29 April 2011

Royal Wedding Prince William & Kate

tadi kul 6 balik keje...terus buka NTV7 nak tgk royal wedding Prince William & Kate Middleton...lepas kawin  diaorang akan guna surname Mountbatten-Windsor...aku excited betul nak tgk sebab td kat opis kawan2 kat fb semua dok bising2 pasal ni...

memula aku ok je tgk tu...sebab time mula2 tgk..depa tgh dok baca ikrar perkahwinan...gaun princess kate tu sgt cantik nampak dia sgt gorjes tau...pastu disebabkan banyak sgt nyanyian mendayu2...haa aku nampak Sir Elthon John td wedding tu...mata aku makin lama makin layu...sat2 terlelap...sat2 buka balik...so lepas terlelap sat aku jaga time diaorg nak kuar dari church tu..kagum tgk gaun pengantin yg panjang tu...pastu terlelap lg..sedar2 diaorg dh lambai2 atas keta kuda...pastu lepas solat maghrib aku sambung tgk lagi..(tau kat mak aku, aku tido time lepas asar ni, mmg kena la aku)

tp aku tersambung tido lg...bila terjaga lg 10 minutes terakhir je...hahaha apa la aku ni....tak dpt nak tgk betul2...apa daa..anyway majlis kawin ini mmg grand gila..yelah dah nama pun royal wedding kan...tp tgk percintaan dari time college membawa ke gerbang perkahwinan....bahagia sungguh...hope perkahwinan ni kekal dan bahagia selalu...

boleh tgk gambar kat sini http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/royal-wedding/royal-wedding-pictures

cantiknya gaun!!!
gambar sumber dari internet
p/s : terberangan jap time tgk siaran langsung wedding tu...best woo berangan td :p

28 April 2011

sayang Dani

Betul2 sayang dia

mata takleh nak bukak dh macam garfield dh ni...aku rasa garfield pun boleh bukak mata lg besar kot dari 
aku harini....semlm tido kul 4am ++ siapkan keje...ya mmg mengantuk tahap gaban dh ni...tp takpa demi 
apa yg aku idam2kan selama ini aku...Insyaallah,semoga berjaya apa yg aku usahakan ini...aku nak bahagiakan insan2 yg aku sayang..mmg duit bukan penentu kebahagiaan, namun ianya merupakan salah satu penyumbang...

okla cam tak kena plak entry dan tajuk, hehehe..sebenarnya aku ngantuk jadi aku tgh tgk gambar buah hati 
pengarang jantung aku la....DANIEL GIBRAN my cutest & charming nephew...gambar dia yg aku ada byk 
betul gayanya baru aku perasaan...serba boleh budak ini...

Dani ni, bulan 22/9/2011 dh nak masuk 4 thn....masa berlalu cepat tau...rasa cam baru minggu lepas je aku tgk nurse bawak dia kuar dari OT pusat bersalin Dr Rozmey...iye Dr Rozmey pengasas JUSMATE 5 tu la...dulu2 dia bukak pusat bersalin kat JITRA, Kedah...Jitra Kedah tu tempat asal aku tau...

Dani skrg dh makin banyak expertisenya, makin banyak berkata-kata, makin banyak soalannya, makin banyak ragamnya, makin banyak zikir & doa yg boleh dihafalnya...owh my Dani sangat bijak,dan cepat menghafal zikir &doa...Alhamdulillah, ini semua berkat diperdengarkan ayat2 Al-Quran dan zikir ketika dia in his mama's womb lagi...so kepada yg mengandung diluar sana, boleh amalkan ye...

senyum sket sayang...alamak gigi awak hehehe
(hasil dari semangat nak kuar umah kan dh jatuh tersembam)
it's ok Dani nanti dh besar jaga gigi baru elok2 ye :)

happy tul dia ye :)

tgk nakalnya dia...saja tutup mata bila org snap gambar dia :)



