18 August 2011

Best ke jadi watak jahat?


Persoalan ini terus bermain di fikiran aku sekarang...best sangat ke jadi watak jahat dalam hidup orang lain. Sebab aku tengok sekarang ni, banyak yg memilih utk jadi watak jahat dalam hidup orang lain. Sakit je mata aku tengok orang camni tau. Hidup dia tak habis2 nak menyusahkan , merosakkan, menyulitkan perjalanan hidup orang lain. ish serius rasa nak tampar kuat2 je kalau aku jumpa golongan ni tau...nasib baik pengerusi persatuan watak-watak baik cakap "jangan"...kalau tak siap la korang si watak jahat

Rasa cam nak tanya je, "weh best sangat ke jadi watak jahat tu dalam hidup orang lain?"...mesti dia jawab "mesti la best, celik2 je mata, takyah pikir benda lain tapi terus boleh pikir , apa ntah nak buat harini bagi hidup si polan tu menderita"?...tu je la dalam fikiran spesis watak jahat ni agaknya. 

Si watak jahat ni memang menyusahkan hidup orang lain betul la...bila orang lain nak tegakkan keaadilan ada je si watak jahat nak menyibuk aka interframe disitu...dikala kami persatuan watak-watak baik nak bahagia, si watak jahat pun datang menyibuk, bila masa kami nak selesaikan sesuatu masalah, si watak jahat pun datang untuk menyulitkan keadaan...time kami nak bersenang-senang bergumbira bersama, si watak jahat datang lagi untuk memporak perandakan (eh si watak jahat, ko ingat ko TORA ke hape? asyik2 nak datang lagi)

Si watak jahat ni lupa agaknya...selalu dalam filem si watak jahat ni memang la gumbira aka happy go lucky memanjang (sebab suka gelak jahat "HAHAHAHA" sambil gentel2 misai...haa tu watak jahat dalam cite tamil la) dalam filem ataupun cerita tu...Tapi jangan lupa, watak jahat selalu mati tau penghujung cerita tu, kalau tak mati jadi gila, tak pun jadi cacat, tak pun jadi bankrupt tak pun terima macam2 la balasan buruk. 

Ada gak penghujung cerita si watak jahat ni, insaf kan...tapi sebelum insaf tu dia mesti la kena terima balasan dulu. Tapi jgn lupa lagi ada yang terus "mati katak" tak sempat bertaubat tau...Si watak jahat mesti ingat..."ala tu dalam cerita je" 

Duhai si watak jahat...jangan lupa ye, plot cerita aka filem tu selalunya dibuat mengikut realiti tau, kecuali la cerita Harry Potter or Transformer yang plot ceritanya imaginasi. Tapi tu pun watak jahat tak dpt kesudahan yg baik tau. 

Duhai si watak jahat, ingatlah sikit nanti di akhirat bukan ada syurga je...neraka pun ada, jangan ingat kalau dah nama pun si watak jahat...sesenang Allah nak bagi kau masuk syurga. Semoga Si watak jahat cepat2 diberi hidayah oleh Allah...hmmm better sebut diberi hidayah dari diberi balasan setimpal kan....

Duhai si watak jahat...ni nak ingatkan kau balik, aku rasa yg ni mak kau pun selalu ingatkan dulu2...just to remind what u forgot that....buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat...so tunggu la balasan nya...time dapat balasan nanti jangan dok sedih2 , menangis mengongoi sangat ye si watak jahat!!...sebab malas la kami persatuan watak-watak baik aka hero/heroin ni nak tengok...buat semak mata kami ja tau...

So pesanan ikhlas untuk watak-watak jahat " please la..gi main jauh2 gi, muak kami hero/heroin ni nak tgk muka korang tau"....sudah2 la tu ikut saranan syaitan dan iblis yg direjam. 

