Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

17 July 2012

Tips Perkahwinan Bahagia..:)






Tips yang bagus mengenai perkahwinan pengantin baru , pengantin lama jua bakal pengantin..:)

terbaca ni kat fb syahirul.com

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti
makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah
dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri
yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah
kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami
sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa
mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk
mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang
dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba
ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan
berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan
melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam
untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau
isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana
mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali
(rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua
kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu
bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan
kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri
dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan
persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan
langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan
kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya
berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat
dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami
tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan
bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat
sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.
Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas,
isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang,
manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya
sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan
sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah
berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan
kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang
sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada
perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya.
Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat
percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua
waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga
- merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal
atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan
membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Oleh: Asmungi Sidek (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor)


iyan shazlind berkata "semoga jodoh aku pun baca ni, tp klau dia tak terbaca pun xpe, nnti aku print tampal kat dinding umah bagi dia baca time dah kawin nnti..hehehehe"

28 June 2012

Senyumlah :)

Kehidupan ni banyak yang tak dijangka jadi ...walaupun camna kita merancang, namun Allah yg menentukan segalanya...bila terjadi sesuatu tak seperti yang dirancangkan...Yakinlah yg Allah menyediakan sesuatu ganti yg lebih baik sebagai gantinya untuk kita...jadi senyum la :)




12 June 2012

Titipan Khas :)


Khas untuk  pemilik hati sy nnti :)


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat mujahid dan mujahidahku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh 

kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan 

kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak 

kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana..

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

17 March 2012

Memang ALLAH Sengaja...

google picture

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

16 March 2012

Because I'm A Girl


i just cant understand the hearts of men
they tell you they want you and then they leave you
this is the first time, you're special
i believed those words and i was so happy

chorus
you should have told me that your feeling had faded
i have no idea, and i continued depend on you
although i say i hate you now i'll still miss you
since i am a girl, to whom love is everything

i heard that if you give up things too easily
to a man, he will get bored with you
i don't think this is wrong
a girl says that she will never be fooled again
but she will fall in love again

chorus

narration
we separated today
you said you wanted me to be happy and find a better person than you
you're just like every other man
didn't you tell me you loved me?
actually, i don't want you to be happy
what if you find a girl who's prettier than me and live happily with her?
what it makes you forget me
when im hurting so much, so much i want to die
when i still love you so much...

don't take advantage of a girl's willingness to do anything for love
and her caring instinct
i didn't know that to be born as a girl and to be loved was so hard
although i will curse you i'll still miss you
since i am a girl, to whom love is everything

although i will curse you i'll still miss you
since i am a girl, to whom love is everything

***sayu wokeh lagu ni...sob sob sob...ish mata masuk habuk la plak ni..........

Apa Lelaki Perlu Tahu Mengenai Wanita...

google picture

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.Laughing
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.Wink
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

07 March 2012

Biarkan Saja Aku Bertanya

google picture
Kadang hati mulai bertanya....
Salahkah bila aku tertanya2...
Sering otak berkata kepada hati..
Duhai hati tak perlu la tertanya2...
Namun hati masih degil...
Masih ingin terus bertanya..
Terus jua diri ingkar kpd fikiran...
Menidakkan perkara buruk yg fikiran fikirkan..
Mahu diri terus bertanya...
Kepada dia yg ingin ditanya....
Biarkan saja aku bertanya..
Duhai dia yg ingin ku tanya...
Jangan biarkan aku tertanya2....

**entry autopublish..

05 March 2012

Getirnya Percintaan

Bagi yg sedang bercinta,
Nak2 yg dah lama bercinta,
mesti dah menghadap segala macam bentuk dugaan,
macam2 dugaan dah ditempuh,
sedang ditempuh,
dan tak pasti lagi apa yg bakal ditempuh,
Rasa cam banyak dah dugaan ditempuh bersama,
Walaupun takde la sampai lautan api direnangi,
Walaupun takde la pernah harungi onak berduri,
Namun saat getir waktu bercinta,
Hanya yang bercinta saja tahu,
Hanya yg sedang melalui percintaan saja memahami....

24 February 2012

Apa itu Cinta??

Apa Itu Cinta? 

