31 May 2013

kembali bersiaran langsung..:P

Assalamualaikum semua..

lama nya x bersiaran langsung....kesibukkan thp melampau...insyaallah akan kembali seperti bersiaran lansung seperti biasa lepas...

klau selalu org ckp blog bersawang klau lama x update...tp blog ni bukan tahap bersawang lg dah...extra vaganza dari tu lagi..macam ..macam..macam...ahh xleh pikir la macam apa...nnti2 la dh dpt pikir aku bgtau :P...insyaallah akan kembali memblog walking blog kawan2 balik cam biasa pasni...






20 January 2013

Harus bagaimana lagi...




Aku harus bagaimana lagi,
Siapa yang patut aku percaya,
Banyak cerita yang kadang ku anggap hanya di angin lalu,
Namun perkhabaran itu melekat jua sedikit di minda,
Ku ingin cuba pekakkan telinga, 
Ku ingin tutupkan mata untuk itu,
Ku ingin mencuba untuk menahan otak berlegar berfikir tentang itu,


Aku harus bagaimana lagi,
Kerana tentang itu kurasa ianya penting,
Ku rasa perlu bertanya,
Jangan salahkan ku bila ku bertanya,
Bila ku bertanya,
Cubalah fahami yang aku cuba untuk mempercayaimu,
Jangan terasa hatimu bila ku mula menyoal,
Ingatlah saat aku menyoal, 
Tika itu aku ingin membuka hatiku untuk melihat kamu,
Melihat kamu secara lebih dekat,


Aku harus bagaimana lagi,
Jangan salahkan aku andai ku terus bertanya,
Percayalah ini kerana ku ingin percayai mu,
Ku ingin buangkan semua prasangkaku,
Ku ingin hapuskan bayangan2,
Ku ingin kata2 itu terpadam dari fikiran & mindaku,


Aku harus bagaimana lagi,
Saat kamu menjawab ku ingin betul2 dengar,
Biar seketika ku hadam semua jawapanmu,
Biar seketika ku fahami jawapanmu dengan hati & fikiran ku,
Biar seketika ku fikir dan ku renung,
Biarkan aku seketika mencari kembali titik penyatuan kita,


Aku harus bagaimana lagi,
Aku mahu tika kita kembali,
Kita kembali dengan buku baru,
Kita kembali dengan harapan segar,
Ku mahu tika itu,
Semua dalam fikiranku terpadam,
Biar semua itu hilang dalam pekat malam, 
Ku ingin tiup semua pergi bersama angin......

17 January 2013

Berbisik dengan hati...



Bunga tanjung bunga melati,
kembang tujuh dibulan terang,
tinggi gunung sama didaki,
dikala jatuh mengapa seorang...




Ku renung keatas, Ku lihat awan melambai2, Ku ingin sentuh awan itu, Ku rasa diriku tggi, Baru ku sedar bahawa ku hanya insan biasa dan x boleh lawan ketentuan yang maha pencipta.. Ku bersyukur dengan apa yang ku ada sekarang ini..


30 December 2012

Mask cara Dani :)



Aku suka pakai mask kt muka konon2nya sebab nak bg cantik la kan hehehe ...tak sangka aktiviti aku ni telah cantik menarik kau mmg daboom  perhatian sorang mamat ni...tak pernah perasan pun selama ni mamat ni suka memperhatikan aka menskodeng aku tau ..aaa hai blushing kejap aku bila ada orang memperhatikan....hahaha

Perkara aku di skodeng ni masih tak aku sedari sehingga la satu hari mamat ni memberikan aksi yg buat aku rasa nak golek2 gelak...ce tengok gambar kt bawah ni untuk keterangan lanjut..:P






Dia gi amik wet tissue adik dia, then dengan bangga nya letak kat muka buat tu face mask ...

"Dani pun nak letak mask macam nyah"

ucap beliau tanpa segan silu dan penuh berkeyakinan ...aku hanya mampu tepuk dahi sendiri je la hehehehe

20 December 2012

Sabar Lah ..


This is so true...klau ada masalah, beriya kita pikir sampai runsing2, serabutkan otak, hati pun tak tenteram...yang penting mengadu kepada Allah mintak Allah tunjukkan jalan keluar dan berusaha cari jalan keluar tapi bukan sampai terseksa jiwa..for me i do believe that, some problem mmg bleh settle cepat, but some problem take time to be settle and some of that maybe will be settle by time...Problem make us stronger ...

17 December 2012

Aku yang tersakiti




Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

12 December 2012

Annabell Wedding Couture :)

Ni jawapan untuk yg selalu tanya aku, or tertanya2 dalam hati je....or yg tak pernah terlintas langsung dijiwa nak bertanya....tak berminat nak tau pun alang2 dah termasuk kat sini kena la jugak korang amik tau kan...;)

Aku sekarang dah menukar bidang kerjaya la, dari profession di bidang korporat ke bidang lain la...yg penting bukan ke bidang keparat tau hehehehe i'm happy with my profession right now...:)

Gini ceritanya, aku skrg dah buka butik pengantin dengan my BFF ....ye kami buka berdua....tu la sebab kena berhijrah menetap di kedah....nama kedai kami tu xde sangkut paut dengan kami berdua pun...sebabnya dah berhempas pulas dah nak cuba gabung nama kami berdua, tapi weekkk jd pelik ya amat, jadi lawak pun ada....so amik jalan tengah kitaorg letak ANNABELL ..nice to be pronounce & kami rasa cam sweet dah tu ;)

Time kat SSM time nak register company tu, org kat kaunter tu panggil aku CIK ANNABELL...tersedak aku dengarnya... excuse me encik, jgn buat muka heran plak ya napae muka sy x macam org putih aka minah saleh seperti nama sy...sebab tu bukan nama sy wokeh...nasib baik time tu kesabaran baru reload, so aku buat pembetulan nama aku kt dia dengan senyuman paling manis gitu hehehehhe






Annabell di kami sediakan andaman pengantin, pelamin, set hantaran, cenderahati semua la...senang cakap  wedding planner la and semua yang berkaitan dgn pengantin & majlis keraian apa2 termasuk la majlis cukur jambul nye hiasan pun kami sediakan :)

FACEBOOK :    Annabel Bridal 



Haa ni la kedai kami, di belakang pasaraya YAWATA ,Jitra,  Kedah...kepada sesapa yg berkahwin, or ada sedara yang nak berkahwin jemput la datang....