27 April 2011

pertanyaan

Yang pastinya ada jawapan

semlm aku mc, badan rasa kurang sehat je...mungkin ini tandanya yg badan aku bagi untuk aku berehat...berehat dari keje, berehat sekejap dengan membebani fikiranku dengan semua permasalahan..

tengah2 berehat semlm ada sorang kawan lama aku called...apalagi terus pot pet pot pet sampai lupa yg aku tak sehat...bersemangat je aku bercerita dengan dia...kalau cakap dengan dia aku mmg excited habis...dia ckp dia called aku sebab emergency..rupanya dia kata kalau dia called aku tu emergency la sebab nak mintak pendapat or saja2 nak borak...ada2 je dia ni :)

time sembang2 tu dia ada tanya aku "lin ko skrg dengan sapa?"....aish dia ni kalau aku diam tak jawap confirm dia akan tanya sampai dapat jawapan punya la...(kalah wartawan tau) hehehe so aku pun dgn jujur serta ikhlas bg la jawapan

dia ckp "eh dah tukar ye lin? bukan ke dulu dgn org lain?" aku hanya mampu jawab..."ye mmg skrg aku dgn org lain...ko pun dah lama kan tak contact aku"  dia kata, "ooo dh mula kisah baru la ni...ketinggalan aku weh cite ko..cam cepat je aku rasa" :)

jawapan aku " mmg aku dah bertukar kasih skrg, bertukar cinta, sebab bagi aku kalau satu2 hubungan tu kita bermasalah...mula2 kita cuba dulu selamatkan...tp kalau kita dh rasa yg kita je yg terlebih berusaha tp tidak pihak yg lg satu..it's better to make a STOP for that...sebab adalah lebih baik dari kita kecewa waktu permulaan hubungan daripada kecewa time berkahwin nanti...lagi satu kata-kata mak aku yg aku pegang sampai skrg jangan sayang seseorang tu 100%, kena simpan sket percent utk diri kita sendiri...incase apa2 jadi kita tak akan frust melampau dan pastinya akan terhidar utk wat benda yg bukan2 bila dh kecewa..."

lagi satu kalau hubungan tu tak membahagiakan...berpisah la elok2..supaya nanti andai ditakdirkan berjumpa kita takkan bermasam muka dgn org yg kita pernah sayang waktu dulu....lagi satu kalau betul hubungan tu bermasalah lupakan la insan tu...kalau asyik dok ingat ke dia je...bila plak kita nak jumpa insan yg betul2 Allah takdirkan utk kita....betul tak? betulkan andai aku silap..

aku hanya mampu berusaha dan berdoa...Hanya Allah 
yang mengetahui segala..

p/s: baru perasan byk plak lagi satu aku type kat atas tu...:)

erti sebuah perkahwinan

Suatu perjalanan



bila mula menginjak umur 25 yrs ++ tiada soalan lain yg org2 disekitar hidup aku nak tanya selain dari "bila nak kawin?" soalan yg sangat favourite..asyik soalan tu je yg ditanya....diorang semua ni pakat ke apa soalan diorang semua sepesyen je...

kadang2 nak je aku rakam je...sebab jawapan aku sama je.."bila sampai jodohnya" kadang mungkin juga aku jawab "bila sampai waktunya"

dalam keadaan skrg offcourse aku rasa nak berkahwin...nak melengkapkan hidup...nak seorang soulmate dan paling utama pastinya aku nak bahagiakan seseorang yang aku cintai. so aku selalu berdoa dan pastinya berusaha untuk itu..Insyaallah :) Ya mmg skrg i'm ready for that. (titik without talian hayat)

sebelum2 ni seriously aku tak ready untuk tu...sebelum ni masa nak tumpu pada study lepas tumpu pada karier...sebab bagi aku perkahwinan ialah suatu yang indah, penyatuaan antara dua jiwa, satu perkongsiaan hidup dan saling melengkapi antara 1 sama lain. sebuah perkahwinan pastinya akan menjadi perkara yg membahagiakan andai kedua2 iaitu suami juga isteri benar bersedia menjalankan tanggungjawab masing2. itu apa yg aku percaya. betulkan aku andai aku silap.


hijau colour tema ok..:)

25 April 2011

jiwa perlu isian...

