Showing posts with label ALLAH mengetahui segalanya. Show all posts
Showing posts with label ALLAH mengetahui segalanya. Show all posts

17 January 2013

Berbisik dengan hati...



Bunga tanjung bunga melati,
kembang tujuh dibulan terang,
tinggi gunung sama didaki,
dikala jatuh mengapa seorang...




Ku renung keatas, Ku lihat awan melambai2, Ku ingin sentuh awan itu, Ku rasa diriku tggi, Baru ku sedar bahawa ku hanya insan biasa dan x boleh lawan ketentuan yang maha pencipta.. Ku bersyukur dengan apa yang ku ada sekarang ini..


17 December 2012

Aku yang tersakiti




Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

03 November 2012

Semoga semuanya baik2 belaka..

panjang sungguh tajuk entry kali ni...tapi sukahati la kan nak letak tajuk apa kan...dah ni entry aku kan..hehehehe


suka tul dgn kata2 kat gambar ni...serious aku suka..:)



12 June 2012

Titipan Khas :)


Khas untuk  pemilik hati sy nnti :)


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat mujahid dan mujahidahku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh 

kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan 

kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak 

kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana..

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

23 April 2012

Abih bersawang semuanya...

Lama nya tak update blog ni...macam2 jadi dlm hidup...semua kelam kabut ...Namun Alhamdulillah everything dah jadi smooth dah...so im back yo :)
Sepanjang tak update apa2 tu , aku still gak blogwalking ke blog kawan2 semua, tp silent blogwalkingla...xkomen apa2 pun...blog pun tak update...mood kurang la...(T.T)
Time tu masih mencabar titik kesabaran, dahan & ranting nak pautkan rasa hati...betapa susah hati nak terima kenyataan or dugaan...bila semuanya jadi serentak...
Namun Semoga Allah permudahkan segalanya.....

google pic

15 September 2011

Persoalan & Jawapan Tentang Kahwin

Indahnya dihari perkahwinan.. Haa kompang!..:P
google picture
Seringkali orang2 disekeliling kita contohnya saudara mara or sahabat handai bertanyakan Soalan perihal Jodoh ataupun digelar "soalan maut" bagi sesetengah daripada kita yang rasa dah tension sangat nak menjawabnya kan...rasa cam nak record kan jawapan then tekan play bila orang soal tu kan..kan..kan..pernah tak korang rasa camni?..:)

Aku plak kalau kerap sangat ditanya, aku jawap baik2...sebab bagi aku kalau ada orang bertanya tu maksudnya..diaorg caring pasal kita...kalau caring tu kan maksudnya sayang...haa kalau ramai2 tanya kita soalan seperti "bila nak kawin?" "dah jumpa ke calon?"..tu maksudnya ramai la yg sayang kat kita kan...kan?..kan?...then yg pasti, kalau satu soalan kita jawab pasti akan menyusul soalan yg kedua, ketiga, keempat or even kesepuluh..waaah gila banyak..hehehe contohnya :


soalan 1 : bila nak kawin ni?
kita jawap..
soalan 2 : dah jumpa calon la ye?
kita jawap lagi...
soalan 3 : Orang mana?
kita jawap lagi dan lagi...
soalan 4: keje apa dia?
kita jawap lagi dan lagi...8 lagi..
soalan 5 : Bila tarikh nak kawin tu? cepat2 sikit ya
kita kena jawap lagi...
haa tu contoh perbualan kalau jawapan kita "ya saya dah ada kekasih hati"


soalan 1 : Bila nak kawin ni?
kita jawap...
soalan 2 : Awak ni memilih sangat kot?
kita kena jawap lagi...
soalan 3 : Abis tu kenapa tak jumpa2 lagi?
kita yg bengkek ni kena jawab jugak la...
soalan 4 : Jangan memilih sangat, kurang kan sket expectation awak tu...boleh?
kita yg lagi tambah bengkek terpaksa jawab...sambil dlm hati rasa ish2 aku bako jugak kang dia ni..hehehe
soalan 5 : Awak nak makcik/saya tolong carikan tak?
kita yg malas nak jawab lagi..ken jawab jugak...
Haa tu plak contoh perbualan kalau jawapan kita " Saya tak jumpa lagi la calonnya"

***menaip ni ikut hasil dari pengalaman sendiri yg pernah menempuh / menangkis / melalui / menepis soalan dan keadaan dalam 2 situasi ini..heheheh



Then ni bagi yang selalu bertanya tu ...ni jawapan lengkap selengkapnya...then kepada yg sering kena soalan begini dan masih tak jumpa calon lagi..take note ya..nanti korang boleh guna ni..hehehe (jumpa kat FB kawan aku tadi ) :)

Kenapa lambat kahwin? - Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku.