Si watak jahat...jangan ikut apa dia di sarankan ok?
gambar google
Manakala pesanan ikhlas penuh kasih sayang untuk ahli persatuan watak-watak baik aka hero/heroin...berjaga-jaga ya korang sebab watak jahat selalu muncul dengan topeng muka baik takde parut2 cam muka watak jahat2 cam cerita aka filem dulu tau...so beware guys...semoga kita semua diberikan kesabaran dalam melawan agenda si watak jahat. Insyaallah kita akan dapat keadilan nanti :)
gambar google
---pesanan ini dibawakan khas oleh---
iyan shazlind
(wakil persatuan watak-watak baik aka hero/heroin)

16 August 2011

Suka ka Minat ka Cinta??

TENTANG PERASAAN 
(DALAM KONTEKS HUBUNGAN MANUSIA BERSAMA MANUSIA)


SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya. --- ni kira cam 1st impression la, kalau org tu baik dgn kita, kita pasti rasa suka dgn dia. Aku selalu rasa camni tau, aku ni tergolong dalam spesis yg cepat suka orang...korang sama tak dgn aku? ke aku tergolong dalam spesis terancam?? hehehe


MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya. ---haa yang ni pun aku pernah jugak, banyak kali kot camni, cam time kat sekolah menengah dulu aku ada admire sorang senior aku ni..lelaki ke perempuan?? offcourse la lelaki hehehe...dia budak pandai and prefect kat sekolah aku. Aku admire dia sungguh2 tau, tahap kalau time tu dia kata jom nikah pun aku akan kata "I do" kot hehehe...Tapi ada yg baiknya oleh sebab dia pandai, aku pun berusaha study habis habisan nak bg sama pandai dgn dia (walaupun dia lg pandai dari aku) ...so sapa kata cinta budak sekolah tu tak bagus??...tp aku takde pun la bercinta dgn dia..jangankan kata bertepuk tangan sebelah, nak tepuk pun tak sempat kot...hehehe


SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya --- Sayang ni selalu orang cakap dalam konteks keluarga or kawan2 la kan. Dulu time lepas SPM aku ada guna MIRC (chat) then terjumpa sorang mamat ni. Kami memang kawan yang tahap sungguh2 la. Masuk tahun ni dah 10 tahun kenal dengan dia. Time aku studied kat uitm sarawak dulu, oleh sebab aku selalu homesick, aka cengeng aka berhati tisu. Dia selalu called aku then kami bergayut lama2, sian dia terpaksa mendengar luahan hati aku selalu. Aku ni spesis yg kalau orang caring dengan aku, confirm punyala aku sayang orang tu. Tapi jangan salah paham kami cuma "teman tapi mesra" tau...sampai sekarang persahabatan ini berlangsung. :)


CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur. Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa suka, minat dan sayang. -- haa yang ni best, yang ni khas untuk Encik Cinta...aku pun tak sedar bila aku start rasa suka kat dia. Sebab mula2 kenal serius aku rasa tak suka kat Encik Cinta ni, bayangkan mula2 kenal dia suka tanya aku macam2, serius cam soal siasat polis tau, aku plak tak tanya apa sangat kat dia pun maklum la jual mahal hehehe pastu lepas berapa lama (lama tak lama sgt pun la..sampai aku terdetik kat hati "gelojoh je mamat ni :p) dia cakap kat aku "awak, saya bukan nak cari awek, saya nak cari bakal isteri"...Pastu dia caring2 dengan aku, ok i admit that..Ya aku memang berhati baju yg dicelup softlan (lembut ok)..then tertimbulnya minat kat Encik Cinta bilamana dia nampak bersungguh2 dalam hubungan kami, pastu perasaan tu berkembang jadi sayang, dan membesar lagi subur dihati terus menjadi CINTA. So Encik Cinta, I love u so much :)

Segmen cx's : geng UITM by campus

Haa ni segmen yg dibuat oleh cx's ..seorang sahabat aku didunia blog ni..:) haritu tak sempat nak join. Ok kali ni sempat la sis join cx's...Nasib baik lama sket due datenya...haritu, sedar2 dah tutup. Sis ex-UITM jugak tau cx's :)

untuk sama join ni ce click sini ya :)

Here d details  :)

 UITM Campus : 1. Segamat, Johor (Diploma In Investment Analysis)
                           2. Arau, Perlis (BBA Hons Marketing)

kalau boleh nak Cik Sri Fauziana join sama yg ni 
So selamat berkenalan semua geng2 UITM ya :)




15 August 2011

Mari Berdoa...