Mencari Sakinah


Ini video kat youtube yg aku tengok baru-baru ni...ceramah by Dr Mohd Asri B. Zainal Abidin... dengan byk masalah dan kecelaruan minda serta otak yg dihadapi aku semenjak dua menjak ni...walaupun Alhamdulillah byk insan2 yg setia disampingku sewaktu ini, tanpa jemu mereka mendengar serta bersama2 mencari penyelesaian kepada masalah yg aku hadapi, Terima kasih dan salam sayang untuk semua insan yg setia bersamaku tika ini...namun begitu hanya Allah Yang Maha Esa, Maha Mengetahui benar2 keadaan luar dan dalam ku...kepadaMU aku mengadu dgn penuh pengharapan agar ditunjukkan aku jalan yg benar jalan yg bisa merungkaikan kekalutan hidupku tika ini...syukur kepada Allah, aku berusaha mencari2..akhir Allah temukan aku dengan video ini...sesuai dengan tajuknya "Mencari Sakinah" "jangan menitiskan airmata disebabkan video ini"...sesungguhnya ketika menonton video ini, airmata aku begitu murah untuk dititiskan...


antara petikan dari video ini :


"Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri disini, merenung mereka disana hidup penuh keseronokkan& kegembiraan, Namun kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yg sebenarnya...Ramai org tersalah sangka maksud ketenangan dalam hidup, mengaitkan ketenangan itu dgn faktor harta, dgn faktor kekayaan, walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tp itu bukan segala-galanya...."
 " Tiada siapa yg mampu menghalang ketetapan Allah, Jika Allah hendak memberi kebahagiaan kepada seseorg, dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun, Jika Allah menghalang kebahagiaan kpd seseorg, dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun"
"Ya Allah apa saja yg aku alami,daripada nikmatMU,daripada kurniaan daripada sesiapa dikalangan hambaMU,tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkau lah pujian bagi Engkau lah kesyukuran"
"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu, bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa Masyaallah hidup ini, apa yang Allah kurnia kepada kita, lebih daripada harapan kita sebenarnya...."
"Jangan bersedih, kerana sesungguhnya Allah bersama kita"
 ikuti keseluruhan ceramah ini di :
p/s : semoga kita semua beroleh iktibar selepas menonton video ini.....

21 April 2011

saya sayang AYAH


AYAHKU


--------AYAH--------

by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW on Thursday, April 14, 2011 at 9:06pm

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..


p/s : terjumpa ni kat FB...owh sgt menyentuh hati saat membaca ini...Ayah, Inda sayang Ayah...sangat2 sayang..walaupun dulu kita selalu berlainan pendapat, selalu Inda merajuk dengan Ayah, selalu taknak cakap dengan Ayah bila kena tegur...tapi tu semua dulu...Inda yang skrg dah agak matang..dah sedar apa yg ayah tegur selama ni betul dan ayah buat semua tu sebab sayangkan Inda...terima kasih Ayah...sebab marah2, sebab tegur2, sebab garang sewaktu ajaq baca Al-Quran,...sebab semua tu la akhirnya Inda jadi seorang manusia seperti harini.

19 April 2011

just for my MAK

I love U Mak


Trap in a subway, can't remember the day but I feel ok
Damped in damn situation, in every condition with no conclusion
Whenever the rain comes down and it's seems there's none to hold me
She's there for me, she's my mom

Just for my mom, I write this song
Just for my mom, I sing this song
Coz just my mom, can wipe my tears
Coz just my mom, can only here

gambar ni aku suka tgk kalau time ada problem..
it's just like Mak ckp "it's ok inda, be cool" untuk aku..
serius aku rasa camtu...
gmbr ni dh pnh letak..tp nak letak jugak lg..
if u see this picture, then u will know from where
i got my sweet smile...i got it from my mother 2x..
hahaha 



lagu favourite aku...tp sila tukarkan "my girl" to "my boy"
untuk lyric itu...ok TQ :)


18 April 2011

Kahlil Gibran

PUISI CINTA 


"Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..." 