Dah Berpunya? - Ya.. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2.



Siapa?? - Nanti Allah akan perkenalkan...



Bila?? - Bila jodoh dah smpai.. InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus ku nanti..



Janganlah selalu bertanya bila seseorang tu nak kahwin..keranan semua rahsia dia, terletak ditangan Allah...Sampai masa pasti Allah membongkarnya...khas untuk semua...semoga anda redha dengan apa yang Allah tentukan...:)

12 July 2011

Apa yang ku rasa?


Macam-macam ku rasa, kesan dari berita semalam. Aku pun taktau nak buat camna  dengan urusan ni. Kepala serabut hanya ALLAH saja yang tahu. Aku pun buntu apa yang aku nak buat, fikir dan fikir dan fikir lagi. Tapi masih tak tau lagi apa tindakan yang patut aku buat.

Aku yakin ALLAH memberi ujian kepada kita sesuai dengan tahap kemampuan hambaNYA. Aku sentiasa yakin itu, namun aku sebab hamba ALLAH yang lemah ini, kadang-kadang tertewas jua. Ampunkan aku YA ALLAH. 

Ku hanya harapkanMU YA ALLAH, aku akur pada setiap yang KAU berikan padaku kerna aku akui ALLAH ada Penguasa Alam, setiap nafas yang ku hembus dan sedut ini pun anugerahMU. Jadi aku memohon padaMU YA ALLAH ampun dosaku YA ALLAH, ampun dosa kedua ibu bapaku, ampunkan dosa semua insan yang aku sayangi & yang menyayangi aku YA ALLAH. Tunjukkan aku jalan untuk ku selesaikan segala masalah yang menghimpit aku sekarang, YA ALLAH aku hambaMU yang lemah, tolong aku YA ALLAH.

07 July 2011

Rintihan Hati Ini

Tengah perasaan tersentap tetiba terjumpa lagu ni...memang menyentuh hati


Rintihan 

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...

( korus )
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

by HIJJAZ



Bila Hatiku

Sering Dibakar

YA ALLAH aku bermohon kepadaMU supaya ditambahkan sifat kesabaran dalam diriku ini ketika manusia2 itu mencuba untuk membakar hatiku untuk membuatkan aku marah. Aku terlalu ingin jadi insan yang masih boleh tersenyum ketika dicabar dan dibakar hatinya dengan perbuatan mahupun percakapan yang sangat menghiris kalbuku. 

YA ALLAH jadikan aku hambaMU yang tabah bila mana kekebalan hatinya cuba diruntuhkan oleh manusia2 itu. Jadikan aku hambaMU tabah dalam menerima segala tingkahlaku manusi2 itu yang mencuba dari pelbagai sudut untuk menikamku. 

YA ALLAH walaupun benar aku akui kadang aku hambaMU yang lemah namun Ya Allah aku mahu kelihatan kuat dimata manusia2 itu. Aku mengaku saat ini airmataku memang sentiasa menjadi penemanku, namun aku berdoa kepadaMU, agar membantu aku supaya tidak menitiskan walau setitik air mata pun didepan manusia2 itu. 

YA ALLAH bimbinglah aku untuk menuju jalan kearahMU, jika memang aku dipihak yang benar, tunjukkanlah kebenaran itu YA ALLAH, bukan aku berniat untuk menunjuk2 siapa yang benar siapa yang salah. Namun aku mahu mata manusia2 itu terbuka YA ALLAH untuk melihat kebenaran.

YA ALLAH aku berdoa kepadaMU agar KAU berilah hidayahMU kepada manusia2 itu, agar cepat manusia2 itu nampak yang kebenaran dan mendatangkan keinsafan kepada manusia2 itu. Semoga manusia2 ini dapat bertindak matang mengikut umur sebenar manusia2 itu. 

