Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

26 February 2012

Yang...Itu....

Yang Singkat Itu WAKTU.

Yang Menipu Itu DUNIA.

Yang Dekat Itu KEMATIAN.

Yang Besar Itu HAWA NAFSU.

Yang Berat Itu AMANAH.

Yang Mudah Itu BUAT DOSA.

19 September 2011

Camna nak menolak lagi ni?

Bila korang baca entry ni jangan ingat aku Bajet Hot plak tau. Sebab aku sedar siapa diri ini...:) Ini antara masalahnya..ni baru pasal Si A..ada Si B and Si C jugak nanti aku cite di next entry. 

Camni ceritanya, keje aku ni memang selalu la jumpa pesakit2 yang baya umur ayah aku or yang lebih tua dari ayah aku. Dah nama pun pesakit a.k.a customer mestila aku kena layan semua diaorg baik2 kan.

Kalau yang makcik2 or nenek tu ok la, abih sangat kita layan diaorg baik2, then diaorg pun berkenan then kata nak amik kita wat menantu la. 
Then kalau pakcik2 or atuk2 yg ok pun sama la nak amik wat menantu. Tapi yang sangat tak OK nya. Ada pakcik2 yg ala2 gatal a.k.a miang tahap tak ingat tu. Ada ke dok adjust2 aku untuk diri sendiri, serius itu memang aku rasa nak lempang & lesing jugak kang spesis ni... 
Kalau yang muda2 iaitu anak2 or saudara2 patient, bila kita menolak cara baik, diaorg ok, diaorg respect kita...so tak cuba dah adjust2 kita...tapi yang agak tua ni susah sket...

Aku menolak cara baik, still tak paham2 dan masih menggatal lagi...


situasi 1 TIME  (kalau datang nak wat rawatan walau takpayah jumpa aku pun, selalu je suruh staff panggilkan aku kononnya ada kemusykilan nak ditanyakan..(setelah Si A dok puji aku tahap melangit)
Aku : Ya Pakcik nak tanya apa? (terpaksa gi jugak dan memaniskan muka)
Si A : Cuba kamu tengok kaki Pakcik ni
Aku : Owh tengok kaki, Ok je luka pakcik makin ok saya tengok.
Si A : Kamu ni baik la pakcik tengok, bersopan santun & suka senyum
Aku : Dah la pakcik, takyah puji saya lebih2...napa kaki bengkak ni?
Si A : Pakcik berjalan banyak, kalau la kamu kawin dengan pakcik kan senang ada orang jaga pakcik.
Aku : Takpe Pakcik nanti saya pesan kat Makcik (isteri dia) pasal jaga pakcik ya
Si A : Ala dia tak berapa pandai la jaga, kalau kamu jaga Pakcik mesti lagi OK.
(ish serius rasa nak record then play kat bini dia bagi dengar laki dia yg sakit ni dok menggatal)
tu time dia tengah sakit la, kaki tengah luka lagi, kena bantuan isteri lagi time tu pun masih tak sedar diri ke..geram aku bagi pihak isteri dia..


Situasi 2 TIME DAH BAIK LUKA (selalu call HP aku, kalau aku tak angkat, dia call ofis plak, terpaksa jugak cakap , then kalau tak wat dunno malas nak cakap, dia datang ofis plak)..time ni aku dah cakap kat dia "MINTA MAAF PAKCIK SAYA DAH ADA BF DAN INSYAALLAH DAH NAK KAWIN, Saya tak suka la pakcik dok cakap bukan2 dengan saya, saya respect pakcik sbgai orang yg lebih tua dari saya, kebetulan umur pakcik sebaya je dengan ayah saya, So jangan sampai respect untuk pakcik tu hilang "


Aku ingatkan lepas cakap camtu berenti la semua...tapi bila dia dtg...
Si A : Oo susah sungguh kamu nak angkat telefon ya...maklum la orang dah ada BF..Kaya ke BF kamu yang keje NAVY tu?
Aku : Insyaallah dia dapat tanggung saya & keluarga kami nanti Pakcik, Lagi satu tak payah la dok menghina2 keje BF saya tu Pakcik, sekurang2nya dia ada kerja yang mulia, berkhidmat untuk negara tu tau. (Dalam hati aku "hampeh tul pakcik ni")
Si A : Bukan apa selalu kalau kawin dengan orang yang lebih kurang sebaya, mesti hidup tak senang sangat sebab masing2 baru nak bina kerjaya. Kalau baya umur cam pakcik ni lain la, duit dah ada. Time gi meminang kamu pun mesti tak kena reject la...
Aku : Rezeki Allah sentiasa ada pakcik kalau kita usaha (mood malas nak layan, serius rasa cam nak cakap   "PAKCIK NAMPAK TAK PINTU BILIK SAYA TU? SILA KELUAR BOLEH?"
Si A : Kalau kamu kawin dengan Pakcik, mesti senang hidup, Pakcik bg Umah sebijik, keta MYVi 1, hantaran sebut je 
Aku :  Takpe la Pakcik, Alhamdulillah walaupun tak kawin dengan pakcik, saya dah beli pun umah sendiri, then kalau keta myvi tu pun tak jadi masalah untuk saya (tak niat nak berlagak, tp just nak bg dia sedar diri sket)
Si A :  Hmmm BF kamu tu ok ke? ntah2 dia dok kat sana tu dok ngorat org lain
Aku :  Sudah la Pakcik, Insyaallah saya lebih kenal BF saya, Pakcik jgn buat andaian macam2.