"Kemarin aku sendirian di dunia ini, kekasih; dan kesendirianku... sebengis kematian... Kemarin diriku adalah sepatah kata yang tak bersuara..., di dalam pikiran malam. Hari ini... aku menjelma menjadi sebuah nyanyian menyenangkan di atas lidah hari. Dan, ini berlangsung dalam semenit dari sang waktu yang melahirkan sekilasan pandang, sepatah kata, sebuah desakan dan... sekecup ciuman"


"Apa yang telah kucintai laksana seorang anak kini tak henti-hentinya aku mencintai... Dan, apa yang kucintai kini... akan kucintai sampai akhir hidupku, karena cinta ialah semua yang dapat kucapai... dan tak ada yang akan mencabut diriku dari padanya"


cuba berkarya dengan caranya sendiri
menggunakan teknologi dunia 


p/s : sgt suka dgn puisi2 KAHLIL GIBRAN hasil influence dari my bro...betapa my bro mengkagumi karya KAHLIL GIBRAN...anaknya dinamakan DANIEL GIBRAN..
duhai anak jadilah kau anak yg soleh dan bertakwa kepada Allah...berpuisi dan berkarya lah duhai anak asal dapatkan memberi manfaat kepada yg lain..kami tidak sesekali akan menghalangmu malah bakal menyokongmu... 

bahagia ini

HADIAH HARI LAHIR 

Alhamdulillah untuk anugerah yg diberikan. syukur dengan kurniaan "cinta" untuk aku dari Allah. Apatah lg kebetulan Allah dtgkan "cinta" itu 1 hari sebelum hari lahir aku. itu la hadiah yg indah sempena hari lahir. percaya atau tidak "cinta" itu betul2 menghulurkan perkenalan kepada aku pd 8/9..
semakin hari, semakin aku cintakan "cinta"...mula2 tu serius ngaku cam tak berminat dgn "cinta" tp lepas tgk kesungguhan "cinta" untuk mendapatkan no hp..sebenarnya aku tak berniat pun nak bg dia no hp, lepas macam2 alasan aku bg...dia mmg tak jemu2 mintak...mula berkenalan ikut TAGGED then kami berchatting selalu guna ym..then aku tolak secara baik dgn

Aku : kalau betul awak nak no hp sy, awak cari sendiri
Dia : macam mana awak?
Aku : selama kita kenal, sy tak pnh bohong apa2 dgn awak pasal cerita sy
          kalau awak betul2 berminat nak serius kenal dgn sy, awak mesti bg perhatian and
          ingat semua sy cita kat awak selama ni kan? so gunakan tu la utk cari no hp
          saya..(dgn harapan dia takkan dpt buat)
Dia : jadi kalau sy berusaha smp dpt, awak janji nak akan bg peluang utk kita lebih kenal?
Aku : er er ye kot (baru terasa cam cuak plak waktu tu, kang mamat ni wat betul2 camna?)
Dia : janji tak?
Aku : tgk la dulu (and buat2 gelak, sebab serius rasa hati lebih cuak)

then tak sangka dia betul2 berjaya buat apa yg dia ckp..tp ada cite lawak yg jadi, oleh sebab kerja aku, no hp aku mmg ada kat website company, tp kebetulan nama aku & makcik aku ada sama sket, sama2 ada nama linda..kat office semua panggil aku Azian/Yan...cuma kalau kawan2 je panggil aku lin..