Waktu-waktu mustajabnya doa.

1.    Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.
02.Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.
03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.
04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.
05.Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.
06.Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.
07.Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...

13 August 2011

Semalam hari yg failed

Hasil dari semalam tido lambat, ikut adik dan abang aku keluar, harini mengantuk tak sudah2. Kami gi jumpa kawan2 abang aku time dia kat UKM dulu. Punya la berborak sakan tak sedar dah kul 3++am. Kami gi lepak2 kat Kari King yg dekat area shamelin cheras tu. Oleh sebab bulan puasa acara melepak pun mula lambat la..kul 1030pm baru masing2 sampai. 

Kawan2 abang aku tu memang kenalan rapat dgn family kitaorg sebab diaorg selalu dtg umah kat kg nu hah...So  tu sebab la aku boleh join sama kalau diaorang nak jumpa. Lagi satu kawan abang aku yang sorang tu lawyer, so kitaorg mintak tolong dia la nak settlekan problem yg dihadapi oleh family aku skrg. Doakan semuanya berakhir dengan baik. Semoga masing2 mendapat hidayah dari ALLAH dan dapat membuat keputusan yang sebaiknya. 

Banyak benda yg nak diuruskan harini, jadi tak sempat lagi nak berkunjung balas melawat blog2 geng-geng segment nak kumpul link... Insyaallah esok aku gi melawat ya. Ramai jugak yang join tu. So esok kalau takde apa2 aral melintang patah membujur lalu, sampai aku kat blog2 itu...tunggu kedatanganku ya :)

Masih berfikir2 nak masak apa utk berbuka harini, semalam failed sungguh. Aku sakit perut dari pagi sampai petang. Nak buka puasa time letih2 tu rasa sayang je puasa, zaman dulu2 boleh je berperang time puasa2 tu. So apa la sangat aku yg sakit perut tu kan. So aku nekad nak berpuasa jugak, petangnya dah melepet dah, tak daya dah nak buat apa2...mmg dehyrated sungguh rasanya, tapi luckily cuma sakit perut je tak muntah pun...kalau muntah jugak, harusla lagi teruk kan. Hujan pun sgt lebat time kul 5 kul 6 tu, takkan nak berbasah2 di PARAM kot, So smlm aku called domino's pizza, jadinya kami berbuka makan pizza dgn kurma and air soya kotak....sian abang and adik aku...Tapi takpa jap lagi berbuka inda masak best2 ja...cover balik failed semlm..boleh kan? hehehe


12 August 2011

kalau otak dah serabut...

Aku suka main game tau kalau waktu free time...ataupun kalau buat keje sampai tahap otak rasa nak jammed...haaa aku pun main la game. Tapi aku main game yg biasa2 ja la dinner dash, teztiz, sally's sallon dan banyak lagi la. Tapi game2 yg tahap kindergarden la, baru dpt hilangkan serabut kepala. 

Tapi Encik Cinta dengan aku ada satu game yang kami suka main tahap langit keenam.  Kami merupakan pemain tegar game ni...tahap addictted dah ni.....Game ni ganas tau, kena bunuh2 orang, makan otak orang,...kiranya ganas sungguh la tahap 18 SG dah ni bukan 18 SX ok...tak lain tak bukan ialah 

-
-
--
-
_
-
-
:)
:)

PLANTS vs ZOMBIES.




