25 April 2011

jiwa perlu isian...

Mencari Sakinah


Ini video kat youtube yg aku tengok baru-baru ni...ceramah by Dr Mohd Asri B. Zainal Abidin... dengan byk masalah dan kecelaruan minda serta otak yg dihadapi aku semenjak dua menjak ni...walaupun Alhamdulillah byk insan2 yg setia disampingku sewaktu ini, tanpa jemu mereka mendengar serta bersama2 mencari penyelesaian kepada masalah yg aku hadapi, Terima kasih dan salam sayang untuk semua insan yg setia bersamaku tika ini...namun begitu hanya Allah Yang Maha Esa, Maha Mengetahui benar2 keadaan luar dan dalam ku...kepadaMU aku mengadu dgn penuh pengharapan agar ditunjukkan aku jalan yg benar jalan yg bisa merungkaikan kekalutan hidupku tika ini...syukur kepada Allah, aku berusaha mencari2..akhir Allah temukan aku dengan video ini...sesuai dengan tajuknya "Mencari Sakinah" "jangan menitiskan airmata disebabkan video ini"...sesungguhnya ketika menonton video ini, airmata aku begitu murah untuk dititiskan...


antara petikan dari video ini :


"Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri disini, merenung mereka disana hidup penuh keseronokkan& kegembiraan, Namun kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yg sebenarnya...Ramai org tersalah sangka maksud ketenangan dalam hidup, mengaitkan ketenangan itu dgn faktor harta, dgn faktor kekayaan, walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tp itu bukan segala-galanya...."
 " Tiada siapa yg mampu menghalang ketetapan Allah, Jika Allah hendak memberi kebahagiaan kepada seseorg, dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun, Jika Allah menghalang kebahagiaan kpd seseorg, dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun"
"Ya Allah apa saja yg aku alami,daripada nikmatMU,daripada kurniaan daripada sesiapa dikalangan hambaMU,tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkau lah pujian bagi Engkau lah kesyukuran"
"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu, bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa Masyaallah hidup ini, apa yang Allah kurnia kepada kita, lebih daripada harapan kita sebenarnya...."
"Jangan bersedih, kerana sesungguhnya Allah bersama kita"
 ikuti keseluruhan ceramah ini di :
p/s : semoga kita semua beroleh iktibar selepas menonton video ini.....

2 comments:

  1. haah.. sama la entri kita. hehe :)

    ReplyDelete
  2. yup sama kan...tp dr asri nye ceramah yg ni mmg menyentuh hati dan sanubari pun..:)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)