21 September 2011

Mak kena admitted kat hospital

Harini aku dtg keje dengan mata bengkak & panda, semlm takleh tido nyenyak, risaukan mak aku. Serius aku terkilan & menyesal, selalunya setiap pagi aku call mak aku. Tapi semlm tak sempat nak call sebab kalut dengan keje. Lagi satu tengah malamnya tu aku baru cakap dengan mak, takde pun tanda2 mak tak sihat.

Then selalu kalau pagi tak call, aku akan call tgh hari, tapi tgh harinya aku tak sempat call jugak, Sebab semlm aku masuk office half day, then terus ke centre baru aku dgn kawan2 aku. Discuss untuk launching centre kami 1/10 ni Insyaallah. Encik Cinta yg demam pun aku lupa nak call, hmm apa la aku ni kan, kalau busy keje je semua lupa. Dia yg call aku ptgnya bgtau yg demam dia tak ok lagi. 

Then malamnya dah dekat kul 9 lbh baru sampai umah, aku baru teringat nak call mak. Time call tu my sis inlaw yg angkat. Memula aku ingat mak aku tengah solat, sebab samada mak mandi, solat or tido je yg sebabkan my sis inlaw angkat hp mak tu. 

Tapi smlm dia angkat and cakap " Inda mak sakit" ...serius rasa pengaliran darah dibadan aku terhenti seketika sekejap. According to my sis inlaw "mak senak perut dari tgh malam semlm, tp mild je tu sebab pagi td mak puasa, then bila tgk mak tak ok, sy dah mintak mak buka puasa dan sy dah bawak mak ke clinic, then doctor bg ubat dan inject dah, then balik dari clinic sy mtk mak makan lagi, tapi mak muntah, then skrg tak ok lagi"..Dengar je tu aku terus cakap " cepat bawak mak ke hospital, please. My sis inlaw cakap dah pujuk tapi mak still refuse to do that. Aku mmg rasa kena bwk mak ke hospital, based on my experience if mak cuma gastrik or senak perut sebab angin she suppose to get better after the injection.

Then 10 minutes after that i called my bro, he told me that they are on the way to hospital. Aku serius rasa tak sedap hati sebab aku tak dpt cakap dgn mak, maksudnya mak tgh sakit sangat la tu. Bila agak diaorg dah sampai ke hospital aku called lagi utk pesan apa yg patut dicakapkan dgn doctor. Paling utama kena inform yg mak dah diinject and kita tak sure plak apa jenis injection yg doctor kat clinic tu bg, but it wont make she feel better. 

Then my sis inlaw sms then bagtau aku "depa bg mist.magnesium trisilicate 2 sudu & kat kecemasan"...ok yg tu ubat gastrik tu. So aku cakap, "takkan bg ubat gastrik je, kalau gastrik patut dari td mak dh ok sebab clinic td tgh hari pun Doc dah bg ubat tu"...then after 10 mins, aku call lagi then tanya mak rasa ok sket tak , then time cakap dgn my sis inlaw tu aku boleh dengar suara mak mengerang sakit, then my sis inlaw cakap mak memang tengah mengelupur tahan sakit and the doc & nurse tak datang buat apa2 lagi lepas bagi ubat tu. Doa untuk mak diringankan sakitnya oleh ALLAH sentiasa kat mulut aku time tu. Berharap sangat sakit mak tu boleh sembuh dgn cepat.

Owh time serius aku dah nangis2 & rasa cam nak terbang ke Jitra. sebab aku kenal mak aku, Mak memang seorang yg kuat tahan sakit. Aku pun tak sekuat tu, so kalau mak sampai mengerang & mengelupur tu aku pasti sangat mak mmg sakit yg tahap melampau. So aku terus mintak my sis inlaw utk suruh doc buat something. Then diminta tu  Doc pun inject mak aku. So lepas 10 mins aku call lagi untuk tanya mak aku ada rasa kurang sakit tak. Tapi my sis inlaw (Yong) ckp mak masih tak kurang sakitnya.

Aku called kakak angkat aku lagi, untuk make sure betul tak, perlu risau lebih bila after 10 mins of injection mak aku masih tak rasa kurang. Dia cakap yup then she asked me utk request Doc utk scan perut mak aku. Seperti aku dia pun risau mak aku ada masalah dgn usus. Aku byk kali dok tanya Yong, confirm ke mak muntah takde darah, sebab aku takut ada bleeding kat usus mak. So aku & kakak angkat tu terpikir pasal takut usus mak terbelit ke apa plak..owh banyak possible bila senak perut yg melampau tu. Sometime mangsa serangan heart attack pun boleh rasa cam senak perut jugak.

Then bila mak tak ok lagi, Yong kena panggil2 Doc utk buat something, then diaorg drip & inject mak lagi, pastu buat urine & blood test untuk mak. then bila mak tak ok jugak, diaorg buat apa yg kami minta dari mula2 tadi iaitu scan perut mak.Yong sms aku dia ckp tunggu Doc datang explain sy nak kuar sekejap, Aba (abg aku) masuk jaga mak, baru aku teringat sian dia, dia tgh pregnant 8 bulan, terpaksa mengadap kalutnya keadaan dalam ER tu dgn accidentnya dgn lack of paramedic staffs, ikut apa yg dia ckp (aku confirm dalam ER tu mmg kelam kelibut). Ayah aku pun kat ada kat situ, sian jugak ayah sebab kena berjaga time tu dah pukul 2am dah. Tapi mak cuma kurang sket je sakitnya. 

