Showing posts with label keletah comel. Show all posts
Showing posts with label keletah comel. Show all posts

30 December 2012

Mask cara Dani :)



Aku suka pakai mask kt muka konon2nya sebab nak bg cantik la kan hehehe ...tak sangka aktiviti aku ni telah cantik menarik kau mmg daboom  perhatian sorang mamat ni...tak pernah perasan pun selama ni mamat ni suka memperhatikan aka menskodeng aku tau ..aaa hai blushing kejap aku bila ada orang memperhatikan....hahaha

Perkara aku di skodeng ni masih tak aku sedari sehingga la satu hari mamat ni memberikan aksi yg buat aku rasa nak golek2 gelak...ce tengok gambar kt bawah ni untuk keterangan lanjut..:P






Dia gi amik wet tissue adik dia, then dengan bangga nya letak kat muka buat tu face mask ...

"Dani pun nak letak mask macam nyah"

ucap beliau tanpa segan silu dan penuh berkeyakinan ...aku hanya mampu tepuk dahi sendiri je la hehehehe

19 March 2012

Sepetang Ditepi Laut

Kelmarin, Kerpan hingga Kuala Perlis, Sebuah keluarga yg dianggotai aku, mak, abg, adik, sis inlaw , nephew & niece telah pergi bersiar2 ke tepi laut selepas solat asar...Ayah ku kena tinggal wokeh sebab Ayah balik keje lambat hari sabtu tu hehehe

Niat dihati masing2 nak nengok sunset wokeh, plan saat2 akhir lepas balik dari kenduri umah cousin mak aku, kami sepakat nak gi nengok sunset...tp yg bestnya mak aku masak bihun goreng, keropok, ubi bakar untuk dibawak bersama...so kami pun makan2 la smbil tgk2 laut tu...

My nephew so excited, asyik2 ulang ayat "Dani nak naik bot" sebabnya jalan nk ke situ boleh nmpak bot2 nelayan parking byk2 lepas balik tangkap ikan...dia nya rewind ayat yg sama ngalahkan radio terlebih battery ok...heheheh and lagi dia punya la suka kutip seashells yg banyak2 kat tepi laut tu...:)

Walaupun orang lain cakap tak best mana pun tempat tu...biar la kan sebabnya aku rasa best jugak dpt at this dpt spend time dgn family...So ada aku kesah kalau ada orang lain cakap tak best...heheheh

Kisah seorang Ayah & Anak :)
Budak Cute yg  kemain suka dgn angin laut :)
Ni je satu2nya gambar aku berjaya control tudung aku...angin kuat sangat..hehehe
Budak kecil baju merah baling batu ke laut, budak besar baju grey tgk je..:)
Mak aku nampak tinggi sebab mak aku berdiri atas batu tau..hehehe


p/s : Ok fine apa yg kurang kat laporan ni?? aku terlupa snap gambar sunset view la hahaha... sebabnya Subhanallah sangat kagum ,cantik sangat view tu, ralit aku tengok tu smpai lupa nak snap gambar..matahari nampak so brighter red...:)

26 August 2011

Entry hari ke-26 Ramadhan

Senang letak tajuk camtu, sebabnya aku pun taktau nak letak tajuk apa dah. Sebabnya aku nak cerita pelbagai dalam entry ni :) Harini kesan memakan ubat selsema time sahur makanya aku telah tertido tahap tak sedar pagi. Bila sedar je kepala memang rasa berat sangat nak angkatnya..So aku terus sms staff, yang aku masuk lambat sket harini. Kalau ada orang nak jumpa, kena jumpa aku petang la kan...kot2 ada yg nak bagi aku duit raya kena bagi time petang  or tghhari la ya...pagi aku tak masuk ofis..heheheh

Then aku called ayah aku tanya tadi,
AKU:  Ayah ada nak guna duit apa2 dulu tak harini  ke esok ke, kalau ayah ada nak guna duit sebelum Inda balik kg ni, kot2 ada apa2 lagi yang tak beli...kalau ada jap lagi Inda gi bank-in kan (sikit punya panjang aku tanya tau)
AYAH AKU: Awat? banyak ke duit yang lebih tu (sambil ayah aku gelak2)
AKU: Ala ayah takdak la lebih sangat pun..ada la sikit, maybe duit ayah lagi lebih kot dari duit Inda (pastu dua anak beranak bergelak)
AYAH AKU : Takpa nanti Inda balik kg dulu la...haa ni bila nak balik ni?
AKU:  Maybe esok atau lusa kot Inda balik, ada benda yang tak settle lagi ni.
AYAH AKU: Kalau dah settle balik la esok.
AKU : Ok...
(sebagai anak yang ingin menjadi anak yang solehah, bila ayah tanya bila nak balik kg tu, serius hati ni rasa sangat mengeletis, mengeletek, nak balik kg cecepat)


Then Encik Cinta pun dah balik ke kg dia, dia cuti sesi 1...so awal2 lagi dia dah balik kg dia la...aku jugak yang tak balik2 lagi ni....Then bila Encik Cinta balik kampung, ini bererti hubungan komunikasi kami berdua akan tergendala seketika la. Kampung dia takde line handphone, sian kan. Tapi kg dia memang tak tercemar lagi la dgn apa2 pencemaran, suci lagi dari pembangunan. So sebagai penggemar alam penuh kehijauan, tentu la aku suka tempat2 camtu. :)


