Showing posts with label marah. Show all posts
Showing posts with label marah. Show all posts

19 September 2011

Camna nak menolak lagi ni?

Bila korang baca entry ni jangan ingat aku Bajet Hot plak tau. Sebab aku sedar siapa diri ini...:) Ini antara masalahnya..ni baru pasal Si A..ada Si B and Si C jugak nanti aku cite di next entry. 

Camni ceritanya, keje aku ni memang selalu la jumpa pesakit2 yang baya umur ayah aku or yang lebih tua dari ayah aku. Dah nama pun pesakit a.k.a customer mestila aku kena layan semua diaorg baik2 kan.

Kalau yang makcik2 or nenek tu ok la, abih sangat kita layan diaorg baik2, then diaorg pun berkenan then kata nak amik kita wat menantu la. 
Then kalau pakcik2 or atuk2 yg ok pun sama la nak amik wat menantu. Tapi yang sangat tak OK nya. Ada pakcik2 yg ala2 gatal a.k.a miang tahap tak ingat tu. Ada ke dok adjust2 aku untuk diri sendiri, serius itu memang aku rasa nak lempang & lesing jugak kang spesis ni... 
Kalau yang muda2 iaitu anak2 or saudara2 patient, bila kita menolak cara baik, diaorg ok, diaorg respect kita...so tak cuba dah adjust2 kita...tapi yang agak tua ni susah sket...

Aku menolak cara baik, still tak paham2 dan masih menggatal lagi...


situasi 1 TIME  (kalau datang nak wat rawatan walau takpayah jumpa aku pun, selalu je suruh staff panggilkan aku kononnya ada kemusykilan nak ditanyakan..(setelah Si A dok puji aku tahap melangit)
Aku : Ya Pakcik nak tanya apa? (terpaksa gi jugak dan memaniskan muka)
Si A : Cuba kamu tengok kaki Pakcik ni
Aku : Owh tengok kaki, Ok je luka pakcik makin ok saya tengok.
Si A : Kamu ni baik la pakcik tengok, bersopan santun & suka senyum
Aku : Dah la pakcik, takyah puji saya lebih2...napa kaki bengkak ni?
Si A : Pakcik berjalan banyak, kalau la kamu kawin dengan pakcik kan senang ada orang jaga pakcik.
Aku : Takpe Pakcik nanti saya pesan kat Makcik (isteri dia) pasal jaga pakcik ya
Si A : Ala dia tak berapa pandai la jaga, kalau kamu jaga Pakcik mesti lagi OK.
(ish serius rasa nak record then play kat bini dia bagi dengar laki dia yg sakit ni dok menggatal)
tu time dia tengah sakit la, kaki tengah luka lagi, kena bantuan isteri lagi time tu pun masih tak sedar diri ke..geram aku bagi pihak isteri dia..


Situasi 2 TIME DAH BAIK LUKA (selalu call HP aku, kalau aku tak angkat, dia call ofis plak, terpaksa jugak cakap , then kalau tak wat dunno malas nak cakap, dia datang ofis plak)..time ni aku dah cakap kat dia "MINTA MAAF PAKCIK SAYA DAH ADA BF DAN INSYAALLAH DAH NAK KAWIN, Saya tak suka la pakcik dok cakap bukan2 dengan saya, saya respect pakcik sbgai orang yg lebih tua dari saya, kebetulan umur pakcik sebaya je dengan ayah saya, So jangan sampai respect untuk pakcik tu hilang "


Aku ingatkan lepas cakap camtu berenti la semua...tapi bila dia dtg...
Si A : Oo susah sungguh kamu nak angkat telefon ya...maklum la orang dah ada BF..Kaya ke BF kamu yang keje NAVY tu?
Aku : Insyaallah dia dapat tanggung saya & keluarga kami nanti Pakcik, Lagi satu tak payah la dok menghina2 keje BF saya tu Pakcik, sekurang2nya dia ada kerja yang mulia, berkhidmat untuk negara tu tau. (Dalam hati aku "hampeh tul pakcik ni")
Si A : Bukan apa selalu kalau kawin dengan orang yang lebih kurang sebaya, mesti hidup tak senang sangat sebab masing2 baru nak bina kerjaya. Kalau baya umur cam pakcik ni lain la, duit dah ada. Time gi meminang kamu pun mesti tak kena reject la...
Aku : Rezeki Allah sentiasa ada pakcik kalau kita usaha (mood malas nak layan, serius rasa cam nak cakap   "PAKCIK NAMPAK TAK PINTU BILIK SAYA TU? SILA KELUAR BOLEH?"
Si A : Kalau kamu kawin dengan Pakcik, mesti senang hidup, Pakcik bg Umah sebijik, keta MYVi 1, hantaran sebut je 
Aku :  Takpe la Pakcik, Alhamdulillah walaupun tak kawin dengan pakcik, saya dah beli pun umah sendiri, then kalau keta myvi tu pun tak jadi masalah untuk saya (tak niat nak berlagak, tp just nak bg dia sedar diri sket)
Si A :  Hmmm BF kamu tu ok ke? ntah2 dia dok kat sana tu dok ngorat org lain
Aku :  Sudah la Pakcik, Insyaallah saya lebih kenal BF saya, Pakcik jgn buat andaian macam2.


