Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

19 July 2011

mengubat hati yang sakit

dapat idea nak buat entry ni time aku dok kat bilik rawatan tadi, ada sorang makcik tu tengah sakit2 bila luka dikaki dia tengah dicuci. Lepas dah abih semua, ada sorang staff tanya dia, "Makcik sakit lagi ke?, Sakit kat mana makcik?....makcik tu dengan selamba cakap "Makcik sakit hati"(sambil gelak2)..
pastu staff tu cakap "kalau makcik sakit kat tempat luka kami boleh la tolong, tapi kalau sakit hati, tak dapekla den nak tolong"  .... tengok makcik tu yang tengah sakit teruk pun boleh buat lawak tau...so ingatan untuk diri sendiri juga kepada yang lain, jangan merungut kalau sakit sikit2, ada lagi orang yang lebih teruk dari kita tau..jadi bersabar la :)

Ok bagaimana nak mengubat hati yang sakit akibat dilukai??
ni aku nak share sedikit tips:

1. Bertenanglah - try relax, jangan pikir untuk buat apa2 tindakan yang bodoh seperti bunuh diri ke, telan panadol ke, lukakan diri ke...no no yang tu semua jangan buat, sebab cuma merosakkan diri sendiri je.

2. Mengadu - Pertama sekali mengadulah kepada ALLAH sebab ALLAH takkan pernah jemu mendengar pengaduan kita, mengadulah kepada insan yang terdekat dengan kita seperti family ataupun kawan karib. Jangan dipendam hati yang luka tu, kelak dikhuatiri semakin melarat.

3. Cuba Lupakan Kisah Yang Melukakan Hati Tu - Ok yang ni kalau terus boleh buat, tu kiranya tipu la tu. Mesti la sedikit sebanyak sesekali kita terkenang jugak kan. So tu aku type kat situ "CUBA" maksudnya slow2 la lupakan jangan plak dok asyik terkenangkan kisah2 manis bersama sidia plak ...kalau camtu memang haru la (contoh untuk yang putus kasih la)

4. Menangis la - menangisla kalau itu memang membuatkan hati sedikit terubat, tak salah menangis asalkan jangan berlebih lebihan ok. Bukan apa kesihatan mata kita kena jaga tau, takut kang jadi cam cite "Kassim Selamat" nanti. bahaya2 jangan sampai camtu kot no 

5. Jangan Dengar Lagu2 Cinta Yang Sedih-Sedih Ok -Haa yang ni paling pantang, dah dikecewakan jangan la dok layan lagu tangkap leleh tu, kang memang confirm la meneleh2 la airmata tu babe. So cuba time putus cinta tu, selain dari dengar zikir2 pengubat hati, boleh jugak dengar lagu "so what" by pink ke then lagu "im a big big girl in the big big world is not the big big thing if u leave me" haa kan aku dah nyanyi..:)

6. Menerima Dengan Hati Yang Redha - Fikirkan yang dia memang bukan yang terbaik untuk kita, ada lagi yang lebih baik untuk kita yang ALLAH dah tentukan untuk kita. Pastinya yang tu lebih baik dari dia yang mengecewakan hati kita sekarang ni.

05 July 2011

Buta hati

ataupun membutakan hati?


Manusia harini kebanyakkannya sudah buta hatinya, namun ada jugak dikalangan kita yang sengaja ataupun tanpa rasa bersalah bertindak seseolah buta hati walaupun hakikatnya tidak. Namun bagi yang benar, hati mereka sudah buta dan sudah tidak berfungsi lagi sebagaimana yang sepatutnya. 

Akibat buta hati, hubungan persaudaraan hanya didasarkan semata-mata atas kekuatan benda dan kepentingan duniawi yang lain. Impaknya suasana persaudaraan umat manusia di bumi ini terasa begitu kering dan tandus. Ini antara penyebab umat islam berpecah belah dan berperang sesama sendiri dan ajaran persaudaraan seperti yang ditekankan oleh Al-Quran dipandang enteng disebabkan tarikan kepentingan benda duniawi dan bangsa lebih diutamakan. Ini aku ada baca kat satu artikel.

Jika tadi dihuraikan melalui konteks bangsa yang agak besar huraiannya yang sebenar. Kini kita kecilkan sedikit konteks tersebut, cuba ingat kembali bagaimanakah hubungan kita sesama sanak saudara kita sendiri. Betapa ramai yang mengaku sangat bertamadun, bekerja profesional, bergaji besar dan mempunyai taraf hidup yang elit, namun mengabaikan hubungan persaudaraan.

Berapa ramai dari kita yang hidup senang lenang, sehingga merasakan diri agak hebat. Bila rasa itu wujud kita mesti merasakan hidup kita lengkap semuanya dan tak perlu meminta ataupun mengharap apa-apa dari sanak saudara yang lain, lalu mengambil keputusan ataupun tindakan seseolah ingin memutuskan hubungan darah daging yang Allah tentukan, nauzubillah.

Bukan ingin membuka pekung didada, sekadar berkongsi dan semoga ianya dapat memberikan iktibar kepada diri sendiri dan rakan2. Situasi ini baru berlaku, aku mengenali keduanya, seorang anak saudara yang agak berjaya dalam hidupnya sekarang, bercakap dengan bapa saudaranya menggunakan ganti diri "you" & "i" saja, dan percakapan yang kasar. Kemana hilangnya panggilan Pak Long, Pak Ngah, Pak Ndak ataupun Pak Lang yang selama ini orang melayu selalu gunakan. Setahu aku bukan orang melayu sahaja, namun samada cina atau india pun ada panggilan yang digunakan untuk memanggil bapak saudara atau ibu saudara masing-masing kan. Ini aku sebut kerana  nak mengambarkan betapa bapa atau ibu saudara adalah insan yang hampir kepada kita. Lupakah kita jika ada antara kita yang kematian bapa, dan jika ingin berkahwin bapa saudara merupakan salah seorang insan yang layak menjadi wali kita. 

Namun bila senang sedikit hidup, diri mulai hilang kewarasan. Bila Allah berikan sedikit kekayaan dunia, hati mula berasakan diri sudah lengkap segalanya. Hati mulai buta hingga kewarasan semakin lama semakin terhakis. 

Duhai hati, janganlah kau buta, kerna hati mempengaruhi segala perbuatan, tindakan juga pastinya corak pemikiran. Duhai hati, celiklah hati jangan hati kau sesekali kau pejam dan tutup hati. Kerna aku takut jika selalu hati dipejamkan kelak hati mungkin buta.