❀ Kata Bomba →❤ cinta tak boleh dipadam ✔ 

✿ Kata Polis →❤ cinta itu sukar ditangkap ✔

❀ Kata Ustaz →❤ cinta itu anugerah ✔

 ✿ Kata Doktor → ❤cinta tak dapat untuk diubati ✔

❀ Kata Guru →❤ cinta tak boleh untuk di pelajari ✔

 ✿ Kata Hakim →❤ cinta tak boleh dihukum ✔

❀ Kata Orang →❤ cinta itu indah ✔

 ✿ Kata Ulama →❤ cinta Allah kekal abadi ✔

❀ Kata Tuan Empunya Blog ni →❤ cinta itu membahagiakan bila saling setia & paham memahami ✔


***Eh apasal panjang plak Kata Tuan Empunya Blog Ni tu yg lain2 pendek je???...Pulun sungguh Tuan Empunya Blog Ni kan hahahaha 
Ni la TUAN EMPUNYA BLOG NI tu ....(yg dewasa tau bukan si kecik tu)




01 January 2012

Penantianku


Cuaca amatlah mendung di kedah ni...sejuk sepanjang hari cam pagi2 je...hujan dari semalam sampai pagi ni...sejuk sungguh sampai nak mandi pagi tadi pun tahap mengigil kot...tapi best woo mandi sejuk2, cam mandi air telaga...segar, dah lama tak mandi air telaga..last mandi air telaga 12 thn lepas..tu pun time gi umah Bapak sedara aku...sekarang ni umah dia dah tak guna air telaga dah...so ntah la umah sapa plak aku nak gi cari air telaga ntah nak gi mandi...nasib baik i'm not pregnant yet time ni, kalau tak boleh kempunan tau tak? hahahah apa yg aku ngarut @merapu ni ..aku kawin pun belum..:p
Ok berbalik kepada tajuk perbincangan asal @ tujuan @ isi penting entry kali ini adalah pasal penantian aku untuk jodohku...sabar menanti waktunya..kerana jodoh kita masing2 kan rahsia Allah...kita hanya tau bila sampai masanya...Doakan aku bertemu jodoh yang baik ya...Tolong doakan semoga urusan untuk menghalalkan hubungan aku dengan Encik Cinta dipermudahkan Allah...

Jom sama2 layan tema lagu untuk entry kali ni...sesuai sangat tau...

Penantian

Album : Perjalanan
Munsyid : Seismic
http://liriknasyid.com


Penantian adalah satu ujian,
tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
karena keimanan tak hanya diucapkan,
adalah ketabahan menghadapi cobaan,
sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam asa diri menjemput berkahMu,
tibalah ijinMu atas harapan ini,
Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini,
Berikanlah cahaya terangmu selalu,
Robbi hanya padamu ya doaku ini,
Duhai tempat mengadu segala rasa diri.


p/s : Terpikir apa yang bakal suami yang ditentukan ALLAH untuk aku tengah buat pada waktu 

ni...Semoga dia sentiasa dalam lindungan ALLAH..Sabar ya awak nanti kita akan berjumpa 

jugak dengan izin ALLAH...:)

17 December 2011

My Love

perhubungan jarak jauh memang perlukan ketabahan yg extra....kesabaran memang penting...paling penting saling percaya satu sama lain...sejauh mana pun hati ni mencuba untuk cuba mempercayai sekali sekala hati memang kadang terusik dengan fikiran2 yang bukan2...maafkan saya untuk itu Encik Cinta....

Bercinta dgn navy memang mencabar, selalu sibuk, kadang plan dah dirancang segala bagai, tetiba kena cancel saat akhir sebab kena duty...selalunya kalau camtu saya akan sedih..tapi alah tegal alah biasa la...saya yang pilih awak, saya yg benarkan awak bertakhta dihati saya, jadi Encik Cinta jgn selalu rasa bersalah utk tu, walaupun kadang2 mulut saya merungut, maafkan saya...namun jauh disudut hati saya redha sebab saya memang cintakan awak...saya suka awak, saya suka kerja awak, saya suka awak rajin keje dan komited dgn keje, saya suka time kita dapat spend time sama2...saya bertambah2 lagi suka kalau hubungan kita berjalan lancar dan jadi halal...sungguh saya tak tipu..:) Semoga hubungan kita berpanjangan dan kita dapat melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan kita dalam masa terdekat ni...amin

I Love YOU



p/s : maafkan saya ya Encik Cinta...pleaseee

26 November 2011

Kata-kata CINTA

Tetiba jejari yang kurang runcing ni teringin nak type kata-kata cinta plak..Ni antara kata2 cinta yg aku pernah baca kat blog2 lain, buku, magazine...or kat mana2 la...jiwang woo simpan kata2 ni dalam laptop time dulu2...


