Senang letak tajuk camtu, sebabnya aku pun taktau nak letak tajuk apa dah. Sebabnya aku nak cerita pelbagai dalam entry ni :) Harini kesan memakan ubat selsema time sahur makanya aku telah tertido tahap tak sedar pagi. Bila sedar je kepala memang rasa berat sangat nak angkatnya..So aku terus sms staff, yang aku masuk lambat sket harini. Kalau ada orang nak jumpa, kena jumpa aku petang la kan...kot2 ada yg nak bagi aku duit raya kena bagi time petang or tghhari la ya...pagi aku tak masuk ofis..heheheh
AKU: Ayah ada nak guna duit apa2 dulu tak harini ke esok ke, kalau ayah ada nak guna duit sebelum Inda balik kg ni, kot2 ada apa2 lagi yang tak beli...kalau ada jap lagi Inda gi bank-in kan (sikit punya panjang aku tanya tau)
AYAH AKU: Awat? banyak ke duit yang lebih tu (sambil ayah aku gelak2)
AKU: Ala ayah takdak la lebih sangat pun..ada la sikit, maybe duit ayah lagi lebih kot dari duit Inda (pastu dua anak beranak bergelak)
AYAH AKU : Takpa nanti Inda balik kg dulu la...haa ni bila nak balik ni?
AKU: Maybe esok atau lusa kot Inda balik, ada benda yang tak settle lagi ni.
AYAH AKU: Kalau dah settle balik la esok.
AKU : Ok...
(sebagai anak yang ingin menjadi anak yang solehah, bila ayah tanya bila nak balik kg tu, serius hati ni rasa sangat
Then Encik Cinta pun dah balik ke kg dia, dia cuti sesi 1...so awal2 lagi dia dah balik kg dia la...aku jugak yang tak balik2 lagi ni....Then bila Encik Cinta balik kampung, ini bererti hubungan komunikasi kami berdua akan tergendala seketika la. Kampung dia takde line handphone, sian kan. Tapi kg dia memang tak tercemar lagi la dgn apa2 pencemaran, suci lagi dari pembangunan. So sebagai penggemar alam penuh kehijauan, tentu la aku suka tempat2 camtu. :)
Then semalam mak aku cakap, my sis inlaw & mak dah buat kuih raya 2 jenis...harini nak sambung lagi. Then seperti biasa ada je cite pasal budak comel ini :) kalau called kg. Dia memang suka buat or cakap benda yang buat orang gelak. Semalam mak aku buat biskut mazola (favourite abang aku ni), then si budak comel aka Dani tu cakap:
DANI : Tok , Dani tak makan kacang, tak suka makan kacang...TOK DANI : Ooo yaka, meh sini Tok tgk kuih tu (sambil amik dan buang kacang hiasan kat atas mazola tu)
DANI : Camni Dani makan, sebab Dani tak makan kacang (sambil buat muka selamba dan makan biskut mazola tu)
***sabar je la dgn si Dani ni, bukan ke mazola tu dibuat dari kacang yg ditumbuk2 Dani oii..byk la awak punya tak makan kacang. Moral of the story budak2 senang tertipu, so duit raya tak bagi banyak2 la kat diaorang hahahahah
Ini la DANI tu... gambar nakal ni time umur dia 2yrs old :) |
Comelnye si dani tu..hehehe..Selamat Hari Raya..Moga raya ini meriah dan berjalan dengan lancar!:)
ReplyDeleteintan,
ReplyDeleteselamat hari raya jugak...:)
tak berapa nak chat, rasa mamai2 je bla baca..
ReplyDeletesalam...selamat hari raya ye lind...semoga bahagia menyambutnya bersama keluarga...:)
ReplyDeletecintazulaikha:
ReplyDeletenape sis? demam ke..get well soon sis..nanti camna nak raya kalau tak sehat...
maszull:
salam mama, selamat hari raya mama :)