1 hari tu aku nmpak ada strange no call aku, oleh sebab strange no call aku tu bukan suatu yg pelik sebab kerja. jd aku dgn selamba angkat ..then suara di sana ckp "ooo jahat ye" lepas tu (dia gelak besar)" pastu talian putus...aku plak nak kepastian called la balik no tu...sebab naluri aku cam dpt agak ni mesti mamat tu dh jumpa no aku...then as im expected mmg dia..dua2 hanya mampu gelak je waktu mula2 tu...
Dia: oo nakal ye awak ni
Aku : nape plak? (sambil gelak2)
Dia : awak ni wat saya malu je tau...nape awak tak bgtau yg kat office awak guna nama Azian
Aku : dah awak tak tanya (menjawab cara bodo)
Dia : saya confident je call no yg ada nama linda..saya terus cakap "haa dh dpt dah" tetiba  perempuan tu cakap, dapat apa ye? awak salah no kot ni"..malu saya tau
Aku : (hanya mampu gelak besar)
Dia : nakal eh awak ni...so lepas ni kita boleh kenal lebih cam awak janji ye?
Aku : tgk la dulu nanti camne
Dia : eh dh janji, kena tunaikan
Aku : ye la....
then dua2 sambung gelak...

tu la cite disebalik perkenalan aku dan "cinta" ...nak call aku tp dia tercall makcik aku :p sampai harini kalau diungkit balik cite ni...serius aku boleh senyum sorang2..sekarang KAMI sama2 menjalani dunia percintaan KAMI dengan cara KAMI sendiri, semoga hubungan KAMI akan bersatu dalam ikatan perkahwinan, dikurniakan zuriat2 yg soleh & solehah dan berbahagia hingga ke syurga bersama...Syukur untuk hadiah dari Allah sempena hari lahir ku ni...Alhamdulillah..terima kasih Allah
walaupun dapat 1 je hadiah...tp Alhamdulillah
besar maknanya utk hidup aku :)
tika cinta semakin berbunga2


haa ni la "CINTA" si hadiah yg disebut2
I Love You so much and much more :)

14 April 2011

ada apa dgn ofis?

apa2 semua aku...

harini mmg aku ok je mulanya...mulakan harini dgn senyuman dh pagi2 td...tp bila masuk keje aku ada dgr benda yg kurang best je...kadang berkerja ni susah jugak...pening kepala nak melayan, and tak tau dh camna nak layan ...org bawah cara org bawah aka STAFF..org atas aka BOSS lagi la susah nak layan...buntu


hei org bawah!!!
bila aku baik dgn kamu2
kamu2 pijak kepala saya ye
kamu2 ingat saya diam je tu
kamu2 ingat saya tak tau ke apa kamu2 buat
suka sungguh kamu2 cakap2 belakang ye
oooo bercerita beriya ye mengutuk
kat depan manis je muka kamu2
kamu2 jaga saya ada "informer" bertauliah tau

hei org bawah!!!
kalaulah kamu2 ni tau
apa yg saya beriya buat utk kamu2 ni
saya kdg2 bertegang leher,lidah malah lutut sekalipun dgn org atas utk kamu2
bergaduh2 utk hak kamu2 semua
bila kamu2 buat silap
cuba kamu2 ingat balik
sapa yg selalu pertahankan kamu2

hei org bawah!!!
hmm sudah la kamu2 ni
harini kamu2 bikin hati saya panas saja
kalau kamu2 check guna thermometer
saya pasti panas saya mungkin sudah tahap demam panas ni
ish2 kamu2 ini
kang susah2 saya pecat jugak kang kamu2 ni

hei org atas!!!
pagi2 kamu dah suruh saya buat keje kamu ye
tu kan keje kamu
kenapa kepada saya tugas tu diberi?
untuk pengetahuan kamu
kalau kamu tak nampak
Alhamdulillah saya cukup sifat
jadi tangan saya cuma dua
jadi bagaimana jika saya asyik disuruh
asyik diarahkan buat keje yg bertimbun
yg hanya mungkin dpt dibuat oleh org yg mempunyai tangan 4 atau 5

hei org atas!!!
saya paham kalau kadang2 kamu minta tolong
saya pun nak tambah pahala saya
ingin tambah pahala meringan kan beban org
jadi saya tolong kamu
tp bagaimana jika lepas itu kamu seolah tak bisa lakukan sendiri terus
owh kamu ini
kadang kamu macam buat saya rasa
nak sekeh saja kepala besar kamu itu
aissh fenin2...


