Showing posts with label pasar malam. Show all posts
Showing posts with label pasar malam. Show all posts

05 July 2011

Apa Yang Masuk

Ke Perut Aku Malam Ni?

         Tadi aku telah berjaya ke pasar malam yang kat greenwood tu. Dan aku berjaya jumpa apa yang aku cari. Sebenarnya aku teringin sangat nak makan manggis. So berjaya jugak membeli 2 kilo manggis. Setakat entri ni ditype aku telah berjaya memasukkan 1/2 kilo manggis ke dalam perut aku. 

         Pastinya bukan buaha manggis saja yang berjaya dimasukkan ke dalam perut. Keropok lekor RM2, jagung rebus 1 tongkol dan beberapa biji kurma madinah yang aku beli tadi jugak, semua ni telah masuk ke perut aku malam ni.

         Apa yang aku rasa? Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan. Yang lagi satu ialah perasaan perut yang sangat penuh. Owh penuh sungguh perut ni.

02 July 2011

kisah semalam...

ke pasar malam

hahaha...serius rasa nak gelak sambil type ni...semalam aku punya la berkobar-kobar pesan kat adik aku yang aku nak ajak dia di pasar malam...sebelum ni aku tak pernah suka pun gi pasar malam...dari hari khamis aku dah inform dia...adik aku a.k.a anaz ni pun cakap ok la...tp aku tau dia malas sebenarnya nak teman aku...

so aku pun telah menggunakan segala skill yg aku belajar time wat marketing kat uitm tu...cuma diubah sket kalau marketing tu nak market the servis or product...tp aku adjust sket jadi sesi mempromosikan pasar malam kat dia..antara ayat2 yg aku gunakan nak memprovok si anaz ni adalah..

1)jom la gi pasar malam, boleh beli makanan macam2
2)stok sayur dlm fridge kita tu dah habih la
3)sayur kat pasar malam tu murah2 tau...jual seringgit2 je
4)ikan pun murah jugak kat sana
5)anaz, nyah teringin la nak makan nasi kerabu
6)haa kat sana ada nasi kerabu sedap la rasanya

then hasil provokasi tersebut, semalam lepas solat maghrib, kami pun ke pasar malam area taman selaseh tepi highway DUKE tu...tapi tengok2 kosong je, sunyi sepi je...takde apa2 pun kat tapak pasar malam tu...

alahai...rupanya silap hari daaa...bukan jumaat malam sabtu la...tapi khamis malam jumaat la (hasil mendapatkan kepastian dari sahabat yg umahnya di area taman selaseh)...hahaha...then aku telah disound tepek oleh anaz dengan 
Anaz : apa la nyah ni...lain kali ingat la hari betul2..(sambil kami gelak sama2 tahap gaban)

hampeh tul... malu i tau :p
gambar google


p/s: terpikir untuk tulis jadual pasar malam di sekitar area umah dlm organizer :p