Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

30 December 2012

Mask cara Dani :)



Aku suka pakai mask kt muka konon2nya sebab nak bg cantik la kan hehehe ...tak sangka aktiviti aku ni telah cantik menarik kau mmg daboom  perhatian sorang mamat ni...tak pernah perasan pun selama ni mamat ni suka memperhatikan aka menskodeng aku tau ..aaa hai blushing kejap aku bila ada orang memperhatikan....hahaha

Perkara aku di skodeng ni masih tak aku sedari sehingga la satu hari mamat ni memberikan aksi yg buat aku rasa nak golek2 gelak...ce tengok gambar kt bawah ni untuk keterangan lanjut..:P






Dia gi amik wet tissue adik dia, then dengan bangga nya letak kat muka buat tu face mask ...

"Dani pun nak letak mask macam nyah"

ucap beliau tanpa segan silu dan penuh berkeyakinan ...aku hanya mampu tepuk dahi sendiri je la hehehehe

30 October 2012

Lind's FC ..hehehe


wpun katil bertukar jd playground hasil huruhara segala mainan..yg penting, best ada yg menemani kita tanpa jemu :) sayang budak comel dua org ni..;)











Terima kasih Daniel Gibran & Diandra Adina sebab sentiasa disisi nyah time nyah sakit :)

12 September 2011

Aktiviti hari ni


Agak2nya camni la muka aku time tetiba "orang tu" tetiba datang
(kalau muka kucing terkejut...serius comel weh...
tapi muka aku terkejut...hmmm malas la nak type
kang aku kecik hati sendiri kot) hehehehe

google picture
Ni entry sepatutnya publish semalam...tapi tgh2 type entry ni sambil nak buat muka agak kelat2 masam, sebab ada orang tu cakap tak jadi datang sebab ada meeting tergempar la segala bagai. Pastu dia siap bekerjasama dgn Anaz untuk kenakan aku. Pastu tetiba je muncul kan depan pintu umah aku...I was so surprised...Guess what, lakonan kamu berdua memang real..ooo siap bergabung2 dgn Anaz ye nak kenakan org eh...Dengan hati yg riang gumbira, muka kembali manis berseri pujaan ramai..terus terlupa nak click "publish post" button...aiyook harini baru teringat nak tekan..

Ok ni entrynya...heheheh

hmmm boleh bernafas dgn tenang....harini aku mengemas dapur, sental toilet lagi dan lagi, bilik, almari (nak pengsan lipat baju tahap menimbun yang melampau2) last2 banyak yg aku guna hanger je, tapi hanger pun tak cukup la...ok aku mengaku bila abang aku cakap barang + baju aku banyak...terpikir utk stop beli baju seketika (mencabar sungguh ni)...tetiba terpikir eh nak stop beli baju ke nak beli tambah stok hanger?..halamak...ehehehe


Dapur memang berkilat la...tapi lepas semua dah berkilat mengerlip lip lap anak mami segala, tetiba tangan ni terbagi tumpah plak minyak masak...ish2 abih la kena buat sekali lagi semua...abih la lemak2 dibadan ni dibakar banyak2 kali (statement konon2 lemak sikit je dibadan) hehehe

Pastu cadang malas nak masak dah sebab penat mengemas (alasan tak munasabah kan?)..tapi masak la jugak utk tengah hari...tapi masak simple je la ..nasi goreng kg je la...ok la tu kan dari tak masak terus...hehehe

perhatian ni bukan nasi goreng yg aku masak..
dah abih makan baru teringat tak amik gambar..hehehe
google punya pic ni 




26 August 2011

Entry hari ke-26 Ramadhan

Senang letak tajuk camtu, sebabnya aku pun taktau nak letak tajuk apa dah. Sebabnya aku nak cerita pelbagai dalam entry ni :) Harini kesan memakan ubat selsema time sahur makanya aku telah tertido tahap tak sedar pagi. Bila sedar je kepala memang rasa berat sangat nak angkatnya..So aku terus sms staff, yang aku masuk lambat sket harini. Kalau ada orang nak jumpa, kena jumpa aku petang la kan...kot2 ada yg nak bagi aku duit raya kena bagi time petang  or tghhari la ya...pagi aku tak masuk ofis..heheheh

