Showing posts with label kisah hidup. Show all posts
Showing posts with label kisah hidup. Show all posts

30 October 2012

Dugaan 2012 (3)

lepas tu bermula semua aktiviti yg terhad....dok kt katil je...bukan je breakfast at bed tau..abih smua lunch dinner pun semua di katil je...xmampu nak jln mkn kt dapur..sebab ada tisu kt lutut koyak...so try nk jln guna tongkat yg kt ketiak tu tp x boleh la plak...xselesa time nk jalan...adik aku ckp sebab aku pendek so xleh guna yg tu...poyo je tul mamat tu sempat kutuk aku :P

tongkat camni la...
google pic



susah tul time nk g toilet time tu, takkan asal nk g toilet nk panggil orang tolong pimpin je...so terpaksa guna walking frame la..rasa confident sket nk berjalan guna yg tu...xde la rasa licin cam nak jatuh...tp asal aku nk gi toilet je, dani (anak buah aku) mesti dia pun nyibuk2 nak tolong...time aku sakit, dia sangat baik dgn aku wpun time aku sehat elok kami asyik "bergaduh" je hehehe....time aku sakit asal balik dari tadika je, mesti masuk bilik aku dulu and tanya "harini nyah dah lega ke?" ..then mesti beriya nak tengok luka kt dagu aku tu smbil cakap "awat nyah langgar lori? "...."luka tu doctor jahit guna jarum ke?" tu ayat faveret dia time aku sakit tu...syukur sepanjang aku sakit semua orang2 yang aku sayang sentiasa disisi, wpun ada yg tak dapat berada disisi aku tak putus2 menerima kata2 semangat dari mereka..:)

haa ni la kenderaan aku time sakit tu..:P
google image



Masa nak jadi sekejap je...tp time nak sembuh lambat je....teringat kata2 sorang Ex patient kt tmpt keje dulu..."penyakit atau sakit datang cam kilat, untuk sembuh sakit tu pergi macam semut je" ..sejak accident aku la pengunjung aka pelawat setia dental...asyik2 berdating dgn dentist je hehehe...makan pun bubur je selama 3 weeks lebih sebab nk buka mulut pun xleh...asyik disarankan soft diet je oleh doc...bosan tau...tp bila aku complaint pasal tu kt mak aku ...mak aku akan cakap "boleh mkn camtu pun kena bersyukur, ada yg terpaksa mkn ikut tiub je"...ok bila dengar tu i stop to complaint that...insaf :(


Banyak appoinment doc yg aku nk kena gi....now lepas sebulan lebih...aku dah bleh jalan tanpa walking frame...walaupun cara jalan masih control2 ala2 model gitu....masih capik2...namun Alhamdulillah Allah bagi aku kesembuhan..:)

Ada yg tanya aku, apa yg aku tbayang time accident tu...so sebenarnya, time nampak lorry tu, lorry dah dekat sangat dan mmg dah tau akan langgar lorry tu walaupun berusaha membrek...aku cuma ingat itu la saat2 terakhir dalam hidup aku...hanya mampu menyebut Allah...sampai skrg bunyi hentakkan time accident tu kadang2 ternyiang2 je kt telinga aku...ngeri je bunyi tu...then apa yg last dimata aku lepas flying without wings tu ialah ada 2 biji kereta dibelakang..Alhamdulillah Allah bg aku sedar lg time tu, so dlm blur2 sbb kepala terhantuk kat lorry tu aku sempat merangkak ke tepi...so tak kena langgar dgn kereta2 tu....Syukur Allah masih beri aku pelunag untuk hidup...

semoga peluang yg Allah berikan ni aku tak sia2 kan...aku nak jadi hamba Allah yg lebih baik...anak yg solehah, adik & kakak yg pengasih..dan kalau diizinkan Allah, aku nk jadi isteri yang solehah & ibu yg mithali..aku nak jadi kawan & manusia yg bertimbang rasa dan penyanyang :)



