04 August 2011

Seorang Hamba


Kita semua hamba Allah, masing2 telah berjanji untuk menjadi khalifah Allah sebelum kita dilahirkan didunia ini. Dalam usaha masing2 untuk menjadi hamba Allah yang taat dan beriman. 

Namun ada yang tersalah, menjadi hamba Allah yang baik bukan hanya setakat menunaikan solat, berpuasa dan semua rukun islam sahaja. Pemahaman yang begitu agak silap, ini kerana untuk menjadi hamba Allah yang baik kita jugak perlu menjaga hubungan baik sesama manusia.

Hubungan yg baik sesama manusia, menjaga hati orang2 disekeliling kita, menjaga baik hubungan kekeluargaan dan jiran, tidak menganiayai insan lain dan tidak mengambil hak orang lain. Ada jugak bila sudah mengamalkan rukun islam, terus merasakan diri "hamba Allah yang baik" namun sewenang-wenangnya bermegah diri, adakah itu dikira hamba Allah yg baik.

gambar google

Ada juga yang jika dilihat dengan mata yang kasar sangat mengamalkan cara hidup islam, tapi masih mempunyai perasaan dengki dengan orang lain. Malah tak segan2 untuk hidup senang diatas penderitaan orang lain. Menganiayai insan lain, kemudian bila dia meminta haknya kembali, permintaannya itu kamu pandang enteng dan berusaha menyusahkan lagi hidupnya. Apakah itu sifat hamba Allah yang baik? Seorang islam yang benar2 mengikut landasan yang betul pastinya tidak akan melakukan perkara sedemikian. 

Kita ambil contoh dari segi perlaksaan solat/ sembahyang, Ini kerana:

'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
 (al-Ankabut: 54)

Dengan menunaikan solat dengan khusyuk sepatutnya ianya menjadi benteng kita kepada sifat2 yang buruk. ini merupakan pesanan dan peringatan untuk diri sendiri dalam kehidupan harian di dunia ini. Bersama mencari Redha Illahi.




5 comments:

  1. =)
    betolll!
    kalo x jage hubgn sesame manusia bebaikk..cm mane nak jage hubgn dgn tuhan kan?

    ReplyDelete
  2. salam ...yer dengan menjlnkn kewajipan yg hakiki solat adalah tiang agama semoga dgn mengerjakannya akan memperbaiki hubungan kita ngan Allah...InsyaAllah...:)

    ReplyDelete
  3. betoi tuh, solat tu tiang agama. kewajipan yg wajb kita tunaikan agar kita salu beringat kan..

    ReplyDelete
  4. freaky,
    yup peringatan utk diri sendiri & semua :)

    aimie,
    betul2 dua2 kena seimbang :)

    maszull,
    salam mama, solat rukun islam yg pertama jd itu la yg paling penting :)

    Cintazulaikha,
    yup sis, kita kena tunaikan kewajipan kepada Allah dan pada waktu yg sama hubungan sesama manusia pun kita kena jaga jugak :)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)