Kalau korang jadi aku...korang sakit hati tak? ada idea tak camna nak buat dengan Pakcik sorang ni...aku dah menolak cara baik ~ GAGAL...menolak cara sinis ~ GAGAL LAGI...menolak cara kasar ~ mak aku kata jangan, sebab kang dia sakit hati, pastu dia wat benda2 paranormal kat aku lagi susah kan?...


Terbaru Si A ni dok msg2 aku, cakap nak datang rumah, aku wat dunno ja...then aku dapat tau dari staff yg dia dok risik2 pasal aku kat diaorg. Sesapa ada idea camna nak buat dengan PAKCIK KURANG SEDAR DIRI NI..Sila tolong kemukan idea kat aku ya...im totally sick of this matter...
Serius rasa nak bertukar jadi Raksaksa je kalau jumpa
dengan Si A tu..

google picture


kepada Si A tu jangan ingat KAU kaya, ramai perempuan nak tergedik2 kat KAU ya..Ingat sikit rezeki ALLAH bagi tu untuk tanggung anak bini KAU bukan untuk KAU berlagak dan menggatal...ish KAU ni aku lesing jugak kang..
p/s : Dah bagitau Abang aku, Adik aku & Encik Cinta : diaorg cakap jangan layan, kalau lebih2 bgtau..(yg confiusnya tu kan...tu tak lebih2 lagi ke?)



27 June 2011

Isnin yang...

malas nak bangun

pagi ni hujan, rasa malas sangat nak bangun, 
nak bangun subuh lagi la mencabar, nasib baik berjaya melawan semua hasutan syaitan 
dan dpt bangun subuh jugak (mungkin hasil baca doa tido semalam ) :)
oleh sebab ni isnin, sejuk2 hujan tu pun kena mandi gak
kang ada yg dtg keje muka selebet plak
busuk tu tak la kot, skrg kat ada deadorant + perfume segala bagai
so mandi time sejuk2...jadinya terpaksa la mandi 
selama cam nak masak maggi je :p

petang hari ahad smlm mmg bengang tul dgn streamyx....line internet cam hampeh...
nama je wireless masuk dlm bilik pun takde connection, terpaksa dok kat living room...
tu pun line cam sipi2 je...ish bikin hati panas je
nak blogwalking pun takleh
nak berbalas kunjungan pun susah
entry yg sepatutnya petangnya version pun terpaksa
diupload malam tu pun kejap je boleh....
pastu dh takleh balik..
geram tul

aik mana gigi?
gmbr hasil google 

26 May 2011

BENGANGNYA

MARAH SUNGGUH NI!!!

Semalam semangat berkobar2 aku balik keje sebab nak balik tgk drama melayu kat youtube tajuk dia "DARI MATA ARISA" best tau cite ni...cite drama melayu kat TV1...tp ntah thn bila punya...yg aku tgk ni dh diupload dan telah disingkatkan sket maksudnya dh dibuang adegan2 yg panjang2 dan tak penting (tu kata uploader tu la)

then tgh dok tgk2 tu...aku teringat dh lama tak tgk email yahoo...so bukak la..pastu ada email dari DHL..aku pun heran gak email apa ni...email tu ckp ada delivery utk aku...aku pun dengan perasan cam ada org nak sent brg kat aku click la email tu...alih2 laptop aku kena virus...abih semua file dalam laptop tu..virus tu serang C...abih semua tau...waaa habih semua...dh la haritu pc kat opis kena curi ni laptop kat umah plak kena virus..jadi apa je file yg tinggal kat aku?? takdak apa tau cuba yg dok dlm pendrive yg tak dicuri haritu ja...uuwwaaa sedih wooo ...rasa sangat marah (kena isthifar banyak2)


pastu aku pun ngadu kat adik aku....mintak tolong dia...dia dgn muka selamba lepas bersusah payah godek2 laptop aku tu...
adik aku: dah takleh nak wat apa dah
aku :alamak camna ni, ish marahnya abih semua file
adik aku: tu la sapa suruh bukak emel tu, kan dh kena
aku : (diam ja malas nak kata apa sebab sakit hati + rasa nak cepuk orang)
adik aku: nanti kita format laptop tu ya
aku: (diam lagi sebab merajuk) aku pun tak aku merajuk dgn adik aku ke @ mangkuk yg wat virus @ yg sent virus @merajuk dgn kebodohan diri yg pi bukak email tu...

aku rasa camni la situasi waktu adik aku cakap " tu la sapa suruh bukak emel tu..kan dah kena"
*gambar2 credit to : Mr Encik Google