Kalau korang jadi aku...korang sakit hati tak? ada idea tak camna nak buat dengan Pakcik sorang ni...aku dah menolak cara baik ~ GAGAL...menolak cara sinis ~ GAGAL LAGI...menolak cara kasar ~ mak aku kata jangan, sebab kang dia sakit hati, pastu dia wat benda2 paranormal kat aku lagi susah kan?...


Terbaru Si A ni dok msg2 aku, cakap nak datang rumah, aku wat dunno ja...then aku dapat tau dari staff yg dia dok risik2 pasal aku kat diaorg. Sesapa ada idea camna nak buat dengan PAKCIK KURANG SEDAR DIRI NI..Sila tolong kemukan idea kat aku ya...im totally sick of this matter...
Serius rasa nak bertukar jadi Raksaksa je kalau jumpa
dengan Si A tu..

google picture


kepada Si A tu jangan ingat KAU kaya, ramai perempuan nak tergedik2 kat KAU ya..Ingat sikit rezeki ALLAH bagi tu untuk tanggung anak bini KAU bukan untuk KAU berlagak dan menggatal...ish KAU ni aku lesing jugak kang..
p/s : Dah bagitau Abang aku, Adik aku & Encik Cinta : diaorg cakap jangan layan, kalau lebih2 bgtau..(yg confiusnya tu kan...tu tak lebih2 lagi ke?)



28 July 2011

Banyak Sangat Pikirnya



Petang semalam time balik dari keja, sampai je kat umah aku berusaha nak buka padlock grill pintu tu tapi tak boleh. Puas aku dok berusaha tapi tak boleh jugak, heran sungguh aku nape plak takleh bukak...Tapi lepas tu baru sedar aku guna kunci lain memang la tak boleh dibuka, patutla, kalau camtu sampai ke pagi esok pun belum tentu padlock tu terbuka..apa la aku ni

Pastu balik tu mandi2 lepas tu terus memasak sebab aku lapar then aku tengok adik aku pun cam lapar je, makan malam kami ialah selepas maghrib, dah biasa camtu. Jadi lepas balik keja, memang aku akan masak terus la. Aku cadang nak broccoli oyster sauce, dah potong bawang putih banyak2...pastu lepas menumis tu time nak masukkan broccoli tu baru aku perasaan, nape plak aku pi potong carrot plak ni. La camna boleh silap ni. Terpaksa slowkan api tehn cepat2 potong broccoli. Nape la dengan aku ni kan carrot & broccoli tu dah la warna sikit punya beza, tekstur dan rupa lagi la beza, nape aku boleh tak sedar.

Lepas tu aku sedar satu benda, aku pikir banyak sekarang, sampai kadang2 aku hilang tumpuan. Masalah tu memang menghimpit jiwa dan minda la. Berharap sangat semuanya akan berakhir dengan kesudahan yang baik. Ya Allah ampunkan dosaku, ampun dosa kedua mak& ayahku, ampunkan dosa semua insan yang menyayangiku, ampun dosa semua kawan2ku,  aku memohon Ya Allah agar kau tenangkanlah kami semua dalam menghadapi ujian dariMU, aku juga berdoa agar kau berikanlah hidayah kepada kami semua juga kepada pihak2 yang sering berbuat masalah kepada orang lain, agar mereka sedar yang mana baik dan buruk. Amin Ya Rahman Amin Ya Rahim.

HADAPI DENGAN SENYUMAN 
-Dewa 19-
Lagu ini aku dok asyik dengar je dari tadi 


11 July 2011

Aku VS Ridsect??

Aku dah confius la, ridsect tu digunakan untuk spray serangga perosak kan...maksudnya untuk nyamuk, lipas, semut ataupun apa2 binatang yang takde kat zoo la kan. Tapi masalahnya aku ni sebagai manusia pun akan di effect sekali kalau ada org spray ridsect banyak2.

