Showing posts with label kasih. Show all posts
Showing posts with label kasih. Show all posts

23 August 2011

Make Someone Love You


haritu ada wat entry pasal how to make people like you pastu cik adik ni :) tanya

asnizaziz said...


tips utk make people fall in love with u takde?huhu..
selamat berbuka ^^
Make Someone Love You
  1. Be Needy: You have to let this person know you need him or her. Not only will it make your love feel good to be wanted, but you will be able to latch on quickly and get your hooks in nice and deep. --haa yang ni kena amalkan :)
  2. Learn Everything: Dig deep and discover everything about your love. You will amaze him or her with your ability to know this person so well. It will seem uncanny that you can know so much about this person. Some might call it stalking, but it's not like background checks are illegal --bukan stalking la ini dinamakan menyelidiki asal usul tau..heheheh
  3. Meet the Parents: You don't even have to wait for your love interest to introduce you. Take some initiative and meet them on your own. You will get to know a lot more about your love through his or her family. Plus, it will make it more difficult for this person not to get into a relationship with you once the family loves you ---haa yg ni petua berkesan, tapi kena rancang betul2 la time nak gi jumpa tu, tetiba time gi jumpa tu mak dia nak bagi ujian memasak ke (untuk perempuan) so sila penuhkan ilmu memsak di dada ya..pastu ayah dia nak bagi ujian  korang jadi imam solat jemaah ke (bagi lelaki) so sila penuhkan ilmu agama didada ya... hati keluarga dia wajib la kita amik...Tapi jangan berlakon time nak amik hati je tau, nanti kalau dah kawin pun kena juga sebabnya keluarga mertua tu kan keluarga kita jugak.. Ini bagi membina hubungan yang sihat :)
  4. Say I Love You: Nothing better lets someone know exactly how you feel than actually telling them. That's right, be honest. You need to get it out in the open, and let him or her know exactly what you expect from the relationship. If your love wants to know which relationship you are talking about, don't hold back: tell this person everything!.--- zahirkanlah perasaan kita, jangan dok simpan2 kang gigit jari kang kalau diambil orang lain. Kalau tak cakap mana la si dia nak tau, dia mana ada kelebihan nak membaca isi hati kita pun.. yang tu hanya dalam cite "The Listener" je tau :)
gambar google

02 August 2011

Bachelor Party Reen + A. Zani

Kami 4 bersahabat :)
Ni cite hari sabtu haritu, oleh sebab reen & a.zani nak kawin hari raya kelima ni. Makanya kami semua geng2 telah sepakat untuk membuat reunion sambil makan2 (bachelor party malay style la). Puas aku + ilya sebagai perancang majlis memikirkan nak wat kat mana, sebabnya masing2 mempunyai waktu yg terhad. 

Pengantin to be kena keje lagi hari sabtu tu. Then lepas tu baru diaorg dapat bertolak ke KL dari Teluk Intan. Then Fiza aka Cikgu dari Lanchang ada plak hal pagi2 ahad tu. Then aku plak, Encik Cinta kan datang Shah Alam, memula cadang nak gi jumpa dia jumaat mlm sabtu..setelah pikir2 aku + ilya cadang nak wat makan2 tu kat Flaming Steamboat branch yg kat Danau Kota...Lepas makan kami cadang ramai2 akan tido umah ilya.

Tapi Encik Cinta cakap dia ada taklimat sampai kul 11mlm, abih tu bilanya kami nak jumpa, mana bleh jumpa lewat2 sangat, bahyer2..hehehe..so aku pun cakap ok la, lepas majlis makan2 tu settle, aku gi Shah Alam plak jumpa Encik Cinta, so plan tido ramai2 tu aku takleh join la...Tapi Ilya dgn penuh sportingnya cadangkan utk kami semua gi makan kat Flaming Steamboat Buffet Shah Alam la, so boleh aku jumpakan Encik Cinta dengan geng2 aku tu. Selesai satu masalah takyah aku membahagikan diri dah, semua aku boleh jumpa..then lepas makan2 tu boleh la aku tido umah ilya dan borak sampai pagi hehehe