Then aku called ayah aku tanya tadi,
AKU:  Ayah ada nak guna duit apa2 dulu tak harini  ke esok ke, kalau ayah ada nak guna duit sebelum Inda balik kg ni, kot2 ada apa2 lagi yang tak beli...kalau ada jap lagi Inda gi bank-in kan (sikit punya panjang aku tanya tau)
AYAH AKU: Awat? banyak ke duit yang lebih tu (sambil ayah aku gelak2)
AKU: Ala ayah takdak la lebih sangat pun..ada la sikit, maybe duit ayah lagi lebih kot dari duit Inda (pastu dua anak beranak bergelak)
AYAH AKU : Takpa nanti Inda balik kg dulu la...haa ni bila nak balik ni?
AKU:  Maybe esok atau lusa kot Inda balik, ada benda yang tak settle lagi ni.
AYAH AKU: Kalau dah settle balik la esok.
AKU : Ok...
(sebagai anak yang ingin menjadi anak yang solehah, bila ayah tanya bila nak balik kg tu, serius hati ni rasa sangat mengeletis, mengeletek, nak balik kg cecepat)


Then Encik Cinta pun dah balik ke kg dia, dia cuti sesi 1...so awal2 lagi dia dah balik kg dia la...aku jugak yang tak balik2 lagi ni....Then bila Encik Cinta balik kampung, ini bererti hubungan komunikasi kami berdua akan tergendala seketika la. Kampung dia takde line handphone, sian kan. Tapi kg dia memang tak tercemar lagi la dgn apa2 pencemaran, suci lagi dari pembangunan. So sebagai penggemar alam penuh kehijauan, tentu la aku suka tempat2 camtu. :)


Then semalam mak aku cakap, my sis inlaw & mak dah buat kuih raya 2 jenis...harini nak sambung lagi. Then  seperti biasa ada je cite pasal budak comel ini :) kalau called kg. Dia memang suka buat or cakap benda yang buat orang gelak. Semalam mak aku buat biskut mazola (favourite abang aku ni), then si budak comel aka Dani tu cakap:
DANI :  Tok , Dani tak makan kacang, tak suka makan kacang...
TOK DANI : Ooo yaka, meh sini Tok tgk kuih tu (sambil amik dan buang kacang hiasan kat atas mazola tu)
DANI : Camni Dani makan, sebab Dani tak makan kacang (sambil buat muka selamba dan makan biskut mazola tu)
***sabar je la dgn si Dani ni, bukan ke mazola tu dibuat dari kacang yg ditumbuk2 Dani oii..byk la awak punya tak makan kacang. Moral of the story budak2 senang tertipu, so duit raya tak bagi banyak2 la kat diaorang hahahahah
Ini la DANI tu...
gambar nakal ni time umur dia 2yrs old :)



24 August 2011

Rindunya dengan budak ini


suka dia kalau dibawa berjalan2 walaupun hanya di tepi bendang :)
Budak mana?
Ini budak cerdik ni
Ini budak yang banyak cakap ni
Ini yang suka tiru iklan video clip ni
Ini budak yang tak percaya bila orang betulkan sebutan dia
Ini budak yang suka tiru pengacara rancangan dengan sebut "Ya anda menang seribu seringgit" sudah puas mama & tok dia cakap "seribu ringgit la" tapi masih juga dengan seribu seringgit 
Ini budak yang suka berlakon yang dia mengantuk kalau takmo cakap tepon
Ini budak yang suka sembahyang ni
Ini budak yang suka baca Al-Quran
Ini budak yang suka main game ni
Ini budak yang sangat berterus terang ni
Ini budak yang suka menyanyi dengan tempo dia sendiri ni
Ini budak yang cita-citanya nak jadi Imam Muda
Ini budak yang manja sangat ni
Ini budak yang 2 hari lepas menyanyi "oooo balik kampung , hati riang" 15 kali kat tepon time ckp dgn aku
Rindunya dengan kamu DANI
Daniel Gibran nanti lagi 3 hari kita jumpa ya sayang :)

suka betul buat muka pelik2 time nak amik gambar dia :)

malu2 plak time orang nak snap gambar dia :)



ni la budak yang ku rindu tu...ni time dia berangan jadi
THE DERRIO THE FARMER IN THE DELL
(lagu favourite dia, then kalau pakai camni dia akan cakap "ini Derrio famer  d dell")
 
*** Rindunya dengan anak buah aku yang sorang ni....






20 August 2011

Santan takdak la....