Then semalam mak aku cakap, my sis inlaw & mak dah buat kuih raya 2 jenis...harini nak sambung lagi. Then  seperti biasa ada je cite pasal budak comel ini :) kalau called kg. Dia memang suka buat or cakap benda yang buat orang gelak. Semalam mak aku buat biskut mazola (favourite abang aku ni), then si budak comel aka Dani tu cakap:
DANI :  Tok , Dani tak makan kacang, tak suka makan kacang...
TOK DANI : Ooo yaka, meh sini Tok tgk kuih tu (sambil amik dan buang kacang hiasan kat atas mazola tu)
DANI : Camni Dani makan, sebab Dani tak makan kacang (sambil buat muka selamba dan makan biskut mazola tu)
***sabar je la dgn si Dani ni, bukan ke mazola tu dibuat dari kacang yg ditumbuk2 Dani oii..byk la awak punya tak makan kacang. Moral of the story budak2 senang tertipu, so duit raya tak bagi banyak2 la kat diaorang hahahahah
Ini la DANI tu...
gambar nakal ni time umur dia 2yrs old :)



24 August 2011

Rindunya dengan budak ini


suka dia kalau dibawa berjalan2 walaupun hanya di tepi bendang :)
Budak mana?
Ini budak cerdik ni
Ini budak yang banyak cakap ni
Ini yang suka tiru iklan video clip ni
Ini budak yang tak percaya bila orang betulkan sebutan dia
Ini budak yang suka tiru pengacara rancangan dengan sebut "Ya anda menang seribu seringgit" sudah puas mama & tok dia cakap "seribu ringgit la" tapi masih juga dengan seribu seringgit 
Ini budak yang suka berlakon yang dia mengantuk kalau takmo cakap tepon
Ini budak yang suka sembahyang ni
Ini budak yang suka baca Al-Quran
Ini budak yang suka main game ni
Ini budak yang sangat berterus terang ni
Ini budak yang suka menyanyi dengan tempo dia sendiri ni
Ini budak yang cita-citanya nak jadi Imam Muda
Ini budak yang manja sangat ni
Ini budak yang 2 hari lepas menyanyi "oooo balik kampung , hati riang" 15 kali kat tepon time ckp dgn aku
Rindunya dengan kamu DANI
Daniel Gibran nanti lagi 3 hari kita jumpa ya sayang :)

suka betul buat muka pelik2 time nak amik gambar dia :)

malu2 plak time orang nak snap gambar dia :)



ni la budak yang ku rindu tu...ni time dia berangan jadi
THE DERRIO THE FARMER IN THE DELL
(lagu favourite dia, then kalau pakai camni dia akan cakap "ini Derrio famer  d dell")
 
*** Rindunya dengan anak buah aku yang sorang ni....






28 May 2011

keletah comel

IMAM MUDA DI HATIKU

        aku type entry ni sebab tgh teringat kat anak buah aku kat kg...dia selalu cakap dia tu imam muda kesan pengaruh selalu tgk rancangan imam muda...dia suka pakai kemeja dgn seluar pastu mintak nak pakai kopiah bila nak g jalan...kalau time dia rasa nak pakai baju tu dia akan ckp "Dani nak pakai baju imam mude"...sweet sangat.
        kalau hari jumaat dia akan ikut ayah aku g solat jumaat...dgn penuh excited g masjid dgn berjubah...dia akan buat semua pergerakkan solat...then balik dari masjid dia akan cite kat semua org "Dani seronok p masjid" "org banyak kat masjid" "ramai motor orang simpan kat masjid" "Dani nampak imam" "imam tu pegang tongkat cantik" (luahan seorang budak umur 3 thn 8 bulan)...sweet sangat
        apa dia suka buat waktu lapang selain dari tgk cartoon network dan segala2 video clips nyanyi kartun dia (dia pernah wat aku terpaksa layan lagu "incy wincy spider" selama setengah hari time jaga dia...sampai skrg aku boleh hafal lagu tu) owwhh sabar je la....dia paling suka dengar nasyid setiap hari sebelum tido mesti nak dengar nasyid, dia paling suka inteam...dia paling minat dgn hazamin...bak kata dia "hazamin tu kawan Dani"...dia juga suka Maher Zain lagu paling favourite ialah lagu yg utk palestin tu (asyik ulang2 lagu tu saja)...dia suka tgk astro oasis selalu sebelum asar kan ada zikir2...haa yg tu dia suka
        time dia umur 2 thn lebih dulu dia sampai skrg dia selalu wat cam dia tgh bertaranum...sampai dia jumpa je apa2 yg ada tulisan jawi..termasuk la tulisan jawi kat belakang plastic bungkusan pembalut kulit popia tau (peristiwa ni mmg smp skrg buat aku tersenyum kalau teringat)...dia akan cakap "Dani nak ngaji ni"...pastu dia pun mula la bertaranum...tapi bila masuk 3 thn dia dah betul kenal tulisan jawi Allah, Subhanallah, Alhamdulillah....dia dah boleh hafal zikir2...dia boleh hafal Asma Ul Husna....hafal doa makan dan banyak lagi doa2 lain..suka sembahyang dan skrg dalam proses nak menghafal Al-Fatihah
          tu apa yg dia suka buat la...tp yang lain2 perangai dia masih sama cam budak umur 3 thn lebih yg lain..manja, merajuk dan menangis tu biasa la kan....rindu betul dengan Dani...Dani semoga Dani bila besar nanti jadi hamba Allah yang beriman..tak kisah la dani nak jadi doktor ke, lawyer ke, engineer ke, manager ke, ke apa saja kerjaya yang Dani suka.....Tapi yang paling penting jadilah manusia yg bertakwa kepada Allah ye sayang...:) 
haa ni la budak yg aku dok cita kat atas tu... :)
Dani pakai topi ni sambil nyanyi "the Derrio the farmer in the dell"