Macam kes pagi ni, aku datang office dengan semangat yang berkobar-kobar nak bekerja (ayat orang rajin) hehehe....baru je nak langkah masuk office tetiba aku terbaru ridsect yang melampau-lampau tahapnya...pastu aku tanya staff, "nape awak spray banyak sangat ni?" (dengan muka sedikit tak puashati) :p...dia dengan muka selamba "nyamuk banyak sangatla"

Ye ke banyak nyamuk kat office tu...selama ni aku tak rasa camtu pun, selalu dia je bersungut ada banyak nyamuk...orang lain and aku tak rasa camtu pun. Confius weh samaada mmg banyak nyamuk then orang yang lain2 hilang deria rasa yela tak gatal2 walaupun digigit...ataupun nyamuk fantasi or imaginasi yang wujud dalam otak staff yang sorang tu je...tak ke pelik kalau dia sorang je yang rasa kehadiran nyamuk...

Aku dah la akan ada problem dengan hidung aku kalau terbau banyak sangat ridsect, boleh jadi selsema sepanjang hari tau. Staff yang sorang tu, lepas spray ridsect banyak2 dia boleh je relax dok dalam office dengan pintu bertutup..owwh sangat bukan nyamuk dia...aku plak terpaksa menghabihkan masa sejam dok kat luar, berjemur dekat matahari cam ditepi pantai... tp ok gak dapat jugak vitamin D hari ni :)


**setiap rumah adalah disyorkan untuk ada sebotol ridsect, sebab ridsect ni kuat kesannya, kalau tetiba terjumpa ular ke , lebah ke, tikus ke ataupun apa2 pun binatang bahaya/berbisa sekitar rumah kita, spray je guna ridsect...memang berkesan..ini ada mamat JPA bgtau aku time diaorg datang hapuskan sarang tebuan yg besar kat area umah aku haritu ----pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas untuk anda oleh belog HIJAU DEDAUNAN hehehehe


---dah macam model Ridsect la plak aku ni ye---

pertandingan sapa boleh bunuh paling banyak nyamuk..:P
lawak je weh kang ada plak yg apply nak join..
sebab aku pun cam teringin gak nak join kalau betul2 ada contest cam ni :)
gambar  dari google

09 July 2011

Buat apa harini?

Lepas balik dari kenduri kawan aku...aku dok tengok tv1 tgh tengok apa perkembangan perhimpunan BERSIH 2.0...so aku pun tgk ni siaran langsung ni dahsyat gak keadaan kat sana....takut je aku tengok semoga Allah lindungi kita semua. 

Moga ni semua cepat2 tamat...jaga la keamanan negara...bila berkumpul ramai2 camtu, mesti akan jadi kacau bilau punya la...skrg aku tgk dah ada dah mamat yang pengsan haa kan dah kena masuk hospital..hmmmm dah2 la tu.  Aku nak gi mana2 pun takleh harini, kenduri kawan aku tu nasib baik kat tmn ibukota je..kalau tak mesti takleh nak gi....misi untuk reunion di kenduri kawan aku pun tak tercapai harini, ramai kawan2 yang tekleh nak datang sebab BERSIH 2.0...tensi aku weh
tensi aku yg pertama ialah tak dpt surprisekan Encik Cinta, yg aku cite kat sini , punah harapanku untuk bercanda dipasiran pantai teluk batik weekend ni. Dalam keadaan skrg Encik Cinta kena standby. Moga-moga takde yg buruk terjadi, biarlah yg ni cepat berakhir.

Then ada sorang mamat ni tadi kat siaran langsung ni aku tgk, siap dok merangkak2 kat atas jalan, siap buat gaya2 cam silat + yoga lagi, then yg tak tahan tu siap merangkak2 then buat gaya anjing kencing, ish tolong la bertindak cam bertamadun sket...kata nak wat  secara aman kan? so takyah la kot dok provok FRU & Polis tu...satgi kena tembak dgn air + gas pemedih mata... marah pulak...






Naluri Keibuan Menebal

Kes Budak Hilang

      Tadi aku ke Giant nak cari hadiah untuk kawan aku yang kawin esok. Aku gi Giant dengan cousin aku, then punya la lama aku tunggu cousin aku tu kat area towel tu, dia gi mana ntah. Rupanya aku sebab kenapa ALLAH takdirkan aku kena tunggu lama kat situ, rupa ALLAH nak jumpakan aku dengan budak kecik ni.

     Tengah2 tunggu tu aku terdengar budak nangis kuat, then aku tengok ada budak kecik pakai baju hijau dalam umur 2 thn lebih tengah nangis2. Memula aku biar je la ingatkan dia dengan Mak dia, then tak berenti gak nangisnya malah makin kuat, so aku pun membusykan diri tanya orang kat situ "anak sapa tu" then orang2 kat situ cakap "ntah".

