Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

13 September 2011

Malam kelmarin aku mimpi daa

Ni baru teringat nak cite pasal ni...malam kelmarin aku masuk tido lambat jugak la lepas kuar gi hantar Encik Cinta balik ke penginapan sementara dia di KL iaitu di Duta Vista Executive Suite, lepas dia telah mengsurprisekan aku seperti entry ni :).  Mengikut katanya stay situ best dan sesuai ditumpangi / diduduki sementara oleh sesapa yg datang ke KL secara berkeluarga. Tu apa yg dia kata la...cam ada talent nak jadi Duta kepada Duta Vista tu la plak dia ni...hehehe Dia stay situ 1 rumah dengan 6 lagi rakan2 sekerjanya yg masing2 kena datang ke KL untuk sambutan Merdeka 16 September ni.

Lepas sent Encik Cinta balik tu, abang aku drive, adik aku a.k.a pemandu pelancong..makanya aku ialah lady boss mesti la kat belakang kan..sempat layan mengantuk ya...pastu bila sampai je umah...aku terus lakukan rutin sebelum tido dan terus loncat la ke katil.  

Then aku mimpi yg aku tgh kat mana ntah ...rasanya umah aku kat kg tapi lain sket panoramanya, pastu aku dukung Budak Handsome Ni...pastu ada nampak helikopter tentera terbang rendah 2 ke 3 biji ntah...pastu ada jet peribadi 1 (tapi tak nampak sapa kat dalam tu)..Then ada 1 jet peribadi lagi satu  yg terbang sangat rendah sampaikan aku boleh nampak kat dalamnya ialah PM Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak...dia pakai baju melayu kaler pink gitu...dia melambaikan kat aku & anak buah yg aku dukung tu...lepas tu orang lain pun ramai2 datang join kami lambai2 kat PM kita tu jugak....yg tu je mimpi yg aku ingat utk malam tu...

Tapi apa yg aku dapat pikir lepas dpt tau yg mimpi kadang2 kesan kita terbawa2 perasaan or apa yg kita dengar or buat sebelum tu ialah:
1. Aku rindu sangat anak buah aku..~ yg selalu tanya "Nyah bila nak balik lagi?" :(
2. Terpengaruh dgn cite yg Encik Cinta dok cite kat adik & abang aku pasal perarakkan kemerdekaan 16 september ni. ~ yg menjadi sebab dia dtg sini dari Lumut..:)

Tapi yang tetiba termimpi PM Malaysia pakai baju melayu color pink tu plak aku tak dpt cari puncanya, sebab sebelum tido tu takde la plak aku pikir pasal tu...hehehe

Haa heli camni la lebih kurang dalam mimpi tu...
google picture

p/s : haa itu la mimpi aku, apakah makna mimpi tu ..boleh tak sesapa yg rajin tolong pikir dan bagitau aku...



24 August 2011

Rindunya dengan budak ini


suka dia kalau dibawa berjalan2 walaupun hanya di tepi bendang :)
Budak mana?
Ini budak cerdik ni
Ini budak yang banyak cakap ni
Ini yang suka tiru iklan video clip ni
Ini budak yang tak percaya bila orang betulkan sebutan dia
Ini budak yang suka tiru pengacara rancangan dengan sebut "Ya anda menang seribu seringgit" sudah puas mama & tok dia cakap "seribu ringgit la" tapi masih juga dengan seribu seringgit 
Ini budak yang suka berlakon yang dia mengantuk kalau takmo cakap tepon
Ini budak yang suka sembahyang ni
Ini budak yang suka baca Al-Quran
Ini budak yang suka main game ni
Ini budak yang sangat berterus terang ni
Ini budak yang suka menyanyi dengan tempo dia sendiri ni
Ini budak yang cita-citanya nak jadi Imam Muda
Ini budak yang manja sangat ni
Ini budak yang 2 hari lepas menyanyi "oooo balik kampung , hati riang" 15 kali kat tepon time ckp dgn aku
Rindunya dengan kamu DANI
Daniel Gibran nanti lagi 3 hari kita jumpa ya sayang :)

suka betul buat muka pelik2 time nak amik gambar dia :)

malu2 plak time orang nak snap gambar dia :)



ni la budak yang ku rindu tu...ni time dia berangan jadi
THE DERRIO THE FARMER IN THE DELL
(lagu favourite dia, then kalau pakai camni dia akan cakap "ini Derrio famer  d dell")
 
*** Rindunya dengan anak buah aku yang sorang ni....






21 July 2011

Bila rindu datang...