So plan awalnya, dalam kul 8 pm tu kami akan gi amik Encik Cinta kat Quality Hotel, Shah Alam then bwk dia gi seksyen 33 Shah Alam...tapi ada orang tu suruh aku gi jumpa dia awal sket sebab dia cakap program dia tu abih petang. (haa ngaku cepat anak sapa la tu) hehehe aku cakap malas nak nak komuter ke Shah Alam sebabnya aku mana pernah naik komuter sorang2 ke Shah Alam tu, tapi hasil pujukkan yg macam melting chocolate, akhirnya aku gi jugak. Then dia cakap nak jumpa depan hotel dia, so aku ckp jumpa kat PKNS or SACC Mall ya. Bila aku sampai sana, aku called dia dekat 10 kali kot tak jawab, sms takyah cita la. Aku cuba relax (walaupun not 100% la), sambil2 tu aku pun jalan2 kat situ hasilnya watch aku yg jatuh batunya dpt diperbaiki di kedai, then terpaksa aku beli kasut kat vinci sepasang time tunggu tu tau sebab bosan sungguh tunggu Encik Cinta angkat call aku. Tgk Encik Cinta tak pasal2 bertambah koleksi kasut saya..hehehe 

Akhirnya setelah 1 hour ++ aku tunggu dia baru la dia angkat call aku, rupanya dia tertido lepas balik dari program dia petang tu....Walaupun aku rasa cam nak merajuk tahap gaban & kesatria baja hitam malah samapi rasa nak jadi incredible hulk dah tunggu dia. Tapi memikirkan dah dekat 1 bulan ++ kami tak jumpa, tak jadi la nak merajuk. So kami pun gi makan kat Steamboat tu ramai2, ilya + suaminya ainul, Fiza, Pengantin to be iaitu Reen + A.Zani , aku + Encik Cinta, dan adik2 Reen. 

Setelah mengamatkan Flaming Steamboat dengan per"borak"kan kami yang tak mengenal erti diam sekejap, dan setelah aktiviti pemakanan yang menyebabkan masing full tank belaka. Seperti biasa sesi wajib kami kalau jumpa pun bermula la, apalagi sesi bergambar ala2 model pun start la. Tapi gambar aku + Encik Cinta semua gambar candid....sabar je la dengan cameraman ni nape tak bagitau aku time nak amik gambar kami, kan aku dah takleh nak bersedia dan kata cheese tau...hehehe


Ini KAMI
pengantin to be yg baju merah & hitam (hujung sebelah kanan)
:)

KAMI
 (tanpa bakal pengantin lelaki yg jadi cameraman) :)
Eh bila masa plak aku + Encik Cinta dok bertentang mata plak ni..
Pandai sungguh a.zani aka bakal pengantin ni snap no..
tetiba rasa blushing plak time tgk gambar ni..:)
pasangan romantic ilya + ainul :)
fiza , aku & ilya..owh kami mmg ceria kalau amik gambar tak iklan colgate mana buleh...:)


antara gambar candid aku + Encik Cinta :)
owh nape muka aku nampak cam comot je..ish2 hehehe
haa ni la Reen si bakal pengantin perempuannya..yg excited dok tunjuk peace tu :)
Reen + betty (adik reen)
ni la hasil pe"makan"an KAMI pada malam tu..cuba bilang bape byk gelas yg ada kat meja tu..aku sendiri rasanya aku
minum 4 gelas air kot... :)



aku dengan ini mengucap selamat pengantin baru kepada Reen + A.Zani (kawan2 aku time kat uitm arau ni), semoga perkahwinan korang kekal bahagia hingga ke syurga. Semoga korang dikurniakan zuriat2 yang soleh & solehah dan menjadi keluarga yang bahagia :)

-semua gambar2 ini adalah hasil dari godekkan di FB A.Zani :) 


*** ada cite time aku naik komuter tu nanti aku cite dlm entry lain. 

22 June 2011

sepenuh jiwa

Merindui Kamu..iya KAMU LAH :)

merindui itu kadang indah
berjauhan membuat hati sentiasa merindui
bila sesekali berjumpa pasti kurang sengketa
bila dipisahkan jarak
pasti hati akan selalu teringat
perbalahan kecil dianggap enteng
kerna sesekali bersua
hanya cinta yg ingin disemi
mana mungkin ada masa mengungkit sengketa
owh indah percintaan jarak jauh

hari hari rindu kamu....
picture credit 2 google

namun sakitnya berjauhan
merindui hingga rasa pedih dihati
hanya dia diingatan
perlu meyakinkan kesetiaan masing-masing
waktu berlalu dgn perasaan tertanya apa yg dia lakukan skrg
adakah dia juga mengingatku seperti aku mengingat dia
adakah dia juga kalis cubaan didekati insan lain
seperti aku yg sentiasa mengkaliskan diriku