Kata2 ni berguna tau, untuk membajai cinta....tambah2 kalau long distance relationship...tapi yg masing dok depan mata pun ok gak...boleh cakap depan2 terus or kalau malu2 meow boleh gak sms kat pasangan time dia gi keje ke, gi kedai ke, gi toilet ke, turun tingkat bawah kat umah pun boleh kalau umah korang 2 tingkat la...hihihi


Ni yg paling aku suka :

ketika hidup memberiku seribu alasan untuk menangis, kamu

 datang memberi sejuta alasan untuk tersenyum.


yg selebihnya seperti dibawah ya:)


Jika air adalah ciuman, aku akan kirimkan lautan. Jika pelukan adalah daun, aku akan kirimkan pohon. Jika cinta itu abadi, kutawarkan keabadian cintaku padamu!




“It takes three seconds to say I love you. Three hours to explain it and a lifetime to prove it.” – Anonymous


Ada 12 bulan dalam setahun, 30 hari dalam sebulan, 7 hari dalam seminggu, 60 detik dalam satu jam. Tapi hanya ada kamu seorang sepanjang hidupku.




“I have a pair of eyes, but can’t always see you.
I have a pair of hands, but can’t always protect you.
But I have a heart, that always prays for you”
 – Quote by L Square



Kata dimulai dengan ABC, Angka dimulai dengan 123. Lagu dimulai dengan do re mi. Cinta dimulai dengan aku dan kamu


I don’t need anyone to
take advantage of my
weaknesses or my strengths,
I need someone
who will appreciate me
for everything that I am.



Saat melihatmu, aku takut menyentuhmu. Saat menyentuhmu, aku takut menciummu. Saat menciummu, aku takut mencintaimu. Saat mencintaimu, aku takut kehilanganmu


"Hearing your voice is far better than you touching me. Because even though I yearn for your skin to touch mine, it is your voice that touches my soul." - Anonymous

Kata yang paling simple adalah I
Kata yang paling indah adalah LOVE
Dan orang tersayang adalah YOU.
That’s why I LOVE YOU

Cintamu adalah keindahan
Memandangmu selalu tak membuatku jemu
Cintamu adalah nafasku
Denganmu aku ingin hidup seribu tahun lagi
Cintamu membuat hidupku sempurna

Musim Terindah adalah ….
Ketika kau sambut pagi dengan Senyummu
Ketika kau payungi siang dengan sapaanmu
Ketika kau tutup malam ini dengan belai sayangmu
I love U sms cinta paling romantis

"For hearing my thoughts, understanding my dreams and being my best friend, for filling my life with joy and loving me without end, I do." - Unknown 

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly." - Sam Keen

ok selamat menggunakannya tawan-tawan semua hihihihi

17 September 2011

Cinta & Sayang


Hidup penuh warna andai dipenuhi dengan perasaan cinta dan sayang,
Cinta & sayang adalah perasaan yang amatlah berharga untuk dirasai juga dizahirkan,
Lagi banyak kita beri pasti lagi banyak balasan cinta & sayang kita dapat dari orang sekeliling kita,
Jadi untuk apa bakhil memberikan kasih sayang kepada mereka,
Hidup pasti jadi lebih indah & bermakna,
Bersama melakarkan hidup lebih bahagia bersama insan2 yang kita sayang dan cinta.

Express ur love today...:)

12 September 2011

Lawak Suami Vs Isteri

Terbaca yang ni kat FB kawan...tergelak baca ni...so jom layan sesama...Moga2 antara kita yang dah berkahwin dan yang bakal berkahwin takkan jadi camni ye...biar sampai hujung nyawa kita bahagia sama-sama kan baru best...kan? kan? kan?...hehehehe
Bahagia bersama :)
google picture
Nama Suami di Handphone Isteri..

① Baru menikah: MY LOVELY HUBBY ♥♥
② 1 thn menikah: SYG HUBBY
③ 5 thn menikah: HOME TOWN
④ 10 thn menikah: BALAI POLIS
⑤ 15 thn menikah: SECURITY
⑥ 20 thn menikah: PAK GUARD RUMAH
⑦ 25 thn menikah: PUBLIC FONE RUMAH






Nama Isteri di Handphone Suami..

