08 September 2011

Segmen Miss Nadya :: Update Blog Lepas Raya



2. Letaklah picture raya ke..kuih raya ke atau apa sahaja yang berkaitan dengan raya..bunga raya pon boleh..hehe.. 

 ini antara syaratnya..agak2 kalau letak gambar "jalanraya" buleh dak?
ada perkataan "raya" jugak tu..heheheh


gambar BBQ time raya


berasal dari negeri KEDAH 


nak join ce click sini ya :)
:)


Pesanan yang tak berapa terakhir ni

TIPS 4 COUPLE

1.
if dia ngamuk baling² barang - try la sambut...ni la masanya u tunjuk kapantasn jadi gol keeper terror cam Khairul Fahmi :p

2. if dia mula jerit tiba² &  
non stop membebel - u nyanyi kuat²…ni masanya u tnjuk suara u sehebat Black (
Mentor)

3. if dia tengok/ bagi pandangan cam nak telan
 - U smile je tgk dia!...baru dia nmpak kecomelan U!

4. if dia nk lari umah - Tolong kemaskan barang dia sama²…ni masanya u tunjuk betapa u rajin

5. if dia nangis coz sakit hati - u ketawa kuat² tguling²...ni bukti u usaha buat dia happy time dia tengah berduka, sedih & terluka

 SELAMAT MENCUBA!!! kalau nak tengok kucing
korang dengan aksi ni... hihihihi


dialog diedit
gambar google
sebab kucing aku tak pandai berdiri camni..hehehe

07 September 2011

Raya Punya Cerita (1)

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk kita semua merayakan aidilfitri kali ni. Raya kali ni seperti tahun2 yang biasa aku balik ke kedah kg halaman ku yang tercinta la. Sementara masih bujang ni, aku tak pernah terpikir untuk bekerja pada hari raya..sebabnya sementara masih bujang ni la kita nak balik beraya dengan mak&ayah kita masing2 kan, nanti kalau dah kahwin mesti la kena ada giliran balik beraya diantara kg kita sendiri dan dirumah mertua kan?  

So aku bertolak balik kedah seperti dalam entry ini :) dalam kul 1130pm aku+adik+abang +cousin aku bertolak balik kedah. Alhamdulillah perjalanannya lancar. Sesekali ada la jammed sket tapi traffic still bergerak la takde la traffic static hingga menyesakkan pernafasan   cam raya yang tahun bila ntah jammed sampai rasa nak kuar keta jalan kaki lagi cepat sampai...:p

Then kami semua berenti bersahur kat RnR pastu adik aku aka ANAZ mula rasa tak selesa yang tahap melampau. Dia cakap dia rasa nak bernafas susah or cam berangin perut yg teramat sangat. Oleh sebab tgh2 highway kami try belikan dia Eno Halia, tapi tak membantu sangat pun. Sepanjang jalan aku risau tul tengok dia, aku asyik2 tanya dia "Anaz ok tak?" sebab kalau dia cakap kurang ok je, kami terpikir nak exit highway kat mana2 then bwk dia g clinic...kalaula ada hospital ke clinic ke tepi2 highway tu confirm aku bawak dia singgah dah. Risau woo tengok dia. Alhamdulillah dia berjaya bertahan sampai kami exit ikut Darulaman dan bawak dia ke Hospital Jitra. Time tu dah time imsak la, setelah diperiksa dan diberi ubat sampai dia muntah (lagipun bau ubat tu pun memang bleh buat orang muntah pun) Alhamdulillah dia ok. Inilah pengalaman kami balik raya di kg tapi kena singgah hospital dulu. 

Then seperti biasa la bila beraya, offcourse banyak sungguh makanan yang boleh dijamah macam entry pening perut vs senak kepala ni :) aku makan banyak sungguh jenis makanan. Juga tidak lupa duit raya yang aku keluarkan tapi aku takde dapat pun 1 sen duit raya. hehehe...Then paling best dapat jumpa ramai2 dengan segala mak sedara/bapak sedara/sepupu/anak sepupu/dua pupu "kupu-kupu malam" haa yg ni je aku tak jumpa..:p Malam raya kedua kami berkonvoi ramai2 dengan semua sepupu2 dalam 5 biji kereta ke rumah WA (abang mak aku yang sulung) di Kg Nongka, Changlun. Dan hasilnya kami berjaya memperabih satay dirumah beliau. Tapi kami sekeluarga terpaksa menarik diri lebih awal dari misi beraya tersebut kerana MAKCIK sekeluarga + MAKTEH sekeluarga (adik2 ayah aku) datang beraya dirumah kami plak. :)