Then Yong call aku, Lepas aku sms dia to say sorry sebab tadi aku macam dok desak2 dia itu ini, dia ckp takde apa, dia ckp takpe, sebabnya bila tgk mak tgh sakit camtu, dia pun dah buntu nak buat apa. So bila aku dok call dia suruh tanya itu ini kat MA, so at this the MA know that we really2 serious mintak they do something to our Mak, sebabnya kalau tak dipanggil, mmg nurse or MA tak datang kat katil Mak sebab kebetulan ER smlm sgt sesak. And aku cakap dgn Dani a.k.a anak buah aku, dia ckp "Nyah, Tok sakit perut, ada banyak kuman diperut Tok, ada kuman besar ada kuman kecik, tp Doctor dah cocok Tok, tapi cocok tu tak sakit pun, nanti lepas makan ubat Tok lega la, nanti Tok tak sakit dah" itu ucapan budak umur 4 tahun untuk tenangkan aku. Then lepas dia ckp camtu aku sambung nangis lagi...

Pastu ntah camna aku tertido, pastu bgn pagi2 sebab abg aku call ckp, Doc cakap semua ok takde apa2 masalah , then Mak kena admitted sebab jap lagi Doc nak check lagi kot2 mak ada masalah stone or batu karang / batu kat mana2. Semua segala test yg dibuat semlm takde apa masalah yg Doc jumpa. Aku smlm tido mimpi macam2, semua pasal mak & ayah aku tu sebab aku nangis2 dalam tido, jadinya hari mata mmg bengkak.

Then baru jap tadi aku dah dapat cakap dengan Mak, suara mak lemah sangat, mak cakap sakit yg memulas tu dah ok sket, cuma sakit bekas mak asyik tekan2 perut dia smlm. Hmm semua ni ketentuan Allah kan, tapi mungkin ni boleh dikurangkan sket kalau Staff Paramedic kat Hospital tu cukup, jadinya baru diaorg dpt monitor pesakit2 kat ER tu betul2, so kalau nmpak pesakit tu sakit sangat pesakit perlu diberikan pain killer yg sesuai. Sebabnya sampai hospital kul 9mlm lebih, lepas kul 4 am baru settle segala test and mak baru ditolak ke Ward. It was 7 hours. Lepas semua staff kat situ "diajar" oleh Yong & Aba apa benda utk dilakukan utk mak aku, baru The Real Doctor datang and explain betul2..and suggest utk admit mak aku kat ward..Awat lama sangat???

Tapi aku tak salahkan staffs kat hospital tu 100% walaupun mulut aku mmg asyik ckp " Nape diaorg lembap sgt buat keje ni, takkan semua kita nak kena ajar"...tapi still aku nak ucap terima kasih jugak kat yg bertugas di ER hospital tu smlm, sebab tolong Mak aku. Diaorg takleh dipersalahkan 100% sebabnya mmg nmpak sgt lack of staffs incharge kat ER tu. Just satu soalan bermain difikiran aku, Apakah Malaysia kekurangan Doctor & Nurse?

Ya Allah ampunkanlah dosa ibuku,
Sembuhkan lah ibuku,
Kasihani ibuku Ya Allah
Amin

 Harap harini mak makin ok, then semoga mak akan sembuh seperti sedia kala.
Baca ni dapat sejukkan sikit hati aku,
‘Setiap muslim yang terkena musibah penyakit atau yang lainnya, pasti akan Allah hapuskan berbagai kesalahannya, seperti sebuah pohon meruntuhkan daun-daunnya.’ (HR. Muslim)


 “ As alukalloohal-’azhiima, robbal ‘arsyil-’azhiimi, ayyasyfiyaka.” (7x)

 Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Rabb ‘Arsy yang agung agar menyembuhkanmu.”

11 comments:

  1. memang Malaysia kekurangan doctor skang ni.. ada pun kat private je. doc suka keje private sebab gaji besau. *bukan doktor je camtu.... suma org pun.

    semoga mak cepat sembuh. sabar ye awak...~

    ReplyDelete
  2. Dr. dan Nurse memang kurang..

    Harap-harap Ibu cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. semoga mak kamo sembuh k... amin...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.

    get well soon for her iyan. insyaAllah.
    hmm, bukan je kurang, tapi buat kerja ikut dann je. hmm.

    ReplyDelete
  5. hari ini mak kamu semakin sihat ke belum?

    pada saya, kita banyak lahirkan nurse dan doktor. kalau GH masih tak cukup staf (nurses dgn doc), itu bermakna SPA belum cukup ada bajet la kot nak hire dorang ni..

    sebab ramai yang datang lab saya mengadu dorang tak dapat kerja. pilihan yg ada kena kerja dekat oversea aje la (the nearest singapore la kan). saya sendiri tunggu panggilan gov tp tak panggil2 pun. my fren yg keje dekat MOH kata dorang tak ada bajet~

    semoga ibu kamu cepat sembuh ye~

    ReplyDelete
  6. semoga mak iyan cepat pulih seperti sedia kala. :)

    ReplyDelete
  7. semoga mak awak cepat sembuh ya.jgn sedih2 :)

    ReplyDelete
  8. Malaysia mmg kekurangan Doktor..
    semoga ibu kamu cepat sembuh..banyakkan berdoa,insyaallah.

    ReplyDelete
  9. terima kasih semua utk doa itu...Alhamdulillah skrg mak dalam recovery process..:)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)