Sekadar berkongsi apa yg aku dah baca...
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhan
yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menurunkan dugaan
yang menjadikan sakit dihatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan ALLAH s.w.t sengaja mentakdirkan segalanya dengan sia-sia
bukan ALLAH s.w.t tidak tahu deritanya hidupmu
retaknya hatimu
sebaknya dadamu
tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak
dan kan menjadi lebih akrab jua dengan-NYA
sesungguhnya
DIA lah Maha Mengetahui akan segala kejadian alam-NYA!
Ya Allah jauhkan kami dari sifat putus asa....