① Baru menikah: MY LOVELY WIFE ♥♥
② 1 thn menikah: MY WIFE/MUMMY
③ 5 thn menikah: HOME
④ 10 thn menikah:IBU PEJABAT
⑤ 15 thn menikah: BILIK GERAKAN
⑥ 20 thn menikah: BUKIT AMAN
⑦ 25 thn menikah: WRONG NUMBER





p/s : sila jangan jadi camni ya..biarla yg ni just lawak je, jangan jadikan ianya realiti...:)

Aktiviti hari ni


Agak2nya camni la muka aku time tetiba "orang tu" tetiba datang
(kalau muka kucing terkejut...serius comel weh...
tapi muka aku terkejut...hmmm malas la nak type
kang aku kecik hati sendiri kot) hehehehe

google picture
Ni entry sepatutnya publish semalam...tapi tgh2 type entry ni sambil nak buat muka agak kelat2 masam, sebab ada orang tu cakap tak jadi datang sebab ada meeting tergempar la segala bagai. Pastu dia siap bekerjasama dgn Anaz untuk kenakan aku. Pastu tetiba je muncul kan depan pintu umah aku...I was so surprised...Guess what, lakonan kamu berdua memang real..ooo siap bergabung2 dgn Anaz ye nak kenakan org eh...Dengan hati yg riang gumbira, muka kembali manis berseri pujaan ramai..terus terlupa nak click "publish post" button...aiyook harini baru teringat nak tekan..

Ok ni entrynya...heheheh

hmmm boleh bernafas dgn tenang....harini aku mengemas dapur, sental toilet lagi dan lagi, bilik, almari (nak pengsan lipat baju tahap menimbun yang melampau2) last2 banyak yg aku guna hanger je, tapi hanger pun tak cukup la...ok aku mengaku bila abang aku cakap barang + baju aku banyak...terpikir utk stop beli baju seketika (mencabar sungguh ni)...tetiba terpikir eh nak stop beli baju ke nak beli tambah stok hanger?..halamak...ehehehe


Dapur memang berkilat la...tapi lepas semua dah berkilat mengerlip lip lap anak mami segala, tetiba tangan ni terbagi tumpah plak minyak masak...ish2 abih la kena buat sekali lagi semua...abih la lemak2 dibadan ni dibakar banyak2 kali (statement konon2 lemak sikit je dibadan) hehehe

Pastu cadang malas nak masak dah sebab penat mengemas (alasan tak munasabah kan?)..tapi masak la jugak utk tengah hari...tapi masak simple je la ..nasi goreng kg je la...ok la tu kan dari tak masak terus...hehehe

perhatian ni bukan nasi goreng yg aku masak..
dah abih makan baru teringat tak amik gambar..hehehe
google punya pic ni 




08 September 2011

Hari ini dalam sejarah


harini 8/9 kan...selamat ulangtahun perkenalan kita Encik Cinta...walaupun saya tgh selsema saya masih ingat...ini kerana selsema hanya buat hidung saya je sumbat...ingatan saya tak sumbat tau..heheheh 
Mengenang kembali, kehadiran awak dalam hidup saya kan umpama hadiah hari lahir saya yang memang keesokkan harinya cam dalam entry ni :) ..confirm la saya gembira & bahagia sangat dapat kenal awak..
Jadi terima kasih banyak2 sebab : 

1. Terima saya seadanya cam lagu ni 
ONCE - Aku cinta kau apa adanya 

2. Sebab sentiasa buat saya tak rasa "sendiri" dikala sedih dan gembira saya cam lagu ni...(Encik Cinta, boleh tak awak nyanyi lagu kat saya dgn suara macho cenggini nanti? ) hehehe
Rully - Tak Ingin Sendiri


3. Sebab jadi pelengkap hidup saya cam lagu ni...cam lagu ni :)
eren ft. romi - pelengkap hidupku

Juga terima kasih sebab tujukan & nyanyikan lagu Exist ni utk saya semalam...(saya dah paham dah makna lirik tu...terharu lepas baca lirik tu betul2..maafla Encik Cinta, saya memang agak buta tajuk & lirik lagu sket, tambah2 lagu dulo2..hehehe)

Janji Pada Mu

Artist: Exist
Tiada kusangka sejak detik itu
Kau membuka pintu kamar dihatiku
Cinta yang terhampar satu tika dulu
Bersinar kembali
Pandainya dikau mencuri hatiku
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu
Memberikan aku satu keyakinan
Mendungkan berlalu


Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini


Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni



p/s : Encik Cinta sila jangan lupa hari ini sampai bebila ok...tarikh hari 9/9 iaitu esok pun wajib awak ingat ya...kalau lupa saya babab awak nanti..heheheh

p/s: kalau ada kawan2 yg nak muntah lepas baca ni...sila inbox aku untuk menuntut plastic bag untuk tujuan tersebut..kekekeke