     Then setelah memastikan betul2 yg dia terpisah dari ayah &mak dia. Oleh sebab orang lain hanya tengok, aku pun kejar dia dan dukung dia sebab aku takut dia keluar dari pintu Giant tu kang lagi susah mak dia nak jumpa dia. Memula dia taknak aku dukung dia, tapi aku jugak secara paksa. Pastu aku bawak budak comel tu gi jumpa Pak Guard kat pintu Giant, tp hampagas tul la Guard tu, aku cakap bahasa melayu tak paham aku cakap English pun dia tak paham, ish rasa nak lempang je Mamat Guard tu tau. Hishh apa pun tak boleh.

        Sepanjang aku dukung budak comel tu, dia nangis kuat sangat sambil aku bawak2 dia jalan2 kat area situ, mana tau tetiba jumpa mak dia. Oleh sebab high volume dia nangis, semua orang tengok2 aku dengan pandangan "apa la mama budak ni, tak bagi anak dia beli mainan la tu" tu aku agak dalam imaginasi aku la...:)

       Pastu aku jumpa Giant's staff inform diaorg, sementara tunggu staff yg betul2 bertanggungjawab untuk case budak hilang ni datang. Aku dukung dia sambil pujuk2 dia, kesian woo dia nangis lama2 letih tu. Then aku pujuk dia "adik datang sini dengan mama ke?" dia angguk ...then aku tanya lagi " papa datang?" dia cakap "Ya"..pastu aku cakap "adik jangan nangis ye nanti aunty bawak jumpa mama ya" (sambil aku lap airmata dia)...aku plak rasa sedih, owh naluri keibuan aku sangat menebal rupanya. Aku sampai terpikir untuk ada dengan dia sampai mak dia datang sebab time staff Giant nak amik dia tadi, dia peluk aku kuat2 takmau kat staff Giant tu.

        Dia kejap nangis kejap diam, tapi memang teresak2 la dia. Pastu tetiba aku dapat idea "dah dah berenti nangis ye, kalau berenti nangis aunty belikan coklat ok?" lepas aku bagi dia coklat dia pun ok sket, lebih relax  sket dari tadi. Tapi dia memang peluk aku sentiasa, maybe dia rasa selamat dengan aku. Then tetiba, ada sorang perempuan berjubah datang ke arah aku, ambil budak tu dari aku sambil cium2 budak comel tu, rupanya tu la mak budak yang aku cari2 tadi. Setelah sesi berterima kasih yang banyak kali selesai. Aku pun terus menyambung untuk bershopping, tapi aku dah lupa la plak apa yang aku nak beli. Aku ingat sikit je, yg lain2 aku lupa.

         Mengikut cite mak kepada budak comel tadi, dia tengah nak beratur kat kaunter then budak comel tu dok main sembunyi dengan kakak dia yg aku agak mungkin umur 4 or 5 yrs. Then dia kata tetiba sedar2 budak comel tu hilang dah. Kaunter yang dia maksudkan tu hujung sebelah kanan tau, maksudnya budak comel tu dah pusing satu Giant tu cari mak dia. Sian budak comel, patutla sampai letih menangis. 

        Pengajaran, kalau si shopping sila bawak stroller letak anak kat dalam tu senang, kalau susah2 letak je anak dalam troli pastu sorong, takde la anak2 nak hilang. Nasib baik jumpa kat aku, kalau jumpa kat orang jahat, diculiknya budak tu, haaa nanti mula la masuk newspaper kes budak hilang. Tak pasal2 terinaya budak tu tau...ish rasa nak marah la plak, tolonglah jangan lalai kalau bawak anak2 shopping. 

03 July 2011

mencari yang pasti

masih tercari-cari

manusia itu terus tercari-cari
masih terus mencari apa yang dihajati
manusia itu kadang sanggup melupa prinsip
hanya untuk memastikan mendapat apa yang dicari
kadang manusia itu terbabas sendiri
dalam mengejar yang tak pasti
kadang manusia itu tidak puas
dengan apa yang dia dapat
terus mencari, dan mencari lagi
sampai ke penghujungnya 
manusia itu sendiri tak memahami 
apa yang dicari selama hidupnya 
baru manusia itu akan sedar 
sedar dengan kealpaan diri
sedar kadang matanya salah menilai
sedar kadang rasa hatinya yang pelbagai
yang hampir membinasakan dirinya sendiri
mencari sesuatu yg tak pasti umpama kucing mengidam ikan di dalam kolam...
sebelum dapat ikan, kucing perlu basah kuyup dulu..
namun selepas basah kuyup dan kesejukkan itu belum menjadi jaminan kucing dapat ikan...
gambar google