..dua2 kami suka main game ni tau...siap lawan sapa lagi terror main ok. Tapi offcourse la aku lagi terror dari Encik Cinta kalau main Plants vs Zombies ni...kan Encik Cinta kan? hahaha...haa ganas kan game kesukaan kami dua? :p

11 August 2011

Terkenang sekejap

Semalam cakap dengan Mak ikut telefon...aku akan called Mak or Ayah aku setiap hari. Kalau sehari tak dengar cite pasal orang2 kat Kg sure rasa tak senang duduk la. Benda aku praktikkan start dari umur 13 thn lagi. Tapi dulu2 time kat sekolah aku selalu guna "panggilan reverse charge" call telefon umah aku, then charge tu nanti masuk dlm bill telefon umah aku. Tapi ada la jugak aku guna public phone yg syiling dan card tepon yg ayah aku belikan. 

Time tu selalu tepon sebab rindu dengan mak&ayah dan lagi satu selalu tepon cakap "mak, inda nak tukar sekolah"...dialog ni akan diulang2 selalu (sure tensen mak aku dok dgr ayat tu ulang2) heheheh ...tapi mak aku akan cakap "cuba dulu, pikir baik2 dulu, nanti kita tukar kalau tak boleh dah dok situ"...mak aku ni pandai tau wat reverse psychology...sebab pikir punya pikir , sedar2 aku dah nak abih sekolah menengah dah tak jugak aku tukar2....hehehe...Mak aku takkan pernah "say NO" to me or my other siblings tapi mak aku selalunya guna reverse psychology. 

Aku dulu time masuk form 1, mak & ayah aku hantar aku masuk Sek Men Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Sekolah berasrama penuh memang mencabar la kehidupan disana. Makanya dari umur tu la aku berdikari, selalu diserang virus homesick yang keterlaluan, selalu rasa nak lari dari sekolah time form 1 tu...sebabnya aduhai tekanan woo hidup di hostel time junior tu. Ada senior2 yg baik, tapi ada jugak senior yg garang tahap lagi garang dari Singa, Harimau, Gajah naik minyak tau. Tapi sabar je la, hari2 aku call mak aku cakap aku nak tukar sekolah. Mula2 masuk situ serius rasa semangat berkobar2. Tapi start minggu orientasi tu aku mula dah rasa tak best dah.

Oleh sebab sekarang bulan posa jadi aku teringat time berpuasa time kat hostel lagi la sedih, aku tak lalu makan kebanyakkan menu di dining tu. Bukan memilih tp memang betul2 tak lalu. Sedih woo, paling tension kalau hari masak lauk daging, oleh sebab aku merupakan pemakan daging putih saja iaitu aku hanya makan ayam & ikan. So tempat makan aku akan dipisahkan dari kawan2 satu dorm dengan aku, jadi perpisahan terasing tau. 

Then tempat aku adalah meja yang kebanyakkannya diisi oleh student beragama india. Dan diaorg plak kebanyakkannya senior-senior yg kebanyakkannya tgk student form 1 cam nak telan. WOOO nightmare sungguh time nak makan, tu agaknya salah satu penyebab pemutus selera aku waktu tu...Dah la sedih, lauk kurang sedap, nasi keras ya amat, kena plak dok semeja dgn senior (ni sungutan budak kecik waktu umur dia 13 thn) ..hmmm memang rasa nak menitik airmata beb. 

Tapi yang bestnya lepas balik dari dining, aku akan terus makan segala yg aku beli kat kantin dgn dormates aku, kami makan ramai2 (8 orang satu dorm) pastu makan banyak plak tu. Pastu time terawih mula la perut masing rasa penuh, nak rukuk betul2 pun takleh tau...pastu bila lepas terawih masing2 akan cakap "dahla esok aku takmau makan banyak kuih yg kita beli kat kantin tu" (mood nyesal sebab rasa seksa nak terawih dgn perut penuh)...Tapi esoknya tu kami masih lagi makan camtu jugak.. conclusionnya budak umur 13 thn  mmg susah nak insaf. :p

Tapi bila ingat balik sekarang aku mesti tergelak sorang-sorang, banyak kenangan nak dikenang