Jika Allah menentukan kita bersama
ku berjanji akan berusaha membahagiakan kamu
mencintaimu sepenuh hati selamanya sedetik lebih
Jika Allah mengizinkan ku jadi milikmu
pastinya hatiku secara total hak kamu
hak milik kekal kamu
cinta kamu mekar bersama aku
percayalah kamu kekasih ku seorang

 I MISS YOU MORE THAN WORDS CAN SAY!!!


p/s : mood jiwang dikala malam sambil menaip sambil dgr lagu kat blog ummi ikha ...owh layannnn :)

20 June 2011

selamat hari bapa

Ayahku Encik Ariffin Bin Saad

        kebetulan sambutan hari bapa hari ahad haritu aku masih kat kg..tp oleh sebab semua masih dlm mood sedih..jadi aku mengambil keputusan untuk tak celebrate hari bapa seperti biasa dgn cake segala...tp aku masih tak lupa...menulis sesuatu untuk ayah..then pesan kat mak...nanti inda dah balik mak bagi kat ayah ye...cam romantik je kan...then alih2 tgh hari ni aku called mak...baru mak teringat yg mak belum bg lg kat ayah...terus dia gi amik time tu jugak bagi kat ayah...nasib baik mak teringat gak nak bg walaupun lambat sket...
         Ayah aku pun sama cam ayah2 yg lain didunia...yang sayang anak2 mereka sepenuh jiwa...murninya jiwa semua insan2 yg bergelar ayah, naluri keayahan tak bisa luntur walaupun bagaimana rupa, ataupun perangai anak2 mereka...tp inda anak yg baik kan ayah..kan kan...anak2 tetap ditatang penuh kasih sayang...walaupun ayah tak mengandung, namun seorang ayah tetap byk menyumbang keringat untuk membesarkan anak2...
          bagi aku, ayah aku ayah yg terbaik...sangat sporting skrg..dulu ayah garang time kami kecik2...paham2 je la ketangkasan,keganasan,kedegilan aku+abang aku+adik lelaki aku = pening kepala ayah + mak melayan kami...tp yg paling degil aku la kot...sebab org lain tak penah kena rotan pun dgn ayah kecuali aku..catat rekod tahap guiness world of record tau...smp sekarang ayah macam kurang nak tunjuk kasih sayang...tp aku tau ayah sayang aku + 2 adik beradik aku yg lain..
          ayah selalu nampak cam kurang kesah... lebih kurang cam entri ni...tp sebenarnya ayah sangat kesah dengan kami...sgt terharu dgn statement mak.. baru2 ni aku ada masalah...ayah sampai tak lena tido sebab risaukan aku....ayah mmg sentiasa perjuangkan aku...ayah paling pantang kalau dgr cite aku sedih atau ada masalah...ayah sentiasa ada untuk aku...sanggup membela aku...terima kasih ayah :
terima kasih sebab sayang inda tanpa syarat...(buat inda rasa sangat disayangi)
sebab sentiasa ada untuk inda...(inda ada tempat mengadu)
sebab selalu bg inda buat keputusan sendiri...(buat inda rasa berkeyakinan)
sebab selalu sokong apa inda buat..(jadi pembakar semangat inda)
sebab dulu wat inda rasa gerun tahap hampir2 mengigil time ngajar inda mengaji Al-Quran.. (inda boleh baca Al-Quran skrg)
sebab dulu garang time inda nakal tahap gaban....(perangai inda baik bila besar..hehehe)
sebab dulu suka kawal perangai inda yg lasak tahap gaban dan serupa budak lelaki tu...(inda tak jadi tomboy walaupun sorang je perempuan dlm adik beradik, jadi perempuan ayu lg skrg hehehe)
sebab bersusah payah cari rezeki untuk keluarga kita..(keluarga kita dapat hidup sederhana dan selesa)
sebab selalu bersusah payah untuk kami adik beradik...(sanggup bersusah untuk kesenangan kami anak2 ayah)
ini ayah saya :) (yg baju blueblack tau bukan yg baju grey tu jgn silap)
sayang ayah sangat2...i love u so much ayah....
inda bangga ada ayah macam ayah...syukur pada Allah yg jadikan inda anak ayah...
semoga hidup ayah sentiasa dalam redha Illahi....
semoga hidup kita sekeluarga bahagia di dunia & akhirat..