25 July 2011

Puas Otak Berfikir

Puas otak berfikir
Mencari jalan penyelesaian
Puas sudah hati ini tercalar
Makin parah
Calar itu terus merebak
Terus ia merobek menghasilkan luka
Apa mungkin ku temui
Jalan penyelesaiannya
Meleraikan segala kekusutan bersimpul

Kerna makin pedih ku rasa kan
Saban hari makin lemah
Mungkin kesan luka hati berdarah
Gagal aku mencari penawarnya
Hanya kepada ALLAH aku berserah
Sambil langkah terus ku atur
Terus aku mencari penyelesaian
Mencari dan mencari lagi
Berharap sinar penyelesaian
Menanti ku didepan sana

gambar google

23 July 2011

Bila Selsema..

Harini aku selsema,
Bila aku selsema aku sedar akan sedar satu benda,
Yang nikmatnya lah boleh bernafas ikut hidung,
Sebab bila aku selsema automatik aku kena 
Bernafas ikut mulut,
Nak cakap ikut mulut,
Nak makan pun ikut mulut,
Nak minum pun ikut mulut tau,
Jadinya susah woo nak bernafas,
Ni la kot yang dinyanyikan oleh Awie Wings
Bagaikan bernafas dalam lumpur
Ntah la aku agaknya lebih kurang 
Sebab aku mana pernah pun bernafas dalam lumpur

Lagi satu yang aku kalau selsema
Then kena keje plak harini
Aku asyik plak terbersin dengan kelajuan yang tinggi
Dan bila bersin
Aku akan bersin secara pakej maksudnya
Bersin berturut-turut sekurang-kurang 3 4 kali
Memang confirm tahap kesabaran tu
Memang agak nipis la
Kalau buat perbandingan dengan makanan
Aku rasa boleh jadi senipis roti tisu kat kedai mamak tu
Pastu plak bila time aku selsema ramai plak nak jumpa aku
Aku ni dahla bernafas ikut mulut
Pastu aku plak kena pakai mask
Kang kesian patient2 kat situ terjangkit plak kang
Pastu nak kena cakap banyak plak
Pastu bila aku dah cakap
Orang tu tak plak nak bagi perhatian betul2
Nak suruh plak aku ulang 2 3 kali apa yg aku dah cakap
Memang aku hangin la
Serius rasa nak luku je kepala sorang2 sambil cakap
Bila orang cakap tu dengar betul2 boleh tak?

hidung dah tahap clown dah ni...
gambar google


*** Ini bukan entry bersungut sebab sakit tau, sebab setiap sakit kan ujian dari ALLAH, ini entry menceritakan perihal selsema :)


***ditype dengan penuh perasaan oleh iyan shazlind sambil cuba menyedut dan menghembus oksigen segala teratur..in out, in out, innnn ooouuttt 

20 July 2011

Kisah Seram Waktu Tengah Hari Buta

Baru je berlaku tadi

Tadi tengah aku dok khusyuk buat keje (ayat pekerja harapan negara) walaupun sebenarnya tak sekhusyuk manapun. Aku tetiba terdengar ada patient yang kat dalam bilik rawatan tu dok jerit2, aku ingatkan sebab dia sakit. Tapi bila lain macam je bunyinya "telinga lintah" aku pun mula la bertindak nak dengar amendanya yang dok cakap tu. Guna khidmat telinga lintah sebab aku rasa cam malas je nak masuk bilik rawatan tu.

Tapi bila dengar betul2 selain dari mengadu sakit, patient tu dok marah2 jugak, abih ditengkingnya suami dia. Then bila makin dengar, makin tak terkawal, makanya semangat busybody yg terpendam dalam diri aku ni pun bertindak la. Aku masuk dalam bilik tu, then aku tengok makcik tu lain macam je harini, selalu kalau dia sakit camna pun dia takde camtu. Sebab tadi serius dia dok meracau2 benda yang bukan2. Sian aku tengok 2 nurse dok tenangkan dia. So aku pun dgn rela hati menjoinkan diri menenangkan dia.

