Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

25 August 2011

Berbuka ramai-ramai petang ni

 Harini kawan-kawan ajak berbuka puasa ramai2 kat rumah baru yang kami sewa untuk dijadikan spa dan treatment centre kami tu kat area Tasik Titiwangsa. Alhamdulillah baru je dapat kunci rumah tu kelmarin, so malam ni first time nak gi ramai-ramai kat situ bawak keluarga masing-masing. Insyaallah Pusat Rawatan & Spa tu akan dirasmikan pada awal bulan 10 ni. Semoga bisnes kami semakin maju dengan perpindahan ke tempat baru ni...Nanti time tu bolehla menjemput semua kawan2 blogger kat sini ke sana ya :)

Kalau ikut rasa & perasaan aku yang sekarang ni, serius rasa malas sangat nak join diaorang...sebabnya serius apa yang terjadi sekarang tu spoiled my mood untuk bersuka2 or gembira2. Tapi bila memikirkan no matter what happen life must go on kan...so aku kena berfikiran positif la, mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semua usaha telah dilakukan, lepas tu semuanya kita serahkan kepada ALLAH, ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.

So pikir punya pikir apa nak dibawak untuk petang ni, so aku buat dessert la, kek dah ditempah so aku buat dadih semalam. Bangun pagi tadi tengok semuannya dah jadi dalam fridge tu. Tapi dah masukkan serbuk tu dalam susu yang mendidih tu, tengok jadi warna pink2 keungguan la plak..setahu aku kalau dadih perisa burberry color purple. Then baru tengok bungkusan tu, ala aku terbeli dadih perisa blackcurrent la plak. So harap-harap sedap la jugak cam dadih burberry. Then yang blackcurrent ni cam manis sket, so aku dengan suka sukinya perah limau nipis sket dalam bancuhan tu nak kasi masam2 sket.

In the making ni....ini bukan susu lembu original la...
lagipun aku mana ada lembu nak diperah susunya..
cuma sekadar susu tin yang dibeli di KK Mart pada pukul 12:30 am je :)
Ni antara hasilnya...tengok tu kan color pink tu...ish2
Insyaallah petang ni balik dari keje, potong nenas & tembikai....so boleh la bertolak ke sana. Malam ni nak BBQ ramai2. 

24 August 2011

Resipi Cornflakes Berchoco Chocolate


Pelikkan nama biskut yg aku buat tu...tapi sukahati la kan nak letak nama apa sebab ni resipi aku reka sendiri hasil dari mengubahsuai resipi orang lain ikut selera aku sendiri.

Ini la resipi biskut yang entrynya bertajuk mak suruh buat biskut raya . Resipi ni sangat simple dan pasti boleh dibuat dengan senangnya. Pastu sedap plak tu...tak caya? tak caya ce korang buat :)

Bagi memenuhi permintaan Ummi kepada Ikha :)..kakakku ini resipi yg sy janji tu :)

Bahan-bahan:
Cornflakes 325gm
Coklat masakan 1 bar (lebih pun takpe)
Kacang Masin
Badam yang digoreng (Ini optional nak ltk boleh tak letak pun boleh)

Cara membuatnya:
1. pecah2kan sikit kacang dan badam tu, tapi jgn sampai hancur.
2. Kemudian cairkan coklat dan gaulkan cornflakes + kacang + badam
3. pastu gaulkan sampai semua tersalut dengan coklat
4. Kemudian masukkan kedalam cup biskut tu
5.Biarkan dalam suhu bilik sampai ianya keras
6. Dah siap dah..dah boleh isi dalam balang ya :)

***Tips bagi yang bakal buat biskut ni sorang2..coklat tu sila cairkan 1/2 bar dulu ya, kang tak sempat nak masukkan dalam cup-cup tu, adunan dah keras. So buat sket2 ya...All The Best, Selamat mencuba :)

Ini ialah hasilnya ya :)

Alamak kantoi..ye memang aku buat ni sambil tgk lakorn (cite thailand)
kat youtube ya..hehehe
Ni kalau di close up ya :)
Ni adalah hasilnya dah siap dipacking
 yang ni hasil utk 2 kali adunan resipi di atas ya :)