setiap apa yg terjadi dalam hidup kita pastinya telah tertulis oleh Allah. bila ditimpa masalah kadang hati kecil yg masih banyak cahaya keimanan perlu ditambah ni, kerap berasa gundah memikirkan penyelesaian masalah yg masih samar ni...fahami yg samar itu bukan masalah, kerna masalah itu ternyata sangat terang & jelas untuk dilihat & dirasa, yg samar ialah penyelesaiannya.
kadang pemilik hati kecil sering bertanya pada diri, apa salahku jadi begini...namun kerap pemilik hati ini beristighfar kerana bertanya begini...mengapa perlu bertanya begitu kerana sebagai pemilik hati yg tahap keimanan perlu ditambah, pasti pemilik hati ini kerap melakukan salah kepada Allah, salah kepada sesama insan... pemilik hati ni bukan maksum. Jadi mana mungkin soalan begini ditanyakan, pastinya pemilik hati ini tidak layak bertanya sedemikian
Hanya Allah yg tahu apa yg ada didalam sanubari pemilik hati ini....pemilik hati ini menangis mengadu padaMU Ya Allah...pemilik hati ini sering memohon agar Allah mengampunkan segala dosa pemilik hati ini, dosa kedua ibu bapanya, dan semua insan2 yg pemilik hati ini sayang Ya Allah...Ya Allah tambahkanlah cahaya keimanan dihati pemilik hati ini....Ya Allah berilah ketenangan kepada pemilik hati ini menghadapi segala macam dugaan...Ya Allah anugerahkan lah kelapangan fikiran untuk pemilik hati ini berfikir jalan keluar dari masalah yang menimpa...Amin Ya Allah
Hanya Allah tempat mengadu.... picture credit 2 google |
No comments:
Post a Comment
6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)