Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

25 November 2011

Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah

Esok berakhirnya thn 1433 hijrah ..Ahad ni kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Aku kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang esok (sabtu, 26 Nov 2011). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini, dan semoga segala usaha kita semua akan membuatkan cita-cita kita semua akan tercapai Amin…


Doa Akhir tahun 
(dibaca lepas waktu asar ataupun sebelum maghrib) (baca 3 kali )


Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan semoga dalam tahun yang akan ditinggalkan itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.






Doa Awal Tahun

Baca selepas solat maghrib atau pun sesudahnya. baca 3 kali
Dengan doa ini kita sebagai Mukmin memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.



Salam MAAL HIjRAH 1433 semua sahabat...

Semoga kita semua akan menjadi hamba Allah yang lebih 

baik dari tahun yg lepas2 :)

21 August 2011

Doa mohon agar Allah kembalikan barang/orang yang hilang, lari dari rumah


Harini pagi-pagi lagi mak aku called...kul 10 kalau hari ahad kira pagi2 la tu kan (ni ayat yg aku cakap kat mak aku bila mak aku cakap "cuba tengok jam inda kul brapa" ...hehehe
Ok kenalan keluarga kami ada masalah dengan anak perempuan dia so mak aku mintak aku sama2 tolong pikirkan camna nak settlekan masalah anak perempuan dia....so google punya google aku terjumpa la yg ni...so terus called mak aku bagitau yg ni...then terpikir nak share dengan semua, kot2 boleh membantu sesapa nanti.  



Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan
Barang Hilang
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu
ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon
kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon  agar Allah SWT mengembalikan
semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan
bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang
hilang atau dicuri.


(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


Ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barang barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah
pemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling
mengasihani daripada segala yang mengasihani.


(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut
kaedah seperti berikut;




Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang 


a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan
Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah
supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang,
kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.


b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama,
berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai
mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali
di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan
Yaasin daripada mula.


c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan
ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik
membaca Yaasin daripada mula.


d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah
balik membaca Yaasin daripada mula.


e. Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian
patah balik membaca Yaasin daripada mula.


f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69).
Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.


g. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di
mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam
dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan
bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.


h. Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28
kali.


(4) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan
ini selama tiga malam berturut-turut


****untuk dapatkan lebih details lagi maklumat click sini dan download pdf file tu  

gambar google

13 July 2011

Kerisauan...

Encik Cinta..Get Well Soon...please 

Keserabutan minda ku telah membuatkan aku sedikit terlalai, aku cuma sms Encik Cinta, tak call pun. Owh aku ada call tapi bila dia tak angkat, aku ingat dia sibuk...then bila no respon, aku lalai plak nak call lagi...sebab masalah yang datang tu buatkan minda ku sedikit celaru...Maafkan diri ini ya Encik Cinta...saya sayang awak 

Then semalam baru dapat cakap dengan Encik Cinta...1st time dengar suara dia, aku ingat aku salah dial nombor...rupanya dia tak sehat...alahai sian Encik Cinta, dia sakit tekak...risau tau...last dia sakit tekak 4 bulan lepas..tak dpt makan, sampai pitam2 tau...mungkinkah dia ada masalah tonsil...tp semalam dia kata doctor ckp ok...hmmm risaunya aku dengan Encik Cinta...seriously sgt risau ...

tapi bila teringat kata-kata kat blog seorang sahabat... hati rasa sedikit terubat. Doa aku dari jauh semoga ALLAH sentiasa melindungi Encik Cinta dan semoga Encik Cinta cepat sehat dan bertambah sehat. 

Sar, ni lind pinjam kata2 kat blog sar 
kebimbangan kepada orang yang tersayang yang berada jauh dari depan mata.

