Showing posts with label pengisian jiwa. Show all posts
Showing posts with label pengisian jiwa. Show all posts
21 September 2012
To Realize.....
To realize
The value of a sister/brother
Ask someone
Who doesn't have one.
To realize
The value of ten years
Ask a newly
Divorced couple.
To realize
The value of four years:
Ask a graduate.
To realize
The value of one year:
Ask a student who
Has failed a final exam.
To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a stillborn.
To realize
The value of one month:
Ask a mother
Who has given birth to
A premature baby.
To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.
To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane.
To realize
The value of one second:
Ask a person
Who has survived an accident.
Time waits for no one.
Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when
You can share it with someone special.
To realize the value of a friend or family member:
LOSE ONE.
Remember....
Hold on tight to the ones you love!
10 August 2012
09 July 2012
Aku mahu jadi wanita solehah...
Aku mahu jadi wanita solehah.
yang mencintai Allah dan Rasullah lebih dari segalanya...
yang cinta dan sayang hanya untuk lelaki yang bergelar suami..
yang menyayangi dan mentaati ibu dan ayah..
yang mempertahankan kesempurnaan hijabnya..
Aku mahu jadi wanita solehah...
yang akhlaknya terpelihara dari noda...
yang tutur bicaranya cerminan luhur hatinya...
yang bakal menjadi ibu mithali untuk zuriat-zuriatnya...
yang akan menjadi penyaman dalam rumahtangga..
Aku mahu jadi wanita solehah...
yang hatinya sentiasa bersama Allah..
yang hatinya tahu mengucapkan syukur bila gembira dan mendapat nikmat ...
yang redha bila ditimpa musibah kerana sedar semuanya dari Allah...
yang akan menghindarkan suami, ayah, dan saudara lelakinya dari api neraka..
-Azian Shazlinda-
![]() |
| image from http://www.facebook.com/pages/KhadimulQuran/169808083119575 |
18 March 2012
28 November 2011
bila dengki kuasai diri
Penyakit dengki adalah penyakit yg bahaya walaupun ianya tak berjangkit namun ianya menjadi masalah besar kepada masyarakat kita pada harini. Penyakit ini lebih merbahaya daripada penyakit lain kerana tidak ada antibiotik yang boleh dipreskripsi oleh mana2 doktor ataupun yg dibeli dimana2 farmasi dapat mengubati penyakit ini.
Antara simptom-simptom yg dihidapi oleh pesakit penyakit ini adalah :
1. Pantang melihat orang lain lebih daripada dia, contohnya : bila anak jiran dapat keputusan yang baik dan anaknya tidak, pesakit ini akan menuduh anak orang jiran tersebut meniru dlm peperiksaan.
2. Berasa tidak puashati bila orang lain mendapat kejayaan, contohnya : bila rakan sekerja mendapat kenaikan pangkat, pesakit akan mula merasakan rakan tersebut tidak cukup bagus mendapat kenaikan pangkat tersebut.
3. Berasa diri sentiasa lebih bagus dari orang disekeliling, contohnya : hanya dia sahaja yg layak mendapat mendapat perkara yang baik/berjaya/bagus.
4. Sering rasa sakit hati bila orang lain lebih maju dari dirinya, contohnya : jika pesakit membuka peniagaan kedai makan, apabila pesakit nampak kedai makan lain lebih maju dari kedainya, dia mula membuat perancangan jahat menggunakan cara mistik untuk mengenakan kedai lain.
Penyakit ini sangat berbahaya jika terkena kepada kita, ianya bukalah penyakit baru kerana Luqman Al Hakim ketika memberikan nasihat panjang kepada anaknya yang diriwayatkan oleh Al Muharbi, daripada Sufyan Ats-Thaury, ada menyebut
“Hai anakku!, ada tiga tanda orang yang berhasad dengki itu. Dia akan mengumpat sahabatnya apabila dia tiada, akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.”
Bersama kita berusaha untuk menghindari dari dijangkiti penyakit ini. Mulai harini mulakan kempen "TAKNAK DENGKI" kerana dengki penyakit yg sukar diubati dan merosakkan pembangunan masyakarat kita.
Wauallahualam...
25 November 2011
Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah
Esok berakhirnya thn 1433 hijrah ..Ahad ni kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Aku kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang esok (sabtu, 26 Nov 2011). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini, dan semoga segala usaha kita semua akan membuatkan cita-cita kita semua akan tercapai Amin…
Doa Akhir tahun
(dibaca lepas waktu asar ataupun sebelum maghrib) (baca 3 kali )
Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan semoga dalam tahun yang akan ditinggalkan itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.
Doa Akhir tahun
(dibaca lepas waktu asar ataupun sebelum maghrib) (baca 3 kali )
Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan semoga dalam tahun yang akan ditinggalkan itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.
Doa Awal Tahun
Baca selepas solat maghrib atau pun sesudahnya. baca 3 kali
Dengan doa ini kita sebagai Mukmin memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Salam MAAL HIjRAH 1433 semua sahabat...
Semoga kita semua akan menjadi hamba Allah yang lebih
baik dari tahun yg lepas2 :)
15 August 2011
Mari Berdoa...
Waktu-waktu mustajabnya doa.
1. Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.
02.Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.
03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.
04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.
05.Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.
06.Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.
07.Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...
sumber http://www.iluvislam.com
09 August 2011
Jumpa dengan orang yang salah lagi???
~♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥~ Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja…tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita
bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..♥~
sekadar berkongsi, ni terbaca tadi...
p/s: sesapa yg tgh kecewa tu...dah2 lap la airmatamu..jgn sedih2..Insyaallah nanti mesti akan dijumpakan Allah dengan orang yang memang berhak mendapat cintamu secara total...:)
04 August 2011
Seorang Hamba
Kita semua hamba Allah, masing2 telah berjanji untuk menjadi khalifah Allah sebelum kita dilahirkan didunia ini. Dalam usaha masing2 untuk menjadi hamba Allah yang taat dan beriman.
Namun ada yang tersalah, menjadi hamba Allah yang baik bukan hanya setakat menunaikan solat, berpuasa dan semua rukun islam sahaja. Pemahaman yang begitu agak silap, ini kerana untuk menjadi hamba Allah yang baik kita jugak perlu menjaga hubungan baik sesama manusia.
Hubungan yg baik sesama manusia, menjaga hati orang2 disekeliling kita, menjaga baik hubungan kekeluargaan dan jiran, tidak menganiayai insan lain dan tidak mengambil hak orang lain. Ada jugak bila sudah mengamalkan rukun islam, terus merasakan diri "hamba Allah yang baik" namun sewenang-wenangnya bermegah diri, adakah itu dikira hamba Allah yg baik.
![]() |
| gambar google |
Ada juga yang jika dilihat dengan mata yang kasar sangat mengamalkan cara hidup islam, tapi masih mempunyai perasaan dengki dengan orang lain. Malah tak segan2 untuk hidup senang diatas penderitaan orang lain. Menganiayai insan lain, kemudian bila dia meminta haknya kembali, permintaannya itu kamu pandang enteng dan berusaha menyusahkan lagi hidupnya. Apakah itu sifat hamba Allah yang baik? Seorang islam yang benar2 mengikut landasan yang betul pastinya tidak akan melakukan perkara sedemikian.
Kita ambil contoh dari segi perlaksaan solat/ sembahyang, Ini kerana:
'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
(al-Ankabut: 54)
Dengan menunaikan solat dengan khusyuk sepatutnya ianya menjadi benteng kita kepada sifat2 yang buruk. ini merupakan pesanan dan peringatan untuk diri sendiri dalam kehidupan harian di dunia ini. Bersama mencari Redha Illahi.
26 July 2011
Wasiat & Kepentingannya
Sekadar berkongsi
PENGERTIAN WASIAT
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.
DALIL WASIAT
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma’ ulama’.
· Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:
Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati jika dia ada meninggalkan harta hendaklah dia membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. – Surah Al-Baqarah: 180
· Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya.- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis ini menyebut kalimah ‘tidak sepatutnya’ menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba.Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.
· Rasulullah s.a.w. turut bersabda:
Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.- Hadis riwayat Ibnu Majah
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan - Hadis riwayat Ibnu Majah
KEPERLUAN WASIAT & SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT
1. ARAHAN PEMBAHAGIAN HARTA YANG JELAS.
Sekiranya anda memiliki wasiat, bukan sahaja anda memiliki arahan pembahagian harta yang jelas samada kepada waris atau bukan waris, tetapi anda dapat menyampaikan amanat-amanat serta pesanan terakhir anda kepada orang yang ditinggalkan.
2. PESANAN DAN AMANAT TERAKHIR
Anda berpeluang menyampaikan amanat dan pesanan-pesanan terakhir anda kepada waris yang ditinggalkan. Ketika pesanan dan amanat itu dibacakan kepada waris-waris anda telah pun tiada di alam yang nyata. Bukankah setiap pesanan yang baik itu sudah tentunya akan memberikan kesan yang mendalam terhadap orang yang ditinggalkan. Anda perlukan doa-doa dari anak yang soleh untuk bekalan anda di akhirat sana. Bukankah terputus amal mereka yang telah mati kecuali antara 3 perkara yang anda ada iaitu anak-anak yang soleh. Mintalah mereka untuk menjadi mukmin soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya.
3. MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN
Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.
Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:
Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).- Hadis riwayat At-Tabrani
Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.- Hadis riwayat Muslim
Berdasarkan hadis-hadis di atas, bermakna seseorang Muslim itu amat memerlukan waris-waris & saudara-mara mereka yang masih hidup untuk menyelesaikan segala tanggungan hutang yang ada selepas kematiannya.
![]() |
| gambar google |
4. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
i) Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya. Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna?
Sedarkah anda bahawa umat Islam kita masih jauh ketinggalan dan gagal dalam melaksanakan hukum faraid ini? Realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan begitu ramai yang tidak mendapat bahagian hak mereka termasuk mereka yang sepatutnya mendapat hak faraid. Kini timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?
Keadaan di atas berlaku akibat kelalaian dan kegagalan umat Islam sendiri dalam membuat langkah-langkah persediaan ketika hidupnya.Oleh itu, apakah langkah dan persediaan kita sendiri supaya keadaan ini tidak akan berlaku kepada harta-harta kita pula? Dengan persediaan yang baik dan melalui dokumen wasiat yang lengkap dan sempurna, sudah tentu akan dapat MENJAMIN hak-hak untuk mereka yang tersayang (ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak) akan mendapat hak mereka (termasuk hak harta sepencarian pasangan) sekaligus hukum faraid dapat ditunaikan.
ii) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)
Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).
Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: i) sedekah jariah, ii) ilmu yang dimanfaatkan dan iii) anak soleh yang sentiasa mendoakannya.- Hadis riwayat Muslim
sumber http://amanah2u.com..credit utk admin amanah2u :)
untuk pembacaan lebih lanjut Click Sini :)
Mati itu pasti marilah sama-sama membuat persediaan kearah itu, dengan harapan selepas kita mati kita tak susahkan insan-insan tersayang yang kita tinggalkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