25 June 2011

seharian

sakit di rumah

semlm lepas balik keje aku + adik aku ke tanah perkuburan kg nakhoda selayang...menziarahi kubur pakcik aku...ini merupakan kali pertama kami kesana semula selepas sama2 menghantar jenazah beliau disitu pada 14/6 haritu...dah lama kan baru kami dpt gi sana...tp hanya Allah yg tahu mengapa kaki kami agak berat utk kesana semula....kalau ditanya apa perasaan aku, sayu, sebak dan banyak lg perasaan yg lain2, sungguh tak dpt nak dilafazkan dengan kata2 mahupun ditype dengan jari jemari..perasaannya bercampur baur....sungguh...

balik dari sana, kami singgah kat giant...oleh sebab dh agak lewat..aku beli je yong taufu kat giant tu...hasilnya dari kul 4am td smp skrg aku tak henti2 ke toilet...aku diserang "kerusi merah beruang merah" jika ditranslate in english...then itu la aku sakit skrg...istilah kerusi merah beruang merah ni aku ternampak kat blog bro blogger mana ntah dh lupa...demam + sakit kepala + pening pun ikut sama menyerang....

letih woo berulang alik ke toliet dengan senak lg...makanan masuk je sket...pasti kuar balik...malas nak g clinic...tp segala charcoal, ORS dah ada kat umah so semua dh aku telan...tp masih sama....tp aku redha dengan sakit yg Allah bg ni...berbaik sangkalah kita dgn ALLAH

Cuba renungi rahmat-rahmat yang Allah turunkan dari sebab penyakit seperti di bawah ini.

1. Allah mahukan kita melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada kita (mencari ubat)

2. Allah memberi isyarat kepada kita bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan tubuh badan kita

3. Allah ingin mengingatkan kita kepada kematian

4. Allah ingin kita perlahankan urusan dunia dan berfikir tentang matlamat kita diciptakan.

5. Allah mahu memberikan kebaikan-kebaikan yang amat besar nilainya

6. Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau.

7. Allah ingin menambahkan rezekinya kepada kita.

Walaupun ayat-ayat di atas terlalu ringkas, mereka yang telah melalui pengalaman sakit dengan ikhlas, sabar dan redha akan dapat menyelami dan merasai erti ayat-ayat tersebut dengan lebih bermakna.

sumber dari : http://sites.google.com/site/usanapot/sakit-rahmat-dari-allah

gambar hasil digoogle

p/s: ok tu je dulu...nak sambung gi toilet lg ni....

21 June 2011

mood kurang baik

sabar je la hati

               harini serius mood jadi tak menentu....mood swing? bukan2..PMS? bukan PMS atau apa....kalau PMS tu marah berlebih lebihan kan salah satu sindromnya kan kan?...tp aku tak aku cuma rasa tak tau nak rasa camna...marah ke sedih ke sakit hati ke rasa terinaya ke rasa nak lempang org kuat ke...semua kot aku rasa....mewah tul perasaan aku harini variety tau...nasib baik harini aku berpuasa jadi kesabaran harini agak berganda dari semalam...
              pada pihak2 tertentu, teruskan la cubaan kamu2 mencabarku,mengujiku,menginayaku, teruskan la...sesekali aku tak akan tunduk pada kemahuan kamu2 itu...kerana aku yakin sepenuh hati Allah sentiasa bersama dengan ku...pepatah yg selalu mak pesan sentiasa ku pegang "berani kerana benar, takut kerana salah"...aku yakin Allah sentiasa bersama denganku...
Ya Allah tabahkan hatiku
kuatkan mentalku,
kentalkan perasaanku untuk menghadapi setiap cabaran yg menganggu gugat hidupku ni,
permudahkanlah urusan perjuangan ku ini Ya Allah..
amin Ya Allah

08 June 2011

La Tahzan

hanya ALLAH mengetahui segalanya


walaupun kita buat BAIK dgn org lain tu bukan jaminan org tu akan buat BAIK jgk kat kita...tp kalau kita wat tak BAIK dgn org, ada risiko utk org tu wat tak BAIK balik kat kita malah mungkin extra tak BAIK lg dia wat kat kita...yakin la bahawa Allah mengetahui segala niat BAIK & perbuatan BAIK yang telah buat...yakinlah hati bahawa Allah ada balasan yg lebih BAIK utk kita...berBAIK sangkalah dgn Allah..

Ya Allah ampunkan aku Ya Allah,ampunkan dosa kedua ibu ayah ku Ya Allah,ampun dosa semua insan2 yang menyayangi& berjasa kepaku Ya Allahtambahkan kesabaran kepadaku Ya Allah,Ya Allah jauhkan aku dari keluh kesah utk dugaan &ujian dariMU,permudahkan urusan dunia dan akhiratku Ya Allah,Amin Ya Allah, amin Ya Rahman amin Ya rahim