Lepas dah abih semua proses dressing, kami angkat dia letak kat atas wheelchair sebab dia cam nak turun dari katil, setelah berhempas pulas mengawal tak bagi dia jatuh dari katil tu. Then dia asyik cakap kat kami, "semlm makcik tak dpt tido kat umah, makcik tido kul 3 tau, pastu jaga kul 5 makcik tengok ada benda masuk kat jari2 makcik ni" mula2 aku cakap "takpe makcik nanti lepas ni makcik balik umah makcik rehat banyak2 ye" then oleh sebab makcik tu asyik ulang ayat tu je kami semua just diam je and perhatikan dia.

Lepas tu dia asyik cakap " makcik ni sedang dibuai2 tau" , nurse sorang tu menyampuk "apa pulak dibuai2nya makcik, makcik atas wheelchair ni"...makcik tu cakap lagi "ni sekarang ni makcik tengah dibuai2 ni, kamu orang ke yang buai2 makcik" ...aku pulak jawab, "makcik cuba beristighfar jangan pikir yang bukan2" pastu makcik terus berzikir segala tau, pastu siap baca semua surah pendek yang dia hafal...pastu siap cakap " tengok tu makcik boleh je baca tu"...tapi taktau nape, lepas dia baca tu aku +staff2 kat situ mula rasa makcik ni memang "sesuatu" la harini. 

Lepas tu seseolah nak menambah keseraman kami semua ataupun nak mengiyakan apa yg kami rasa makcik tu cakap "ish ramai sungguh orang kat bangunan atas tu ye" (sambil menunjuk ke arah dewan yg hanya akan ramai orang kalau ada kenduri)...automatik mata kami semua gi pandang situ, then mana ada ramai orang pun weh. Cepat2 sorang nurse tu tarik langsir tu tutup. Pastu makcik tu cakap lagi "tempat ni memang banyak hantu kan" ..woohoo aku + staff2 hanya diam je, aku rasa semua cam cuak je dengar statement tu...

Then makcik tu mula diam then tutup mata dia. Tapi kami still bercakap2 dengan dia, just nak bagi dia tak terleka. Waktu yang sama suami dia, tengah telefon sorang ustaz tu, Ustaz tu baca ayat2 Al-Quran ikut telefon dan dia  disini letak air satu botol. Aku yang cadangkan suami makcik tu call ustaz tu, sebabnya serius weh aku rasa lain macam. Pastu lepas dah diberi minum dan air tu dibasuh muka, Alhamdulillah makcik tu nampak ok...baru bleh cakap macam biasa. 

Lepas tu nampak dia dah ok, suami dia bawak dia balik. Pastu kami pun dok berborak2 sesama sendiri...ada sorang nurse tu cakap "agak2 kan makcik tu nampak apa ye tadi?"


p/s: suriram sungguh ni...ni pun dok suriram ni 


04 July 2011

aku hidup untuk apa

sebenarnya


gambar google 


aku hidup untuk menjadi Hamba Allah yang sebenar

aku hidup untuk menjadi anak yang solehah

aku hidup untuk menjadi isteri yang kekasih suami

aku hidup untuk menjadi ibu yang mithali

aku hidup untuk menjadi kakak/adik yang boleh dicontohi

aku hidup untuk menjadi kawan yang baik

aku hidup untuk menjadi wanita yang punya prinsip

aku hidup untuk menjadi insan yang berbudi

aku hidup untuk menjadi manusia yang penuh kasih sayang

aku hidup untuk menjadi pendamping bagi yang memerlukan

aku hidup untuk menjadi orang yang dicintai dan mencintai

aku hidup untuk menjadi penyumbang pada bangsa & negara

aku hidup untuk menjadi pengembira hati pada yang lain

aku hidup untuk menjadi orang yang sentiasa punya harga diri

p/s : nurkilan rasa dari insan yang berperasaan :)