Hari raya kedua, kami berkonvoi lagi kali ni dengan membawa lebih anggota iaitu 7 biji kereta ke rumah MAK NJANG (kg asal mak aku) kg Lahar Budi , Alor Setar , riuh rendah betul rumah dia bila ramai2  berkumpul. 7 biji kereta tu ahli misi yang aku sertai, time tu jugak rasanya ada lagi 5 biji kereta ahli misi kumpulan lain jugak beraya disitu (semua saudara2 kami la)...Budak2 time tu aku gagal nak membilang secara tepat sebab banyak tul pengembangan zuriat dalam keluarga besar kami tu tapi aku agak budak2 time tu rasanya ada dalam 50++ (pengiraan berdasarkan duit raya bersampul yg aku sediakan habih, last2 aku bg duit raya yg tak bersampul je la) ..Kalau Tok aku masih ada mesti dia berbangga tengok cucu2 dan cicit dia yang ramai tu...rindunya kat Arwah Tok :(
ni antara peserta yg menyertai misi...
ce tengok keta2 yang menyertai misi tu..banyak woo
aku tiada dalam gambar sebab tengah makan bihun goreng
 kat dalam umah MAK NJANG aku.. :p
Then hari raya ketiga, MAK NDAK (sebelah umah aku) buat jamuan raya, tahun ni buat julung2 kalinya kami  tak buat BBQ untuk hari raya ke 2. Selalunya kami akan share duit ramai2 buat BBQ kat halaman umah aku& Mak Ndak. Tahun ni Mak Ndak aku buat bihun sup & Nasi Tomato je takde BBQ ramai2 cam selalu.
 So sila layan gambar2 BBQ raya tahun lepas punya la ya :)

tengok yang bertudung oren tu...
anak sapa la tu yg rajin benar tu..hehehe
Gambar makanan sebelum semua terkorban dijamah
perut2 yg hadir mlm tu :)
antara ahli kuat merentungkan  BBQ mlm tu :)
tengok ni semua family aku beratur amik makanan
berdisplin semuanya..hehehe
aku + mak aku + anak cousin aku...:)
percubaan nak amik gambar tiga serangkai ni..
tak berjaya nampaknya...
(baju ni aku belikan diaorg utk hadiah hari raya)
haaa ni la cerita raya aku setakat ni...semua nanti next entry aku cite pasal kisah mercun dan kami sepupu sepapat...kami main mercun & bunga api time raya, sangat la meriah...sampaikan ada orang2 kg tu datang join sama2 kami...meriah sungguh...yg paling penting keselamatan paling diutamakan la...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA SAHABAT BLOGGER
AKU SAYANG KORANG SEMUA :)

Wordless Wednesday

Mana lagi duit raya aku ???

Love You

Let me ask you...
What is exactly the relationship between you and your lover?
 1) You love him/her, because he/she is perfect

or 2) because you love him/her, so he/she is perfect?

I dont know...It's seem to be the same..
Let me tell you, it's extremely different...

If you love someone because he/she is perfect, when you've been
getting along, you will see some imperfection in him/her..see his/her
spoilt habit, and see his/her bad nature...
then at that time your love for him/her will fade away...

If it's the 2nd one, 
for whatever will occurs,
whoever will see him/her bad...
but to you he/she is always perfect 
the love like this is hard to stop and 
hard to forget...
It will never fade away.
gambar google :)

p/s: entry raya tak siap lagi la...tp takpe raya kan sebulan kan..kan?...




06 September 2011

Cantik wanita

 Wanita CANTIK melukis kekuatan melalui masalahnya,

                                                Tersenyum di saat tertekan,

Tertawa di saat hati sedang menangis,

Tabah di saat terhina,

Mempersona kerana memaafkan,

Mengasihi tanpa meminta balas,
,
Bertambah kuat dalam doa & pengharapan pd Illahi. . .♥♥

1st day keje lepas cuti raya

Hmmm tetiba rasa cam agak kaku plak nak buat keje..mood raya dah kurang sket dah tapi mood keje masih takde lagi ni...camna nak buat keje ntah..macam dah lupa la plak..kekok je nak menekan keyboard pc ni....heheheh 
Semalam sampai Gombak dalam kul 4:30 pagi, then cepat2 lari masuk lompat atas katil sambung tido..then sedar2 dah kena masuk keje...balik semalam lancar je jalannya...so tak salah la perhitungan menambah cuti pada hari isnin untuk elak jammed di highway yang mengusarkan jiwa tu.
Tapi kena jugak la "getah" jammed pada 2/9 petang time naik bus ke Lumut. Bertolak ke Lumut kul 6:15pm sampai Lumut lagi 15minit kul 1 pagi....7 hours++ tu, selalunya dari Alor Setar ke Lumut 5hours je...sabar je la..tapi okla berpenat2 dalam bus, boleh jumpa Encik Cinta sekejap sebelum ke kenduri kawin kawan 3/9 di Teluk Intan tu...
Ada keje la plak...ok nanti sambung lagi di next entry...:)