Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk kita semua merayakan aidilfitri kali ni. Raya kali ni seperti tahun2 yang biasa aku balik ke kedah kg halaman ku yang tercinta la. Sementara masih bujang ni, aku tak pernah terpikir untuk bekerja pada hari raya..sebabnya sementara masih bujang ni la kita nak balik beraya dengan mak&ayah kita masing2 kan, nanti kalau dah kahwin mesti la kena ada giliran balik beraya diantara kg kita sendiri dan dirumah mertua kan?
So aku bertolak balik kedah seperti dalam entry ini :) dalam kul 1130pm aku+adik+abang +cousin aku bertolak balik kedah. Alhamdulillah perjalanannya lancar. Sesekali ada la jammed sket tapi traffic still bergerak la takde la traffic static hingga menyesakkan pernafasan cam raya yang tahun bila ntah jammed sampai rasa nak kuar keta jalan kaki lagi cepat sampai...:p
Then kami semua berenti bersahur kat RnR pastu adik aku aka ANAZ mula rasa tak selesa yang tahap melampau. Dia cakap dia rasa nak bernafas susah or cam berangin perut yg teramat sangat. Oleh sebab tgh2 highway kami try belikan dia Eno Halia, tapi tak membantu sangat pun. Sepanjang jalan aku risau tul tengok dia, aku asyik2 tanya dia "Anaz ok tak?" sebab kalau dia cakap kurang ok je, kami terpikir nak exit highway kat mana2 then bwk dia g clinic...kalaula ada hospital ke clinic ke tepi2 highway tu confirm aku bawak dia singgah dah. Risau woo tengok dia. Alhamdulillah dia berjaya bertahan sampai kami exit ikut Darulaman dan bawak dia ke Hospital Jitra. Time tu dah time imsak la, setelah diperiksa dan diberi ubat sampai dia muntah (lagipun bau ubat tu pun memang bleh buat orang muntah pun) Alhamdulillah dia ok. Inilah pengalaman kami balik raya di kg tapi kena singgah hospital dulu.
Then seperti biasa la bila beraya, offcourse banyak sungguh makanan yang boleh dijamah macam entry pening perut vs senak kepala ni :) aku makan banyak sungguh jenis makanan. Juga tidak lupa duit raya yang aku keluarkan tapi aku takde dapat pun 1 sen duit raya. hehehe...Then paling best dapat jumpa ramai2 dengan segala mak sedara/bapak sedara/sepupu/anak sepupu/dua pupu "kupu-kupu malam" haa yg ni je aku tak jumpa..:p Malam raya kedua kami berkonvoi ramai2 dengan semua sepupu2 dalam 5 biji kereta ke rumah WA (abang mak aku yang sulung) di Kg Nongka, Changlun. Dan hasilnya kami berjaya memperabih satay dirumah beliau. Tapi kami sekeluarga terpaksa menarik diri lebih awal dari misi beraya tersebut kerana MAKCIK sekeluarga + MAKTEH sekeluarga (adik2 ayah aku) datang beraya dirumah kami plak. :)
Hari raya kedua, kami berkonvoi lagi kali ni dengan membawa lebih anggota iaitu 7 biji kereta ke rumah MAK NJANG (kg asal mak aku) kg Lahar Budi , Alor Setar , riuh rendah betul rumah dia bila ramai2 berkumpul. 7 biji kereta tu ahli misi yang aku sertai, time tu jugak rasanya ada lagi 5 biji kereta ahli misi kumpulan lain jugak beraya disitu (semua saudara2 kami la)...Budak2 time tu aku gagal nak membilang secara tepat sebab banyak tul pengembangan zuriat dalam keluarga besar kami tu tapi aku agak budak2 time tu rasanya ada dalam 50++ (pengiraan berdasarkan duit raya bersampul yg aku sediakan habih, last2 aku bg duit raya yg tak bersampul je la) ..Kalau Tok aku masih ada mesti dia berbangga tengok cucu2 dan cicit dia yang ramai tu...rindunya kat Arwah Tok :(
ni antara peserta yg menyertai misi... ce tengok keta2 yang menyertai misi tu..banyak woo aku tiada dalam gambar sebab tengah makan bihun goreng kat dalam umah MAK NJANG aku.. :p |
Then hari raya ketiga, MAK NDAK (sebelah umah aku) buat jamuan raya, tahun ni buat julung2 kalinya kami tak buat BBQ untuk hari raya ke 2. Selalunya kami akan share duit ramai2 buat BBQ kat halaman umah aku& Mak Ndak. Tahun ni Mak Ndak aku buat bihun sup & Nasi Tomato je takde BBQ ramai2 cam selalu.
So sila layan gambar2 BBQ raya tahun lepas punya la ya :)
tengok yang bertudung oren tu... anak sapa la tu yg rajin benar tu..hehehe |
Gambar makanan sebelum semua terkorban dijamah perut2 yg hadir mlm tu :) |
antara ahli kuat |
tengok ni semua family aku beratur amik makanan berdisplin semuanya..hehehe |
aku + mak aku + anak cousin aku...:) |
percubaan nak amik gambar tiga serangkai ni.. tak berjaya nampaknya... (baju ni aku belikan diaorg utk hadiah hari raya) |
SELAMAT HARI RAYA SEMUA SAHABAT BLOGGER
AKU SAYANG KORANG SEMUA :)
salam lind...wah bestnya beraya di kg halaman...
ReplyDeleteni baru betul beraya sakan....
p/s mama suka tengok family ramai2 beraya bersama...
syoknya raya, makan bosar plak tuh...kagum2...huhu
ReplyDeletesalam mama,
ReplyDeleteye mama beraya ramai2..meriah betul...dan yg paling penting riuh rendah..tahap telinga pun confius nak dengar sape yg bercakap dulu...hehehe :)
cintazulaikha,
ya mmg best sis, raya adalah yg ditunggu2 oleh semua family...sebab dpt berkumpul ramai2 :)