p/s: hati rasa meluap2...entri ni rasa nak wat warna merah je...
Ya Allah tambahkanla kesabaran dihati kecil ku ini...

13 April 2011

Bila telah sampai waktunya...

Kematian itu pasti


13/4/2011
harini dapat 2 khabar kematian...berjurai2 air mata time type ni...
yg pertama, pagi2 tadi ada sorang patient dtg bagitau yg ada sorang patient yg baru discharge minggu lepas meninggal malam semalam. walaupun jarang dapat bermesra dengan arwah, tp beliau memang seorang yang baik dan serius orangnya. mengikut yg pembawa berita sedih tu yang kami semua panggil dia Mama, arwah selalu teman dia berkongsi rasa, luah perasaan dan bergurau. menurut beliau, arwah lurus dan merendah diri orangnya. Mama bercerita banyak dengan aku sampai la turn dia untuk dirawat then dia cakap,

Mama bergenang air mata sambil berkata kepada aku ...
Mama : last sebelum arwah balik dia ckp kat Mama "saya ni rasa letih sangat, lepas ni rasa nak tidur puas2" sebak Mama bila teringat kata2 dia yan
Aku: (berdiam diri,sebab dah start sebak dah)
Mama: kenapa ye yan, Mama rasa semua yg baik dgn Mama selalu pergi cepat..sebak Mama ni yan teringat    arwah tu baik orangnya.
Aku : kita doakan arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman Mama, lagi satu Mama jgn sedih2 sebab arwah kan baik orang nya, jadi orang yang baik2 kan Allah janjikan tempat yg baik.

yang kedua, berita kematian ni mmg buat air mata aku dari tadi tak berenti2...td Pakcik aku call bgtau yg kawan dia meninggal. lepas cakap innalillah...serius aku tanya 5 kali betul ke? aku bukan apa cuma nak pastikan org yg Pakcik aku maksudkan adalah org yg sama aku pikir. lepas dapatkan kepastian, aku terus terdiam sebab...
baru 3 hari lepas Arwah called aku, tanya khabar aku. arwah ni walaupun kawan pada Pakcik aku tp dia rapat dengan aku sebab selalu kami (aku+pakcik aku) ada urusan bisnes dengan arwah. lagi satu aku boleh rapat dengan dia sebab dia sama2 org kedah. serius aku anggap dia macam pakcik aku sendiri.
selalunya once in 1 or 2 weeks dia akan called aku tanya khabar dan bagi nasihat apa yg patut kat aku sesuai dgn apa yg aku cite time cakap tu kat dia. dia org business so selalunya bagi nasihat pasal business la kat aku.
teringat 3 hari lepas time called..lepas bagi salam semua segala..dia cakap...

Arwah : yan busy ke? (ni soalan yg wajib dia tanya aku setiap kali call)
Aku : boleh tahan la Cik Din
Arwah : owh kalau cakap boleh tahan tu maksudnya bisnes ok la kan...
              Td Cik Din called Pakcik yan, dia cakap dia tak sehat, dia kata dia dh lama tak masuk Ofis..
              dia kata dia tinggal bisnes tu bagi isteri dia, yan ngan anas je uruskan...
Aku : a'a Cik Din, dh dekat 4 bulan Pakcik tak masuk ofis.
Arwah : sian dia ya yan, sakit lama dah, tak makin elok ke sakit dia yan?
Aku : tak tentu Cik Din kadang ok sket kadang2 sakit balik...tp sakit dia tak semakin ok pun la
Arwah : oo sian dia, xpa yan, yan uruskanla bisnes tu baik2...
Aku : Insyaallah Cik Din... tp tu la kadang2 tension jugak byk sgt masalahnya
Arwah : xpa yan...dalam bisnes mmg ada naik turunnya, masalah tu biasa la...pikir pelan2 mesti ada cara
             selesainya...yang penting kita dh buat yg terbaik
Aku : Insyaallah Cik Din

