana pernah naik komuter sorang2 ke Shah Alam tu, tapi hasil pujukkan yg macam melting chocolate, akhirnya aku gi jugak. Then dia cakap nak jumpa depan hotel dia, so aku ckp jumpa kat PKNS or SACC Mall ya. Bila aku sampai sana, aku called dia dekat 10 kali kot tak jawab, sms takyah cita la. Aku cuba relax (walaupun not 100% la), sambil2 tu aku pun jalan2 kat situ hasilnya watch aku yg jatuh batunya dpt diperbaiki di kedai, then terpaksa aku beli kasut kat vinci sepasang time tunggu tu tau sebab bosan sungguh tunggu Encik Cinta angkat call aku. Tgk Encik Cinta tak pasal2 bertambah koleksi kasut saya..hehehe 

Akhirnya setelah 1 hour ++ aku tunggu dia baru la dia angkat call aku, rupanya dia tertido lepas balik dari program dia petang tu....Walaupun aku rasa cam nak merajuk tahap gaban & kesatria baja hitam malah samapi rasa nak jadi incredible hulk dah tunggu dia. Tapi memikirkan dah dekat 1 bulan ++ kami tak jumpa, tak jadi la nak merajuk. So kami pun gi makan kat Steamboat tu ramai2, ilya + suaminya ainul, Fiza, Pengantin to be iaitu Reen + A.Zani , aku + Encik Cinta, dan adik2 Reen. 

Setelah mengamatkan Flaming Steamboat dengan per"borak"kan kami yang tak mengenal erti diam sekejap, dan setelah aktiviti pemakanan yang menyebabkan masing full tank belaka. Seperti biasa sesi wajib kami kalau jumpa pun bermula la, apalagi sesi bergambar ala2 model pun start la. Tapi gambar aku + Encik Cinta semua gambar candid....sabar je la dengan cameraman ni nape tak bagitau aku time nak amik gambar kami, kan aku dah takleh nak bersedia dan kata cheese tau...hehehe


Ini KAMI
pengantin to be yg baju merah & hitam (hujung sebelah kanan)
:)

KAMI
 (tanpa bakal pengantin lelaki yg jadi cameraman) :)
Eh bila masa plak aku + Encik Cinta dok bertentang mata plak ni..
Pandai sungguh a.zani aka bakal pengantin ni snap no..
tetiba rasa blushing plak time tgk gambar ni..:)
pasangan romantic ilya + ainul :)
fiza , aku & ilya..owh kami mmg ceria kalau amik gambar tak iklan colgate mana buleh...:)


antara gambar candid aku + Encik Cinta :)
owh nape muka aku nampak cam comot je..ish2 hehehe
haa ni la Reen si bakal pengantin perempuannya..yg excited dok tunjuk peace tu :)
Reen + betty (adik reen)
ni la hasil pe"makan"an KAMI pada malam tu..cuba bilang bape byk gelas yg ada kat meja tu..aku sendiri rasanya aku
minum 4 gelas air kot... :)



aku dengan ini mengucap selamat pengantin baru kepada Reen + A.Zani (kawan2 aku time kat uitm arau ni), semoga perkahwinan korang kekal bahagia hingga ke syurga. Semoga korang dikurniakan zuriat2 yang soleh & solehah dan menjadi keluarga yang bahagia :)

-semua gambar2 ini adalah hasil dari godekkan di FB A.Zani :) 


*** ada cite time aku naik komuter tu nanti aku cite dlm entry lain. 

10 comments:

  1. wah bestnya dapat kumpul reramai geng satu kepala...

    kes tggu encik cinta tue shima pun penah rasa dulu... sabau jelah... lelaki owh lelaki...

    ReplyDelete
  2. owh shima pun pnh rasa jgk ke? Tp tak jadi la nak marah2 sebab Encik Cinta time tu lepas practice wat perbarisan..maybe letih kot..:)

    ReplyDelete
  3. wah bestnya mesti happeningkan dapat berkumpul ramai2..

    ReplyDelete
  4. gila syok ghatering ngn kengkawan...ni yg tak sabor nak kelik KL nih jpa kengkawan tuk buka pose reramai..musti hapenning...

    ReplyDelete
  5. amy,
    mmg happening sungguh.

    Mama Ikha,
    syok sgt sis,kitaorg plak dah lama tak kumpul ramai2 bila dpt berkumpul 1 geng tu..mmg tak berenti la bercakap..:)

    ReplyDelete
  6. wah nampak meriah..seronok bila berkumpul dengan kawan-kawan kan..macam2 nak cite..hehe

    ReplyDelete
  7. hehehe mmg seronok jumpa kaklin n semua member kita.. hopefully tahun depan plan kita ramai2 pergi jln2 jadi la k.. nanti kaklin kita sit down n plan tempat k.

    ReplyDelete
  8. azam,
    Thanks sudi jadi geng hijau..:)

    Sweet,
    a'a macam nak cite..berebut2 nak bercerita, telinga pun tak sure nak dgr yg mana dulu :)

    ilya,
    Insyaallah jadi, tunggu agenda aku selesai pastu kita gi vacation sesama ramai2 :)

    ReplyDelete
  9. reen,
    yup nanti kita reunion lg...gi vacation sesama :)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)