09 June 2011

Baru Ku Sedar

Ramai yg menyayangiku

         semenjak dua menjak ni...hidupku agak kelam kabut sket...tp Alhamdulillah aku masih diberikan ketabahan dan kekuatan oleh Allah untuk menghadapi semua tu dengan tenang. Namun apa yg terjadi semalam agak membuatkan aku hampir tertewas, berita yg sepatutnya perlu disimpan hingga sampai waktunya telah diketahui umum aka org yang berkaitan hasil dari "org-org" yg mulutnya agak tempayan....
          hasilnya sepanjang kat opis aku asyik memikirkan apa yg aku nak buat, apa akan terjadi lepas ni, how should i react?...macam2 soalan kat otak ni...aku bukan cepat melatah tp semlm mmg rasa cam down sket...mungkin kesan dari pelbagai benda yg terjadi sebelum ni...so yg semlm aku cepat la touching sket...sket je tau..:)
         lepas pikir punya pikir...selain dari aku mau mengambil sikap berdiam diri, biarla apa umum aka org berkaitan anggap pasal aku, tak guna kot aku beriya2 membela diri menceritakan apa yg sebenarnya terjadi kalau dari awal aku dh tau apa yg umum aka org yg berkaitan tu akan bagi kat aku...so silent is my choice dgn keyakinan Allah mengetahui segalanya..dan mendoakan agar umum aka org yg berkaitan akan sedar suatu hari nanti...
          aku juga terpikir, mungkin inilah jawapan dari Allah hasil doaku selama ini iaitu meminta Allah tunjukkan jalan utk selesaikan masalah aku ni...Alhamdulillah
           semlm time sedih2 aku rasa bersyukur sangat dgn sokongan, kata2 peransang, pandangan dan pujukkan dari keluarga, kawan2 dan yg tersayang
 1)terima kasih mak, ayah, aba, anaz ,yong + keluarga yg sentiasa ada time susah dan senang saya, yg manja ni (sensitip)
 2)terima kasih abang, sebab caring dan selalu tenangkan/pujuk kalau sayang ada masalah..i love u so much
 3)terima kasih poji untuk selalu luangkan masa utk dgr masalah dan saranan2 utk org, macam org ckp semlm poji = my sis, penganti adik perempuan yg org tak pnh ada selama ni
 4)terima kasih ilya, thanks babe sebab sentiasa ada utk aku time aku sedih dan selalu jadi penasihat aku
 5) terima kasih k.liz & k.min yg sentiasa ada utk saya, sentiasa berusaha nak tolong saya bila saya ada masalah
saya sayang semua...sayang sangat2 tau..banyak2 pulak tu :)

p/s : baru aku sedar, ramai yg sayang aku, sentiasa ada utk aku, sentiasa willing nak bagi bahu kat aku bila aku sedih...Syukur padamu Ya Allah...Ya Allah bahagiakanlah insan2 ini semua didunia dan diakhirat..amin...


 
 

30 May 2011

mencintai

dia 

mencintai sepenuh hati
menerima keburukkannya
redha dengan kelemahannya
bersama dengannya ketika susah
mengharungi dengannya ketika saat getir
sanggup berkorban apa saja
namun tatatusila tetap dijaga
kesetiaan itu tuntutan utama
sayang diberi penuh keikhlasan
kasih tercipta dalam jiwa
ingin hidup bersama sampai syurga

27 May 2011

Cinta Kasih

kasih seorang suami

      dah dekat seminggu aku rasa tak tenang wat keje kalau ada sorang makcik ni masuk kat bilik rawatan...bukan tak tenang sebab apa tp rasa kesian sangat dengar rintihan makcik tu... makcik ni kena stroke so percakapan dia mmg kurang jelas sket...tp kalau tgh didressing luka dia...jeritan dia akan dpt aku dgr dari meja aku...sian dia..dia akan menjerit "Allah sakit, sakit, Allah aku sakit"...walaupun sakit sangat dia masih ingat Allah lagi...tp ada 1 lagi yg buat aku terkagum...
      sepanjang makcik tu kat sini, suami dia setia menemani dia...bila isteri dia menjerit2 dia akan cakap..."sabar sayang, abang ada ni...ingat Allah sayang" (sambil ajar isteri dia beristifar)...mulianya hati pakcik tu...dia tak tinggalkan isteri dia yg tgh sakit tu...malah bersama2 bersusah payah menjaga isteri dia...time borak2 dgn dia time isteri dia tunggu turn nak wat rawatan "semlm makcik kamu ni tak tidur langsung, pakcik pun tak tido la" then dia kata lagi... "pakcik sayang isteri pakcik ni, pakcik sanggup buat apa saja untuk dia"...untung makcik ni dapat suami yg baik macam pakcik ni...ikut hati nak je aku cakap "tahniah pakcik untuk kesetiaan dan kasih sayang pakcik pada makcik"...tp kang pakcik ni cakap "apa kena plak ko ni?" ...takut kena camtu...so aku simpan je rasa kagum dalam hati dan hanya mampu ucapkan "baiknya pakcik, Insyaallah berkat kesabaran pakcik mesti makcik boleh sembuh seperti biasa" :)

