21 August 2011

Doa mohon agar Allah kembalikan barang/orang yang hilang, lari dari rumah


Harini pagi-pagi lagi mak aku called...kul 10 kalau hari ahad kira pagi2 la tu kan (ni ayat yg aku cakap kat mak aku bila mak aku cakap "cuba tengok jam inda kul brapa" ...hehehe
Ok kenalan keluarga kami ada masalah dengan anak perempuan dia so mak aku mintak aku sama2 tolong pikirkan camna nak settlekan masalah anak perempuan dia....so google punya google aku terjumpa la yg ni...so terus called mak aku bagitau yg ni...then terpikir nak share dengan semua, kot2 boleh membantu sesapa nanti.  



Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan
Barang Hilang
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu
ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon
kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon  agar Allah SWT mengembalikan
semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan
bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang
hilang atau dicuri.


(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


Ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barang barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah
pemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling
mengasihani daripada segala yang mengasihani.


(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut
kaedah seperti berikut;




Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang 


a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan
Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah
supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang,
kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.


b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama,
berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai
mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali
di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan
Yaasin daripada mula.


c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan
ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik
membaca Yaasin daripada mula.


d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah
balik membaca Yaasin daripada mula.


e. Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian
patah balik membaca Yaasin daripada mula.


f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69).
Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.


g. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di
mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam
dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan
bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.


h. Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28
kali.


(4) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan
ini selama tiga malam berturut-turut


****untuk dapatkan lebih details lagi maklumat click sini dan download pdf file tu  

gambar google

4 comments:

  1. eh, macam penting benar barang ilang tuh..smoga jpa balik..

    ReplyDelete
  2. salam lind...apa yer yang hilang tu...

    apa2 pun gud info...:)

    ReplyDelete
  3. cintazulaikha & maszull,

    yang hilang tu bukan barang...tapi anak perempuan kepada kenalan keluarga...2 hari dah budak tu hilang...tapi tadi malam mak call, budak tu dah balik rumah dah..

    ReplyDelete
  4. Salam, pinjam imej untuk dipaparkan di blog kami :)

    http://kursuskahwinarraihan.blogspot.com/2012/06/menyingkap-rahsia-doa.html

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)