"Allah tu kan Maha Melindung dan juga hanya Dia yang mampu mengawal sekalian alam. Kenapa kita harus memberi kebimbangan akan keselamatan orang tersayang itu sedangkan Dia Maha melindung. Apa yang boleh kita buat adalah, sentiasa mencari keredhaan dariNya agar keredhaanNya akan turut sama tertumpah kepada orang yang kita sayang tu walaupun dia jauh dari kita. InsyaAllah dia akan sentiasa dalam perlindungan..." :)



24 June 2011

Hanya Allah yg tahu

ku yakin itu

        setiap apa yg terjadi dalam hidup kita pastinya telah tertulis oleh Allah. bila ditimpa masalah kadang hati kecil yg masih banyak cahaya keimanan perlu ditambah ni, kerap berasa gundah memikirkan penyelesaian masalah yg masih samar ni...fahami yg samar itu bukan masalah, kerna masalah itu ternyata sangat terang & jelas untuk dilihat & dirasa, yg samar ialah penyelesaiannya.

          kadang pemilik hati kecil sering bertanya pada diri, apa salahku jadi begini...namun kerap pemilik hati ini beristighfar kerana bertanya begini...mengapa perlu bertanya begitu kerana sebagai pemilik hati yg tahap keimanan perlu ditambah, pasti pemilik hati ini kerap melakukan salah kepada Allah, salah kepada sesama insan... pemilik hati ni bukan maksum. Jadi mana mungkin soalan begini ditanyakan, pastinya pemilik hati ini tidak layak bertanya sedemikian

          Hanya Allah yg tahu apa yg ada didalam sanubari pemilik hati ini....pemilik hati ini menangis mengadu padaMU Ya Allah...pemilik hati ini sering memohon agar Allah mengampunkan segala dosa pemilik hati ini, dosa kedua ibu bapanya, dan semua insan2 yg pemilik hati ini sayang Ya Allah...Ya Allah tambahkanlah cahaya keimanan dihati pemilik hati ini....Ya Allah berilah ketenangan  kepada pemilik hati ini menghadapi segala macam dugaan...Ya Allah anugerahkan lah kelapangan fikiran untuk pemilik hati ini berfikir jalan keluar dari masalah yang menimpa...Amin Ya Allah

Hanya Allah tempat mengadu....
picture credit 2 google

27 May 2011

Doa

Doa bersama 

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Ya Allah Tuhan kami,
jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau,
dan jadikanlah diantara anak cucu kami umat yang tunduk dan patuh kepada Engkau,
dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan jalan untuk menuju ke arah yang Engkau redhai,
terimalah taubat kami Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Menerima Taubat dan Maha Penyayang
Amin Ya Rahman Amin Ya Rahim"


gambar credit to : google

14 May 2011

ingatan

Aku Yang Bersalah

Duhai Allah
banyak dosa yg telah ku lakukan
banyak perintahMU yg ku abaikan
banyak kali aku ingkari janjiku padaMU
banyak kali kadang aku lupa padaMU
banyak kali aku lakukan semula apa salahku
banyak kali keinsafanku tak panjang
banyak kali aku leka dgn urusan dunia
banyak kali imanku yg goyah
banyak kali kadang aku tersasar dari jalanMU
banyak kali aku alpa dgn benda yg sementara

Duhai Allah
Ya Ghaffar, ampuni aku Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim, kasihani aku Ya Allah
Ya Salam, berikan kesejahteraan kpd aku Ya Allah
Ya Muhaimin, jauhkan aku dari berbuat dosa Ya Allah
Ya  Razzaq , kurniakan aku rezeki yg berkat Ya Allah
Ya Fattah, berikan rahmatmu padaku Ya Allah
Ya Wadud, suburkanlah rasa cintaku padaMU Ya Allah
Ya Raqib, awasiku selalu Ya Allah dari berbuat dosa
Ya Muntakim, sesungguhnya aku takut pada siksaMU Ya Allah
Ya Wali, lindungi aku dari anasir jahat Ya Allah
Ya Hadi, berikan petunjuk kepadaku
Ya Tawwab, terima taubatku Ya Allah
Ya Samik, dengarlah luahan hati ini Ya Allah
Ya Samad, hanya padaMU aku meminta Ya Allah
Ya Qabul, kabulkan permohonanku Ya Allah