05 August 2011

Hadapi Dengan Senyuman

Ini merupakan hari kelima kita semua berpuasa, bagi aku, macam2 yang terjadi time bulan Ramadhan ni. Segala keserabutan fikiran aku dan keluarga mungkin akan berakhir pada bulan Ramadhan ni. Aku berharap sangat macam tu. Selama ni sudah banyak airmata yang terpaksa aku tumpahkan untuk perkara ini. 

Aku percaya yang airmata aku selama ini tak sesia, aku percaya yang Allah sentiasa bersama aku. Aku percaya niat aku untuk nak tegakkan hak dan membela nasib mak aku akan ditolong Allah. Cukuplah airmata mak yang tumpah selama ni, cukuplah hati ayah yang risau nasib mak, cukuplah usaha abang, aku & adik aku nak settlekan perkara ni, berharap agar semua akan cepat berakhir dan berkesudahan yg baik.

Pengajaran utk semua, jgn la sesekali jadi penjamin utk hutang yang banyak, walaupun yg meminta tolong tu abang kita sendiri. Sebab apa2 pun boleh terjadi, then yg menanggung susah nanti diri kita jugak. Aku percaya doa orang yg teraniaya itu pasti dipandang Allah dan berharap ianya dimakbulkan. 

gambar google

Lagi satu pengajaran yg patut ditekankan ialah, bila kita berhutang dan berkemampuan membayarnya, cepat2 la bayar hutang tu. Jangan bertangguh, jangan nanti bila kita dah takde didunia ni, baru kita nak menyesal tak langsaikan hutang tu. Lagi satu kalau dah ada seorang insan tu sudi sumbangkan nama dia untuk menjadi penjamin kita, jangan la kita sesekali menganiayainya untuk kepentingan sendiri.

Seorang isteri yang mengakui mencintai suaminya sepenuh hati, patut berusaha membayar hutang2 suaminya selepas pemergiaan suami yg dia cintai menggunakan harta yg ditinggalkan suaminya itu. Tak sedarkah dia, tak kesiankah dia yang apabila kita meninggal dalam keadaan berhutang, kubur itu umpama penjara kepada kita. Tak kesiankah isteri itu kepada suaminya. 

Aku berharap sangat Allah memberikan aku dan seluruh keluarga aku kemudahan untuk menyelesaikan perkara ini. Semoga Allah juga memberikan hidayah kepada isteri yang Pakcik aku tinggalkan di dunia ini, dorongi dia Ya Allah untuk melakukan perkara yang betul...Amin 

4 comments:

  1. moralnya jangan berani sangat berhutang.. bahaya

    ReplyDelete
  2. slm...semoga lind dpt melakukn yg terbaik utk family lind nanti yer...ibubapa adalah tungak hidup kita tanpa mereka siapalah kita oleh itu bantulah ibubapa mu dgn hati yg ikhlas semoga kamu menjadi anak yg berjaya mulia disisi NYA nanti...Amin...:)

    ReplyDelete
  3. yang sedihnye penjamin menjadi mangsa...

    harap2 dapat diselesaikan dengan cara baik.

    ReplyDelete
  4. freaky:
    betul...

    maszull,
    salam mama, amin..terima kasih :)

    delarocha,
    terima kasih...yup last2 penjamin yg jadi mangsa..:(

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)