Rasa sekejap je...macam baru je lagi kita start puasa haritu kan. Ramadhan 2 tahun lepas, kebanyakkan harinya aku berbuka sorang2...sebab aku stay sorang2....sedih dak? sedih la wei, cam nak menitik air mata tetiap kali buka posa tu. Then menunya simple sgt la, sama ada aku goreng nasi or mee or bihun. Ataupun kalau letih sgt aku beli je dengan pakcik yg berniaga kat hujung jalan tu.

Puasa tahun lepas, adik aku ada sini, so kebanyakkan harinya aku berbuka dengan dia. Pastu kebetulan kakak angkat aku yg nurse HKL tu terterjun jatuh ditimpa tangga di HKL. So sebulan dia dan kakak yang lagi sorang tu stay kat umah aku. So aku ada teman 3 orang la time berbuka puasa. Selalunya masak, ataupun ke bazar ramadhan la.

Ramadhan kali ni, selain adik aku, oleh sebab abang aku ada keje kat kl ni. So kami berpuasa dan berbuka bersama 3 adik beradik kami. Complete set of the 3 siblings...Hari-hari aku kena masak sebabnya mak aku dah ajar perut 2 beradik tu yg makan masakan kat umah lagi best dari beli kat luar...So rutin aku setiap kali balik keje ialah terus ke dapur. Adik & abang aku tu kalau aku tanya nak masak apa ya utk berbuka petang ni, ada 2 je kemungkinan jawapan diaorg samaada "tak tau" & "ntahla"..aku dah la pemasak tahap amatur, yg skill memasaknya masih kurang lagi...sesekali ja depa dpt bg suggestion kat aku. Hmmm kesudahannya aku jugak yang tengah dok kat office sambil2 buat keje dok pikir nak masak apa...diaorg ni suka tul membuatkan saliva aku perlu ditelan tau, ketika terpaksa menggoogle gambar2 makanan waktu bulan posa utk cari idea nak masak apa...haihhh depa ni nak kena...hehehe

Semalam dah takde idea nak masak lauk apa dah...so aku pun mengambil keputusan masak nasi lemak sambal tumis makan dengan bilis, ayam dan telur rebus. Then time dpt idea tu pagi2 lagi aku dah cakap kat abang aku,  ...sebab kalau tunggu aku beli alamatnya tak sempat la nak masak, aku kul 5 baru office tutup rapat abih keje.

Berikut adalah perbualannya :
Aku : "Aba jap lagi tolong beli santan ya..Inda nak masak nasi lemak utk berbuka"

kemudian aku pun gi keje...balik je dari keje...

Abang aku : "santan takdak la Inda, dah kedai santan yg belakang tu tutup, kedai runcit tu plak tak jual santan"
Aku : " pastu dah santan takdak, Aba tak beli nyiok ka?" 
Abang aku : Dak pun, awat kalau santan takdak nak beli nyiok ka...Inda tak cakap pun? (sambil buat muka seposen)
Aku : Yela, beli nyiok yg dah dimesin tu pastu Inda boleh buat santan...(serius rasa nak gelak dah time ni)
Abang aku : Dah pesan beli santan, Aba cari santan la...
Aku : Hmmm Aba ni...sabar je la (tergelak aku, dia pun join gelak sama) lawak dipetang hari sungguh...
Abang aku : Tapi Aba beli santan kotak...ok kan?
Aku: Laa awat tak bagitau awal2...penat Inda dok pikir menu lain tau...ok la tu 

Lawak kan bila suruh orang lelaki ke kedai, apa yang kita pesan yang tu la diaorg cari...tapi nasib baik abang aku tu clever jugak pi beli santan dalam kotak tu...mesti dia clever sebab dulu2 mak aku breastfeed dia ni :)...Hasilnya dapat la kami berbuka makan nasi lemak aku masak...Dah 4 hari beturut2 kami berbuka bereenam sebab cousin aku 3 orang pun datang berbuka kat umah aku. So aku jadi cam puteri kayangan la sebab berbuka bersama 5 orang lelaki...Diaorang semua lelaki, aku sorang je perempuan...Tapi bila pikir2 balik puteri hapenya sebab aku kena masak dan buat keje semua...so maybe buleh anggap aku = Cinderella la kot...hahahaha

***semalam Abang aku balik Kedah jap, menjenguk anak, bakal anak & isterinya...hari isnin dia datang KL balik :)

korang tanya nyiok tu apa? Nyiok = kelapa ye kawan2..:)