11 April 2011

hijau itu daun biru itu langit

gambar dari internet

WARNA ALAM

Indah sungguh alam ciptaan Illahi, 
penuh warna untuk menghiburkan mata yang memandang,
pejamkan mata fikirkan kejadian alam yang pelbagai,
hijau rumput, hijaunya dedaun yang melambai,
biru langit dan juga biru lautan yang terbentang,
kuning, hijau, biru, merah, indigo, jingga dan ungu warna pelangi,
juga tidak lupa coklat warna tanah yang kita pijak,
pemandangan dari atas Lakeview Apartment Sg Tua
sejuk jernih air sungai mengalir,
yeah pasti tenang kotak fikiran mu,
namun jangan terleka kawan,
semua ciptaan Illahi itu juga punya hati,
tgk gambar pantai ni..terus teringin nak p vacation
(gambar sumber dari internet)
semua itu seseolah memberontak tika ini,
biru indah lautan bisa mengamuk menjadi tsunami,
coklat tanah itu bisa menjadi tanah runtuh yg bahaya,
mengapakah ini terjadi cuba tanya pada rumput hijau itu,
cuba dapatkan jawapan dari biru lautan itu,
cuba selami sendiri kawan kau pasti ketemu jua jawapan


tika alam mula berbicara (gambar sumber dari internet)









p/s : masih hijau dalam dunia blog, terlalu hijau untuk menulis yang gah2, cukuplah sekadar meluahkan apa kata hati.


*** tgk  gmbr pemandangan indah bukit bukau..teringat zaman muda remaja dulu time rajin merentas hutan & panjat bukit....lalala :)




No comments:

Post a Comment

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)