Showing posts with label ketenangan fikiran. Show all posts
Showing posts with label ketenangan fikiran. Show all posts

20 January 2013

Harus bagaimana lagi...




Aku harus bagaimana lagi,
Siapa yang patut aku percaya,
Banyak cerita yang kadang ku anggap hanya di angin lalu,
Namun perkhabaran itu melekat jua sedikit di minda,
Ku ingin cuba pekakkan telinga, 
Ku ingin tutupkan mata untuk itu,
Ku ingin mencuba untuk menahan otak berlegar berfikir tentang itu,


Aku harus bagaimana lagi,
Kerana tentang itu kurasa ianya penting,
Ku rasa perlu bertanya,
Jangan salahkan ku bila ku bertanya,
Bila ku bertanya,
Cubalah fahami yang aku cuba untuk mempercayaimu,
Jangan terasa hatimu bila ku mula menyoal,
Ingatlah saat aku menyoal, 
Tika itu aku ingin membuka hatiku untuk melihat kamu,
Melihat kamu secara lebih dekat,


Aku harus bagaimana lagi,
Jangan salahkan aku andai ku terus bertanya,
Percayalah ini kerana ku ingin percayai mu,
Ku ingin buangkan semua prasangkaku,
Ku ingin hapuskan bayangan2,
Ku ingin kata2 itu terpadam dari fikiran & mindaku,


Aku harus bagaimana lagi,
Saat kamu menjawab ku ingin betul2 dengar,
Biar seketika ku hadam semua jawapanmu,
Biar seketika ku fahami jawapanmu dengan hati & fikiran ku,
Biar seketika ku fikir dan ku renung,
Biarkan aku seketika mencari kembali titik penyatuan kita,


Aku harus bagaimana lagi,
Aku mahu tika kita kembali,
Kita kembali dengan buku baru,
Kita kembali dengan harapan segar,
Ku mahu tika itu,
Semua dalam fikiranku terpadam,
Biar semua itu hilang dalam pekat malam, 
Ku ingin tiup semua pergi bersama angin......

25 August 2011

Raya kali ni

Kali ni raya yang aku tak betul2 set kan date hari apa nak balik kedah. Selalunya dari awal puasa tu aku dah set nak balik raya hari apa. Oleh sebab tahun ni banyak sangat benda yang terjadi, then ada pihak yang melambat2kan proses penyelesaiannya..Makanya plan aku semua berdasarkan tindakan manusia tersebut...Ya Allah berikan dia hidayah dan keinsafan Ya Allah agar dia boleh bertindak ikut kewarasan fikirannya...Amin

Penat dah macam2 diusahakan, betapa banyak kali hati terkorban, betapa banyak kali hati dimamah emosi, betapa banyak kali hati dijeruk rasa, betapa banyak kali hati dibakar kata-kata jua tindakannya. Namun Alhamdulillah untuk pengetahuan manusia itu, hati kami tak pernah bertindak merasa melulu, hati kami masih dapat dikawal oleh fikiran, fikiran kami masih kekal kewarasannya.

Untuk pengetahuan manusia itu betapa banyak kali perangainya yang kadang diluar jangkaan fikiran manusia itu memang kadang menimbulkan rasa jelek dihati kami. Tapi Alhamdulillah hati kami ni masih dalam lindungan   Allah, hati kami ini tak ingin kami kotori dengan dendam. Tak ingin kami hitamkan hati kami hanya sebab perbuatan kau duhai manusia itu.

Kami juga berdoa agar hati kau jugak tak dihitam oleh rasa dengki ataupun apa2 saja rasa negatif yg bersarang dihati kau. Untuk pengetahuan kau, sebagai manusia yang dikurniakan perasaan oleh Allah, kadangkala hati kami sendiri jugak dikunjungi pelbagai rasa negatif.

gambar google 
 Tiap kali timbul rasa marah, sakit hati kesan dari tindakan kau dihati kami, tiap kali itu juga kami berdoa supaya ALLAH mengantikan hati kami dengan hati yang lain. Kami sentiasa memohon ALLAH gantikan hati kami dengan hati yang lebih baik, hati yang suci, hati sentiasa memaafkan orang lain, hati yang tidak terkilan ketika haknya diambil, hati yang redha ketika dirinya dianiaya, hati yang tidak mudah rasa marah ketika kesabarannya kadang diuji oleh manusia lain, hati yang dengan rela menghalalkan ketika haknya diambil dan hati yang tetap merasa bahagia ketika hatinya disakiti oleh manusia lain dengan menganggap itu semua ujian dari ALLAH. Semoga ALLAH kurniakan hati yang begitu kepada kami.


Edcoustic - Muhasabah cinta
Lagu yang sering menjadi halwa telinga ketika rasa down
Bila dengar lagu nasyid ni..it's make me feel better...

Semoga cahaya Aidilfitri kali ni akan menjadi titik noktah kepada semua yang negatif bersarang dihati kau. Semoga dengan berkat cahaya Ramadhan dan syawal dapat mengungkaikan kerumitan permasalahan yang kau timbulkan pada kami duhai manusia. Semoga Allah merahmati kau duhai manusia. 

24 June 2011

Hanya Allah yg tahu

ku yakin itu

        setiap apa yg terjadi dalam hidup kita pastinya telah tertulis oleh Allah. bila ditimpa masalah kadang hati kecil yg masih banyak cahaya keimanan perlu ditambah ni, kerap berasa gundah memikirkan penyelesaian masalah yg masih samar ni...fahami yg samar itu bukan masalah, kerna masalah itu ternyata sangat terang & jelas untuk dilihat & dirasa, yg samar ialah penyelesaiannya.

          kadang pemilik hati kecil sering bertanya pada diri, apa salahku jadi begini...namun kerap pemilik hati ini beristighfar kerana bertanya begini...mengapa perlu bertanya begitu kerana sebagai pemilik hati yg tahap keimanan perlu ditambah, pasti pemilik hati ini kerap melakukan salah kepada Allah, salah kepada sesama insan... pemilik hati ni bukan maksum. Jadi mana mungkin soalan begini ditanyakan, pastinya pemilik hati ini tidak layak bertanya sedemikian

          Hanya Allah yg tahu apa yg ada didalam sanubari pemilik hati ini....pemilik hati ini menangis mengadu padaMU Ya Allah...pemilik hati ini sering memohon agar Allah mengampunkan segala dosa pemilik hati ini, dosa kedua ibu bapanya, dan semua insan2 yg pemilik hati ini sayang Ya Allah...Ya Allah tambahkanlah cahaya keimanan dihati pemilik hati ini....Ya Allah berilah ketenangan  kepada pemilik hati ini menghadapi segala macam dugaan...Ya Allah anugerahkan lah kelapangan fikiran untuk pemilik hati ini berfikir jalan keluar dari masalah yang menimpa...Amin Ya Allah

Hanya Allah tempat mengadu....
picture credit 2 google