**sebak aku dengar pakcik tu cakap camtu...tu buktinya tak semua suami kejam tau..walaupun ada jugak sesetengah spesis suami yg akan tinggalkan isteri tanpa belas kalau isteri sakit, ada spesis yg tak sanggup nak bersusah2 dgn isteri (yg kadang2 wat aku rasa gerun nak kawin)...tp ada jugak yg mulia hatinya tau berkorban utk isteri...kisah makcik & pakcik ni wat aku terus rasa berkobar2 nak kawin... :)

teringin nak bahagia bersama org yg aku cinta  hingga ke syurga 
gambar credit to : Encik Google

Doa

Doa bersama 

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Ya Allah Tuhan kami,
jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau,
dan jadikanlah diantara anak cucu kami umat yang tunduk dan patuh kepada Engkau,
dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan jalan untuk menuju ke arah yang Engkau redhai,
terimalah taubat kami Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Menerima Taubat dan Maha Penyayang
Amin Ya Rahman Amin Ya Rahim"


gambar credit to : google

merindui

merinduimu selalu

Biar rindu asalkan tak buat kau jemu
Biar kasih asalkan tak buat kau bersedih
Biar cinta asalkan tak buat kau terseksa
Biar sayang asalkan tak hilang
Biar berjauhan asalkan hati KITA tak berubah

29 April 2011

Royal Wedding Prince William & Kate

tadi kul 6 balik keje...terus buka NTV7 nak tgk royal wedding Prince William & Kate Middleton...lepas kawin  diaorang akan guna surname Mountbatten-Windsor...aku excited betul nak tgk sebab td kat opis kawan2 kat fb semua dok bising2 pasal ni...

memula aku ok je tgk tu...sebab time mula2 tgk..depa tgh dok baca ikrar perkahwinan...gaun princess kate tu sgt cantik nampak dia sgt gorjes tau...pastu disebabkan banyak sgt nyanyian mendayu2...haa aku nampak Sir Elthon John td wedding tu...mata aku makin lama makin layu...sat2 terlelap...sat2 buka balik...so lepas terlelap sat aku jaga time diaorg nak kuar dari church tu..kagum tgk gaun pengantin yg panjang tu...pastu terlelap lg..sedar2 diaorg dh lambai2 atas keta kuda...pastu lepas solat maghrib aku sambung tgk lagi..(tau kat mak aku, aku tido time lepas asar ni, mmg kena la aku)

tp aku tersambung tido lg...bila terjaga lg 10 minutes terakhir je...hahaha apa la aku ni....tak dpt nak tgk betul2...apa daa..anyway majlis kawin ini mmg grand gila..yelah dah nama pun royal wedding kan...tp tgk percintaan dari time college membawa ke gerbang perkahwinan....bahagia sungguh...hope perkahwinan ni kekal dan bahagia selalu...

boleh tgk gambar kat sini http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/royal-wedding/royal-wedding-pictures

cantiknya gaun!!!
gambar sumber dari internet
p/s : terberangan jap time tgk siaran langsung wedding tu...best woo berangan td :p

11 April 2011

erti kasih sayang



Kasih itu apa?

kasih itu cinta
kasih itu sayang
kasih itu pengorbanan
kasih itu ikatan hati sesama insan
kasih itu juga boleh disalurkan kepada haiwan
kasih itu bisa membenihkan kerinduaan
kasih itu besar ertinya
kasih itu perasaan yg tidak pura2
kasih itu dapat menyatukan kita semua
kasih itu membuat pemberi & penerimanya bahagia
kasih itu juga pastinya membuat hati seseorang berbunga2
kasih itu bisa mendamaikan
kasih itu pasti lebih bernilai andai ditumpahkan kepada yg berhak dan layak
kasih itu pasti dapat menyinari hari2 kelammu


kasih itu bisa membuat hari2 pasti indah...