lepas tu sebab aku agak sibuk sket, perbualan kami pun tamat. selalunya kami bercakap panjang. kalaulah aku tau itu perbualan kami yg terakhir, aku pasti nak cakap lama2 dengan dia. banyak lagi sebenarnya aku nak cakap dengan dia..baru aku teringat dia selalu called aku untuk tanya masalah aku tp dia tak pernah cite apa2 pun masalah dia (aku selalu ngadu yg aku selalu kena marah dgn Pakcik aku, or tentang byk beza pendapat antara aku +pakcik  sebab bisnes ni)..so dia pun akan bg nasihat macam2 antaranya "biasala yan, bila lain generation ni, pendapat mestila byk berbeza, just buat yg terbaik yan, jgn ambik hati sgt apa Pakcik yan cakap tu, yg baik tu wat pengajaran yg dia marah2 tu lupakan la, anggap ja dia nak yan jadi yg terbaik" (owwh ini pastinya jadi ingatan tu aku smp bila2)
kalau dipikirkan semula, dia macam saja ja called last 3 hari tu untuk bg pesanan kat aku yg terakhir...baru terasa sgt  sedih sebab tak dpt lama dengan arwah time tu...

kematian itu pasti cuma kita tak tau bila, dimana dan sebab nya....

hanya Al-Fatihah dapat aku sedekah kan kepada kedua2 arwah...

p/s : mood sedih sungguh ni...hujan plak renyai2...

12 April 2011

pertemuan

PerTemUan...


harini Insyaallah akan dpt jumpa dgn my senior time kat uitm segamat dulu setelah 8yrs ++ tak jumpa..wah cam tak sangka selama itu masa memisahkan kami..lama woo kalau diukur skala dengan seorg budak kecik..budak tu dh masuk darjah dua tu...lama sungguh...time kat uitm segamat dulu kakak ni la yg jadi geng aku dlm bilik..sama2 org utara la katakan...suka layan merapu dia, gurau senda teman bertepuk tampar tak lupa jua pastinya kami dua jadi geng time nak mengenakan org lain...owh nakal sungguh time tu...biasa la time muda remaja...then kami dua jugak ada 1 persamaan iaitu sama2 suka kucing..tu yg byk benda nak share tu...kakak ni jugak selalu bg nasihat sebab dia selalu jadi sumber rujukan time i was in trouble..kadang2 dia jugak boleh bertukar menjadi seorang ustazah dgn bg nasihat & tazkirah utk aku..tp kadang2 aku pun akan mengtazkirahkan dia (pernah ke?) hehehe
inilah kakak yg aku dok sebut2 kat atas dgn
her hubby :)
Tak tau nak wat camna time jumpa jap lg...selama ni kami hanya contact via email, sms, call and FB saja. so harini boleh la bertemu muka...owhh banyaknya cite nak di share...byk benda nak dicite, dan pastinya banyak benda nak digossipkan...
haa ni kalau zoom dekat2 muka nmpk camni..hohoho
(sumber FB)


