Rindu bertandang lagi
Entah kali keberapa tak kuasa lagi ku menghitung
Tiap kali rindu menyapa
Wajah mu pasti dibias dimataku

Jarak antara kita
Sering melahirkan rindu
Kotak fikiran ini sering memikirkan mu
Mungkin ini yang dinamakan rindu
Tak cinta lah kalau tak rindu

Telinga ini acap kali bagai terdengar2 suaramu
Selalu jua percakapan mu ternyiang nyiang di telingaku
Semuanya bagai diimbas kembali
satu persatu pancaindera mengenangkanmu

Oh Cinta ingin ku khabarkan padamu
Walau kini kita jauh beratus batu
Namun hatiku kekal padamu
Ku merinduimu setiap waktu

Setia kita bersama seriring waktu berputar
Menunggu hari tibanya
Saat hubungan kita dihalalkan 
Pasti bahagia akan menjelma


p/s : mood dah sebulan lebih tak dapat jumpa, masing2 memenuhi tuntutan keje...

07 July 2011

Dahaga Kehausan

Mengharapkan Hujan


Saat aku merindukanmu
Kurasakan bagai menantikan hujan tika panas terik
Rintik hujan tidak kunjung tiba
Malah panas makin membahang
Terus ianya membakar
Sedutlah air duhai matahari
Moga bakal terjadinya hujan

Langit semakin mendung
Keriangan mengharapkan hujan
Namun datang angin membawa mendung
Berlalu hujan makin jauh
Pasrah rintik hujan belum jua bertandang

Sejenak guruh berbunyi
Tidak ketinggalan kilat menyabung
Hati tidak berharap lagi pada rintik hujan
Semakin kuat guruh dan kilat
Terus galak hati berharap
Penat otak pesan pada hati
Bahawa hujan mungkin tak turun

Bermula dengan renyai
Awan mulai muntahkan hujan
Bersyukur diri kepada Allah
Akhirnya datang jua rintik hujan yang ditunggu  
Basah kuyup kesejukkan sebab lebat hujan
Namun masih berharap akan 
Ada lagi hujan 

ditype dengan penuh perasaan oleh iyan shazlind :)

please la hujan..please..please
gambar google



22 June 2011

sepenuh jiwa

Merindui Kamu..iya KAMU LAH :)

merindui itu kadang indah
berjauhan membuat hati sentiasa merindui
bila sesekali berjumpa pasti kurang sengketa
bila dipisahkan jarak
pasti hati akan selalu teringat
perbalahan kecil dianggap enteng
kerna sesekali bersua
hanya cinta yg ingin disemi
mana mungkin ada masa mengungkit sengketa
owh indah percintaan jarak jauh

hari hari rindu kamu....
picture credit 2 google

namun sakitnya berjauhan
merindui hingga rasa pedih dihati
hanya dia diingatan
perlu meyakinkan kesetiaan masing-masing
waktu berlalu dgn perasaan tertanya apa yg dia lakukan skrg
adakah dia juga mengingatku seperti aku mengingat dia
adakah dia juga kalis cubaan didekati insan lain
seperti aku yg sentiasa mengkaliskan diriku

Jika Allah menentukan kita bersama
ku berjanji akan berusaha membahagiakan kamu
mencintaimu sepenuh hati selamanya sedetik lebih
Jika Allah mengizinkan ku jadi milikmu
pastinya hatiku secara total hak kamu
hak milik kekal kamu
cinta kamu mekar bersama aku
percayalah kamu kekasih ku seorang

 I MISS YOU MORE THAN WORDS CAN SAY!!!


p/s : mood jiwang dikala malam sambil menaip sambil dgr lagu kat blog ummi ikha ...owh layannnn :)

27 May 2011

merindui

merinduimu selalu

Biar rindu asalkan tak buat kau jemu
Biar kasih asalkan tak buat kau bersedih
Biar cinta asalkan tak buat kau terseksa
Biar sayang asalkan tak hilang
Biar berjauhan asalkan hati KITA tak berubah

rindu

Mak & Ayah

     smlm episod drama "dari mata Arisa" yg aku dok tgk skrg ni..sampai kat episod ayah si arisa ni meninggal dalam tido...sedih woo...nangis2 aku tgk scene tu...terus teringat kat mak & ayah kat kampung...aku kalau cite cinta susah sket la nak nangis kecuali time tu tgh sedih jugak...tp kalau cite pasal mak&ayah tak kisah la baca artikel ke buku ke, tgk movie ke drama ke...memang air mata aku murah je nak keluar...
      aku mmg selalu rindu dekat mak&ayah...aku rasa orang lain pun sama...bila selalu kita teringat mak&ayah maksud aku time yg paling2 teringat la...kalau aku paling sangat2 aku teringat ialah bila ada masalah apa2...kalau boleh time tu jugak nak dok sebelah mak&ayah nak cite semua...nak ngadu semua, nak dgr mak&ayah pujuk aku...
     Dari umur 13 thn dah masuk asrama...walaupun dari umur tu dah diajar berdikari dan tinggal jauh dari mak&ayah tp aku masih cari mak&ayah kalau ada berita gembira, ada berita sedih dan segala berita2...benda wajib yg aku wat setiap hari ialah call mak or ayah setiap hari...kena wat tu...kalau tak hidup sehari rasa tak lengkap je tau...kalau boyfriend boleh kita call setiap hari, mak&ayah pun kena call setiap hari la kan :)