ni ada lagi 1 pertemuan, bulan 1/2011 haritu aku berpeluang berjumpa dgn junior time kat uitm segamat selepas lebih 6 yrs tak jumpa...pertemua tu pun dibuat rancangan saat akhir..kami berdua g bercuti kat lumut sama2...aku nak g jumpa someone kat lumut tp xde org teman so called dia ajak teman...sebab my ayah dah warning "kalau takdak kawan nak pi sana, jgn pi" (arahan yg sgt tegas ok)
then aku pun try called si poji ni...mencuba nasib ajak dia....tak sangka dia betul2 nak ikut..serius tak sangka..sampai terpaksa ulang soalan tu banyak kali...alih dia cakap "iye k.lin kita cakap yes, dh byk kali ckp yes ni" hehehe sorry la poji..time tu i betul2 tanya byk kali sebab nak kan kepastiaan..hati berbunga2 woo...hahaha
akhirnya sampai jugak kami ke LUMUT (1st time tau i g sana) :)

and as expected, kami dua bercerita ngalahkan bertih jagung...potpet2 dalam bus tak berenti ok...byk sungguh cite nak di share and digossipkan (gossip girl pun kalah tau) hahaha...mmg best time jumpa dgn si poji ni...asyik gelak je tau...poji u ni wat i awet muda tau...asyik gelak ja...ada ja cite lawak dia...then 1 thing i realize time dgn poji ni aku senang sungguh gelak...even lawak spastik pun kami boleh gelak beriya..hehehe

haa ni la ghopenya org yg aku sebut kat atas
fauziana (bukan nama samaran)


gambar kami (dua2 cam comel ja...) hohoho


gambar cool kami berdua :)


p/s: entry ni dedicated khas utk Puan Rosliana and Cik Fauziana...i lebiu :) (i senyum sampai telinga tau time type ni...hehehe

11 April 2011

erti kasih sayang



Kasih itu apa?

kasih itu cinta
kasih itu sayang
kasih itu pengorbanan
kasih itu ikatan hati sesama insan
kasih itu juga boleh disalurkan kepada haiwan
kasih itu bisa membenihkan kerinduaan
kasih itu besar ertinya
kasih itu perasaan yg tidak pura2
kasih itu dapat menyatukan kita semua
kasih itu membuat pemberi & penerimanya bahagia
kasih itu juga pastinya membuat hati seseorang berbunga2
kasih itu bisa mendamaikan
kasih itu pasti lebih bernilai andai ditumpahkan kepada yg berhak dan layak
kasih itu pasti dapat menyinari hari2 kelammu


kasih itu bisa membuat hari2 pasti indah...

hijau itu daun biru itu langit

gambar dari internet

WARNA ALAM

Indah sungguh alam ciptaan Illahi, 
penuh warna untuk menghiburkan mata yang memandang,
pejamkan mata fikirkan kejadian alam yang pelbagai,
hijau rumput, hijaunya dedaun yang melambai,
biru langit dan juga biru lautan yang terbentang,
kuning, hijau, biru, merah, indigo, jingga dan ungu warna pelangi,
juga tidak lupa coklat warna tanah yang kita pijak,
pemandangan dari atas Lakeview Apartment Sg Tua
sejuk jernih air sungai mengalir,
yeah pasti tenang kotak fikiran mu,
namun jangan terleka kawan,
semua ciptaan Illahi itu juga punya hati,
tgk gambar pantai ni..terus teringin nak p vacation
(gambar sumber dari internet)
semua itu seseolah memberontak tika ini,
biru indah lautan bisa mengamuk menjadi tsunami,
coklat tanah itu bisa menjadi tanah runtuh yg bahaya,
mengapakah ini terjadi cuba tanya pada rumput hijau itu,
cuba dapatkan jawapan dari biru lautan itu,
cuba selami sendiri kawan kau pasti ketemu jua jawapan


tika alam mula berbicara (gambar sumber dari internet)









p/s : masih hijau dalam dunia blog, terlalu hijau untuk menulis yang gah2, cukuplah sekadar meluahkan apa kata hati.


*** tgk  gmbr pemandangan indah bukit bukau..teringat zaman muda remaja dulu time rajin merentas hutan & panjat bukit....lalala :)